Ketika rakan2 berehat sempena cuti sekolah, Alya dan beberapa orang rakannya tetap ke sekolah siapkan tugasan Pandu Puteri untuk dapatkan Sijil Peringkat Kebangsaan.
Rabu, 30 Disember 2020
Rabu, 30 Disember 2020
Tugasan Fail Log Pandu Puteri
Seawal pagi, dia siapkan bahan2 mentah untuk aktiviti memasak di sekolah.
Persediaan untuk memasak
Menu 1 - Memasak nasi
Bukan kaleng2 orang sekarang ini menggunakan dapur gas. 😁
Menu 2 - Sayur Kangkung Goreng
Menu 3 - Sambal telur
Tahniah sayang umi, si bongsu tetapi boleh berdikari, hari ni kami tiada tapi dia boleh handle kesemua ini tanpa bantuan kami.
Nama : Nur Alya Afiqah
Tarikh dilantik: 3 April 2019
Hobi : Memasak
Cita² : Doktor Haiwan
Sebab menjadi ahli Pandu Puteri : dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan lebih berdisiplin
Jawatan yang dipegang :
2019 - Penolong Ketua Kumpulan
2020 - Penolong Ketua Kumpulan
Apa2pun kami sebagai ibu bapa pasti menyokong dibelakang kamu..
Rabu, 23 Disember 2020
Rabu, 23 Disember 2020
Cubaan gagalkan kejutan menjadi..
Kesian anak buah dan anak2, dorang plan nak buatkan surprise untuk uminya tapi gagal, awal2 pagi lagi kami ke Vet mandulkan seekor kucing betina yang di dalam jagaan kami.
Status kawan tanpa disengajakan telah membantu, terima kasih Along.. 😆
Terima kasih Pikah, salah seorang anak buah yang manja.
Cubaan buat kejutan, malanglah Cik tiada di rumah dan wakilkan Dik Mi untuk ambilkan, ha3
Diaorang adik beradik berkongsi kutipan dan diketuai oleh Alya (tukang order), kad ucapan adalah idea anak bongsu umi juga, sepanjang malam dia siapkan.
Terima kasih semua atas surprise ini, kerjasama dari mereka adik beradik, anak bujang nun di sana di bantu oleh adik2nya.
Kek pisang homemade
Sejak 2 menjak ni rajin pula membaking..
Rujukan anak2 umi..
i)
Mentega/Margerin 250gm
Gula Caster 200gm
ii) Telur gred A 4 biji @ gred B 5 biji
Esen vanila/perasa pisang 1 camca kecil
iii) Tepung + 1 camca baking powder @ tepung naik sendiri 250gm
Pisang 2-3 biji (lenyek)
Susu segar/cair 2 @ 3 sudu
Bakar 170`c 30 - 45 minit, bergantung oven masing2, api atas bawah.
Nota: Tidak suka masuk soda bikarbonat sebab merubah rasa dan menjemukan.
Jumaat, 18 Disember 2020
Jumaat, 18 Disember 2020
Selamat hari lahir
Beli kek gabungkan hari lahir kami anak beranak, maklumlah kena berjimat kos..
17/12/2020 hari lahir anak gadis sulung kami yang ke 19 tahun, dah besar semuanya anak2 umi..
Selamat hari lahir untuk anak2 umi, moga kejayaan menjadi milik kalian, aamiin...
Jumaat, 11 Disember 2020
Jumaat, 11 Disember 2020
Usaha tangga kejayaan
Alhamdulillah berkat doa dan usaha gigih anak cilik umi.
Disaat orang lain cuti sekolah dan belajar dari rumah, dia tetap ulang alik ke sekolah setiap hari untuk siapkan tugasan yang diberi bersama guru penyelaras dan rakan2.
Sebelah petang pula belajar online kelas agama dan malam waktu untuk siapkan kerja2 sekolah yang dibekalkan setiap minggu.
Kiranya masa cuti, jadualnya tetap terisi padat, belum dikira lagi membantu umi uruskan anak2 bulus seramai 26 ekor.
Jumaat, 13 November 2020
Jumaat, 13 November 2020
Tempoh Kuarantin 2 minggu..
Alhamdulillah si bujang telah menamatkan tugasannya di Tawau, Sabah.
Sebaik tiba ke KLIA, terus di bawa ke tempat penginapan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu, setiap seorang diberi bilik berasingan.
Makan minum disediakan 3 kali sehari, gayanya tempoh 2 minggu adalah sessi mengemukkan badan, nasib awaklah anak, sikit hari lagi bakal mewarisi gen bapanya, hu3
Nikmat apa lagi harus didustai..
Nota: Esok pula nak ambil adiknya di KLIA2, bujang junior dapat pelepasan balik dari Sarawak, petang nanti perlu ke Balai Polis untuk dapatkan permit perjalanan, harap2 diluluskan.
Semalam dah pergi tapi tak berjaya, perlu mohon dalam tempoh 24 jam dan berpakaian rasmi lengkap, lelaki - baju kerkolar dan berkasut)
| Akhirnya... |
Agak2 nak kuarantinkan dia di mana? 😁
Langgan:
Catatan (Atom)


















