Jumaat, 31 Disember 2010

Jumaat, 31 Disember 2010

Kalian tetap di hati

Hari ini genap setahun blog milikku terhasil,  rakan pertama yang memberi sokongan padaku ialah   Azrina a.k.a MamaAna a.k.a along  iaitu teman yang di kenali menerusi Laman Susu Ibu (maklumlah, kami ibu2 yang memperjuangkan susuibu buat si manja). Tanpa dia, aku tidak pernah terfikir nak wujudkan blog ini. Terima kasih tak terhingga buat along. Jasamu tetap dikenang.

Sebagai permulaan, lahirnya blog yang diberi tajuk CORETAN PERIBADI yang banyak mengisahkan perjalananku sebagai ibu yang memperjuangkan susu ibu buat anak2ku dan diselit dengan bahan2 berkaitan kesihatan (berdasarkan pembelajaran, pengetahuan dan pengalamanku di dalam bidang ini)  serta tercampur sedikit sebanyak mengenai hal2 peribadi.

Setelah berfikir semasak2nya, aku rasakan tak elok dicampur adukkan catatan yang berilmu dan hal2 personal, maka lahirnya blog keduaku pada bulan April 2010 - DIARI HIDUPKU yang berkisar mengenai kisah2 seharian kami sekeluarga dan sesekali terselit juga GA & contest.

Buat kali ketiganya, Oktober 2010, CONTEST @ GA ONLY khas untuk penyertaan sebarang peraduan di alam maya terhasil.

Kalu ada diantara kalian bertanya, sempatkah untukku kemaskinikan ketiga2 lama tersebut? sebenarnya ia bergantung kepada kekosongan masaku, biasanya aku akan buatkan n3 terbaru selepas waktu pejabat, hari cuti ataupun waktu malam sambil melayan karenah anak2 walaupun kadang2 idea tu zero dek kepenatan urusan seharian.

Alhamdulillah, melalui laman ini, aku ketemu dengan ramai rakan2 di alam maya, ada diantara mereka seakan rakan karibku yang dikenali lama meskipun kami belum pernah bersua muka (cuma kadang2 kami berhubung melalui telefon dan email sahaja).

Terima kasih buat teman2 semua diatas sokongan padu anda. Tanpa kalian, laman ini sepi dan tiada serinya.

Hari terakhir 2010

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar kita sudahpun berada dipenghujung tahun 2010 dan esok akan bermulanya hari pertama 2011, jika dikira tahun, umurku sudah meningkat lagi..

Buat teman semua diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.

Azam tahun baru? apa ye. buat masa kini, belum ader idea lagilah, apa yang pasti aku akan cuba sedaya memberi tumpuan sepenuhnya buat keluarga, maklumlah, 2011, kedua2 anakku akan menduduki peperiksaan yang penting untuk masa depan mereka.

Teman2 semua, apakah azam kalian?? meh kongsi..

Rabu, 29 Disember 2010

Rabu, 29 Disember 2010

buntu

Tahun depan anak sulungku akan menduduki PMR, dalam dilema samada perlu di hantar ke asrama atau tidak? Ada apa2 cadangan?

Nota kaki: baru je ambil borang permohonan daripada warden asrama.

dup, dap, dup, dap

Berdebar2 apabila menghitung hari, ermmm.. cuma tinggal beberapa ari lagi nak abiskan sisa2 kehidupan di tahun 2010.. ahhhhhhh... TENSION!!!!! 

Banyaknya keje yang sedang menunggu di antaranya penutupan akaun 2010, laporan peringkat daerah / negeri dan jugak SKT - tambahan pertama kalinya menggunakan sistem HRMIS  (cukup2 x suka sejak bertahun2 nan lalu terutamanya sebagai PPP dan PPK (adeer pilih kasih ke?? hu3) & aku pula akan dinilai dek pihak atasan.. 

Wahai teman diluar sana, ader sapa yang bermurah ati nak tolong?? (seandainya boleh mai2 tukar @ upah owg wat keje kita sesuker ati kan best!!- aper punya owg ni... hu3 (jeles ati bila dpt tau rakan2 di unit dan daerah lain mula bercuti sepanjang mg ni)

Selasa, 28 Disember 2010

Selasa, 28 Disember 2010

Terima kasih semua

Rentetan entriku malam tadi mengenai kemalangan jalanraya yang melibatkan 2 orang kakitangan di pejabat ini a.k.a staf di bawah penyeliaanku petang semalam, ramai diantara rakan2 diluar sana yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua, terima kasih diucapkan atas doa yang kalian iringi.

Bertambah terharu, big boss a.k.a Pengarah kami di Peringkat Negeri mengambil masa untuk turun ke daerah ini (aku pasti tugasan di sana amat padat) bagi menziarahi mereka berdua seterusnya membuat penyeliaan ke atas kami, sekurang2nya ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mereka dengan menerima sokongan dan doa tulus ikhlas daripada semua.

Bagi kami yang masih tinggal disini, tugasan mereka kami tunaikan tanpa sebarang rasa cuak, apa yang penting adalah KERJASAMA antara kami tanpa mengira  pangkat dan kedudukan. Insya Allah, kami cuba mengekalkan semangat kekeluargaan diantara kami sampai bila2.


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang