Ahad, 31 Julai 2011

Ahad, 31 Julai 2011

Tahniah...


Entri khas buat Jat aka pemilik 'Public Diaries', tahniah daripada kami sekeluarga atas ikatan pertunangan ini, moga ia kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya buat selama2nya. 

Adatlah berada di alam pertunangan, cabaran dan dugaan pasti mendatang, apa2pun semoga ia dapat diselesaikan secara baik dan perlu ada sikap bertolak ansur antara satu sama lain.

Nota: Jat merupakan salah seorang teman yang dikenali dialam maya, anak perempuan tunggal aka kakak sulung kepada adik2 lelaki, tentunya seorang anak yang manjakan!!!.

Bertugas sebagai seorang engineer, walau sesibuk mana sekalipun, dia tetap meluangkan masa 'bw' bertanya khabar rakan2 di alam maya (biarpun tuan rumah sering tiada.), apa2pun moga hubungan persahabatan ini berpanjangan.

Sabtu, 30 Julai 2011

Sabtu, 30 Julai 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Dikesempatan ini saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf daripada kalian kiranya selama ini ada terkasar bahasa dalam penulisan, walaupun kita cuma kenalan dialam maya dan jauh di mata tapi sejujurnya saya amat senang sekali dapat bersama kalian.

Salam Ramadhan dari kami sekeluarga, moga amalan kali ini mendapat keberkatan hingga ke akhirnya.

Sabtu, 23 Julai 2011

Sabtu, 23 Julai 2011

Fuhhhh, lamanya

errrmmmm, dah bersawang laman ni, seminggu tuan rumah tak sempat nak belek2, rindu pada rakan2 diluar sana mula terasa, Insya Allah cuba luangkan masa untuk lawat kalian, entri inipun sekadar update dan lepaskan batuk di tangga.

Badan masih terasa penat sebab t/malam tadi baru sampai rumah selepas hadiri meeting di luar daerah ditambah pula dek selsema yang mula menyerang diri ini, nak tak nak, terpaksa juga dapatkan ubat tambahan pula esok ada tugasan luar,apa2pun semangat mesti kuat.

Ahad, 17 Julai 2011

Ahad, 17 Julai 2011

Anak melayu sejati

Siang tadi anak2 mengadu lapar dan minta makanan, bila masuk kedapur, tengok semua makanan dahpun habis, 'kuatnya dorang makan", siang tadi 2 kali masak nasi, dah habis semuanya.

Konon2nya tak mo masak petang tadi, ajaklah mereka ke KFC, kali ini ummi belanja makan, wah!!  kemain lagi  seronoknya mereka, maklumlah kami jarang2 makan kat sana, biasanya beli dan bawa ke rumah aje.

carian google

Ingatkan bila pekena 1 set 'snake plate' setiap sorang, cukuplah hingga ke malam, rupa2nya kenyang kejap aje, masing2 kelaparan lagi termasuk umminya juga, nak tak nak malam ni kena masak nasi lagi, laukpun simple aje, ermmm jadilah.. dah makanan asasi kami adalah nasi, makanan lain tak dipandangnya, inilah dikatakan 'anak melayu sejati', huhuhu

Sabtu, 16 Julai 2011

Sabtu, 16 Julai 2011

rehat je

Sebaik aje buka blog, terdapat pertanyaan daripada Jat mengenai aktiviti kami hari ini. 

Nampaknya  pada minggu ini kami tak dapat ke mana2 walaupun niat asal tu nak bawa anak berjalan2 (sian kat dorang, awal2 pagi lagi daa mandi dan bersiap, last sekali tak jadi..) 

Perancangan tersebut terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab iaitu:-
  • Pagi anak ada kelas tuisyen kat sekolah (dia bagitau hal ini agak lewat)
  • Mod untuk makan angin cuma 50% sahaja manakala 50% lagi minda ni asyik dok fikir nak tidur aje, maklumlah sepanjang hari bekerja dan badanpun keletihan. Inilah masa nak rehat secukupnya.
  • Kalau esok, rasanya tak sempat nak ke mana daa sebab waktu petangnya kena hantar anak balik ke asrama.
Semalamku ada minta pandangan rakan2 mengenai tempat percutian menarik untuk dikunjungi, terima kasih buat kalian yang telah memberi maklumbalas.
  • Genting - rasanya pilihan terakhir kot, letih berbaris panjang beberapa bulan lepas masih terasa lagi, hehehe, 
  • Fraser Hill - dekat daa ngan rumah tapi agak kurang menarik bagi kami
  • Melaka dan Bukit Gambang - yeayyyy, destinasi pilihan terkini dan dalam perancangan kami, Insya Allah, cuti sekolah hujung tahun kot!!! (kena simpan duit lebih sikit..)
  • Bunga Putrajaya: bestnya tapi tak sempat kot nak ke sana
  • Wah.. hari Lea dan keluarga ke Gambang untuk 'famili day'.. seronoknya, tak dapatlah nak ikut, apa2pun, selamat bercuti

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang