Jumaat, 3 Februari 2012

Jumaat, 3 Februari 2012

family day

Selepas solat jumaat nanti, kami akan keluar daerah bagi menghadiri 'Hari Keluarga' anjuran jabatan, tempatnya dirahsiakan buat sementara waktu,  surprise!!!  Insya Allah akan diceritakan kemudian, pastinya kami belum pernah sampai ke sana lagi.

Kalian pulak ke mana?

Rabu, 1 Februari 2012

Rabu, 1 Februari 2012

kelam kelibut

Ermmm, seawal pagi, pc kat pejabat wat hal, 'hang' memanjang, nak hantar servis, duit pej. dah abis digunakan dan belum berganti lagi, sudahlah semua data2 penting dok dalam tu n sistem online diprogramkan kat situ, akhirnya terpaksa guna pc lain - selesai sudah satu masalah

Tenet pulak 'servernya down, tak pastilah samada ia berpunca dari hq /telekom?, call telekom, mungkin esok dorang ambik tindakan, nak call unit IT hq tak boleh sebab cuti sempena hari wilayah, sudah le urusan rasmi, surat menyurat 60% menggunakan e-mail, selain telefon n fax.

Petang pula, tiba2 'printer' xder power, naper ek? mgknkah kabelnya wat hal @ printer itu bermasalah, bawa kabelnya ke kedai komputer, cuba guna pada printer kt sana tapi masih tak boleh, nak beli baru tapi xder stok, katanya kena order. kiv reganya RM200++ n paling awal terima seminggu kemudian, berkira2 ngan pegawai di peringkat negeri, keputusannya dorang cari kat sana.

Di awal bulan, kerja menimbun2, laporan kewangan entah ke mana, petty cash masih belum disemak lagi, laporan bulanan peringkat daerah/negeri tak buat lagi, memo/surat menyurat rasmi juga perlukan penggunaan printer/e-mail, invoice perjalanan teksi/bas belum hantar lagi.. semuanya perlukan penggunaan printer juga..

Nasib baik 'claim' kami siap daa semalam, sebutharga /jadual perjalanan teksi/bas untuk bulan ini dah sempat siap t/hari tadi dan sudah dihantar ke negeri bagi 'pesanan kerajaan'.

Senarai nama klien yang sudah / akan menjalani ujian mamogram BANYAK lagi yang belum didaftarkan (hujung tahun lepaspun masih ader yang belum didaftarkan online dek kekangan masa dan disebabkan oleh sistem slow n bermasalah sejak 2 menjak ni, sebagai inisiatif, buat sementara waktu guna manual.

Senarai klien untuk bulan mac sudah banyak, masih belum sempat nak susun jadualnya, hujung minggu ni pulak nak bersuka ria kat PD sempena famili day, balik nantilah fikir2kan tindakan yang perlu dibuat untuk selesaikan masalah ini.

Nota: kalu nak ikut, pc ader 4 dan  printer 2, sekarang ni sepasang pc n printer sedang di dalam proses pelupusan, sepasang lagi pc n printer bermasalah, bakinya 2 buah pc yang boleh digunakan tanpa printer dan internet yang down.

Isnin, 30 Januari 2012

Isnin, 30 Januari 2012

Berdebar2

Berpandukan entri ini, esok pagi merupakan kali pertama menghantar klien dalam jumlah yang ramai untuk menjalani Ujian Mamogram menggunakan perkhidmatan bas (40 orang), tahun2 sebelum ini cuma menggunakan perkhidmatan teksi  4 orang untuk sekali perjalanan.

Perasaan bercampur baur, berdebar2 dan risau jika hasilnya tidak seperti yang dirancang, setakat ini jadual perjalanan (bas dan teksi) sudahpun penuh hingga Mac 2012, Alhamdulillah, sambutan menggalakkan dan ramai yang mulai sedar mengenai kepentingan pengesanan awal lebih baik dari mengubatinya.

Walaupun hari ini sedang bercuti rehat kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan tetapi tugasan pejabat tetap tidak dilupakan, dari pagi lagi telah menghubungi mereka2 yang berkaitan dengan perjalanan esok agar semua yang dirancang berjalan lancar dan klien berpuashati.

Paling membanggakan, hari ini dapat lagi 44 kes untuk 'program gerak gempur mamogram', justeru itu, walaupun cuti tetap membuat kerja2 rasmi di rumah, telefon peribadi bertukar telefon rasmi (rasa2nya nak tambah aje no. telefon len ntuk personal) sekurang2nya ia dapat membantu mengurangkan beban tugasan harian untuk hari2 mendatang.

Rabu, 25 Januari 2012

Rabu, 25 Januari 2012

urgent

Tepat jam 8.00pagi, kedengaran deringan telefon pejabat berbunyi, panggilan dari peringkat negeri untuk memaklumkan bahawa kena keluar daerah bagi menghadiri kursus di Terengganu, terkedu seketika, dengan kain baju entah ke mana, persiapan anak2 lagi..

Sedang berkira2 samada nak bawa  anak2 atau tidak dan sewa bilik berasingan, nasib baik dorang semua sedang bercuti..

Selasa, 24 Januari 2012

Selasa, 24 Januari 2012

Alya 2 tahun 5 bulan

 
Itu dia pic menarik daripada anak kesayangan kami - Alya, hari ini telahpun berusia 2 tahun 5 bulan, cepatkan masa berlalu dan kini dia terus menceriakan hari2 yang kami lalui. 

Antara bait-bait kata yang meninggalkan kesan mendalam buat kami:-

  • Kakak... mana kakak saya?
  • Ini tepon saya..
  • Maafkan saya
  • Ummi tolong saya
  • Jangan, jangan.. itu saya punya..
  • Nak beli, duit!!
  • Nak Embuuuu (nak daging burger lembu)
  • Kakak buat... (semua kesalahan dia, si kakak yang kena tanggung..)
  • Nak 'semayang'.. (solat)
  • Baca doa (sebelum makan)
  • A.B.C, D......,1,2,3,...... alif, baa taa...... sentiasa dimulutnya
Kelakuannya:-
  • Sesudah minum air, bawakan sendiri gelas ke dapur, ambil kerusi n panjat (sebagai bantuan, maklumlah sinki tinggi), mulakan sessi membasuh gelas, mula2 sabun dan bilas, pastu bawa turun gelas dan toskan di atas rak pinggan mangkuk yang terletak kat ruang belakang.
  • Pakai dan tanggalkan baju sendiri, bab 'berbedak, bergincu mahir 'bebenor', kalah si kakak.
  • Semasa nak melangkah keluar rumah, cepat2 capai tudung biarpun berpakaian 'seksi meksi' TETAPI cuma bertahan beberapa ketika sahaja.
  • Pantang telefon rumah berbunyi deringan, sila serahkan urusan jawab menyawab kepada operator tak bertauliah iaitu si Alya, pandai2lah dia menjawab panggilan tersebut, jika 'penting', sila gunakan telefon personal.
  • Punyai koleksi buku2 mewarna dan kaler (pantang ke pasaraya, wajib dapatkan sekurang2nya sebuah buku dan sekotak pencil kaler
Makan, minum:-
  • Makan apa sahaja yang kita makan, kegemarannya roti, nasi berlaukkan ayam masak tempoyak dan ayam masak kicap.
  • Masih menyusukan susu ibu 'segar terus dari ladang', stok EBM masih ada 2 paket di dalam frezeer tapi nampaknya dia 'kureng' gemar, tunggu tarikh luput untu dibuat pelupusan (sebenarnya tak tau cara nak hentikan susu ibu, paling penting si ibu tak sampai hati mendengar rengekan dia malam2 mencari bekalan)
  • Cuba belikan susu formula tapi GAGAL memenuhi seleranya, kadang2 dia minta FM tapi hiasan, segelas demi segelas terpaksa dibuang akan tetapi minumnya tak juga, sedar2 setin susu luput.
  • Peminat no. 1 raja buah iaitu DURIAN dan boleh dikatakan kesemua buah2an merupakan buah kegemaran dia

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang