Jumaat, 11 Mac 2011

Jumaat, 11 Mac 2011

Sekadar coretan

Lamanya ku kemaskini laman ini, dah bersawang agaknya. 

Nampaknya cuaca hari ini tak menentu, petang tadi hingga kini hujan turun agak lebat, bestnya kalu dapat bergolek2 ngan buah hati kesayanganku si Alya tapi apakan daya, dia masih aktif bermain, sekarang ni dia sedang masukkan siling ke dalam tabung si kakak. Habis dah siling dalam purse ummi dikerjakannya.

Sebenarnya banyak perkara menarik terjadi dalam seminggu dua ini tapi apakan daya, mood merakam gambar serta masukkan ke dalam entri jauh ke laut.

Sekeping dua gambar Alya semasa jadualku padat dengan tugasan rasmi dari pagi hingga ke malam


Terpaksa layan diri sendiri, kesiankan!!

Isnin, 7 Mac 2011

Isnin, 7 Mac 2011

Undian 10 blog tercantik 2011 kump. 1 bermula

Meraih undi? mungkin jugak, buat teman2 diluar sana, jika kalian rasakan blog ini adalah di antara yang tercantik pada pandangan mata kalian, apa kata  'vote' saya DI SINI.: senarai ke. 12

Tiada sebarang paksaan bagi pihak saya dan jangan anggap ini sebagai suatu bebanan buat kalian, ia sekadar memeriahkan 'dunia blogger'.. 

Sesungguhnya sokongan kalian amat dihargai dan terima kasih semua..

Selasa, 1 Mac 2011

Selasa, 1 Mac 2011

Sepetang di Sungai Yu, Kuala Lipis

Cerita yang agak basi, 2 minggu yang lepas iaitu semasa di dalam perjalanan ke Gua Musang, Kelantan - rumah abangku.
 
Dalam perjalanan, aircond sejuk sangat, pakaikan Alya tudung

Singgah di Hentian Rekreasi Sungai Yu, Kuala Lipis. sayang seribu kali sayang, tempatnya cantik sangat tapi tahap kebersihan kureeeeng memuaskan, mungkin jauh dari MDL kot!!




Anak2 rilek aje berjalan di atas jambatan gantung.. dorang berdua ok tapi ummi? baru aje melangkah 2, 3 tapak bersama Alya, terus menggigil ketakutan.. minta tlg aby ambik Alya lekaas, terjatuh dlm sungai kang!! gayat sangat. apatah lagi, menangis le si Alya xleh ikut kakaknya.

Sejuk dan nyaman 


huh.. penatnya naik anak tangga



bersantai seketika di sini


ok.. jom kita pergi, hari dah lewat petang daa... bye!!!!!

Ahad, 27 Februari 2011

Ahad, 27 Februari 2011

Fraser's Hill part 4

Tempat seterusnya yang kami tuju ialah Taman Permainan lagi.



Si Abang dapat tunggang moto sendiri, kemain lagi pucat aje rupa tu tapi disebabkan oleh semangat yang kuat, digagahi juga untuk menghabiskan masa yang ditetapkan

 Melihat si abangnya menunggang moto sendiri, Alya apatah lagi,  diapun nak tunggang sama, sekejappun jadilah..



Setelah semuanya selesai, perutpun mula berkeroncong, kami singgah di kadai makan dan order makanan. Sementara itu,  sempat lagi berposing sebagai kenangan.

Apabila makanan sampai, aku tak sempatpun snap gambar makanan, maklumlah, Alya mula meragam.

errrmm,  sempat menjamah semulut dua aje dan bawa dia pergi jalan-jalan, maklumlah lebih sejam jugak kami menunggu makanan disediakan.
Sesudah makan sekali lagi mereka berlari-lari ke Padang Permainan tetapi memandangkan jam sudahpun mencecah ke angka 6.15 petang, aku terpaksa mempercepatkan aktivi mereka, kesian Alya, dia menangis ketika aku dukungnya masuk ke dalam kereta, nampaknya dia masih lagi belum jemu dengan permainan yang banyak di sini.

Sebelum balik, singgah seketika di sini,  baru terasa udara sejuk dan nyaman.

Masuk aje ke dalam kereta, Alya terus terlena hinggalah kami sampai ke rumah. Semasa singgah di masjid, dia tetap lena, penat agaknya..

Jumaat, 25 Februari 2011

Jumaat, 25 Februari 2011

sekadar coretan kosong

Nampaknya seminggu ni terpaksa lupakan seketika aktiviti berblog akibat kekangan masa dan aktiviti luar (bertugas dari pagi hingga ke malam, Insya Allah.. jumpa lagi di lain masa dan ketika. 

Salam sayang buat semua teman yang berkunjung ke sini. Muaaaahhhhh!!!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang