Kali ini kami cuma ambil tiket untuk outdoor, pakej family RM 157 (jika tak silap) dan dewasa untuk 2 orang, RM 50/orang. Jumlah keseluruhannya ialah RM 257.00, untuk dak Alya dikecualikan sebab ketinggiannya belum cukup 90cm.
Sepanjang hari berada di sana, masih tidak berkesempatan untuk bermain kesemua jenis permainan, maklum le setiap permainan, kena beratur panjang dan ikut giliran, sib baik bukan hari minggu, kalu tak lagi le panjangnya.
Cuaca pada waktu tengaharinya panas terik, kiranya agak berpeluh jugak, cuma di sebelah petang barulah terasa nyaman manakala harga makanan & minuman bolehlah tahan, contohnya air 'blackcurrant' untuk dak Alya RM6/gelas, hot dog RM 4/ketul, pop corn RM5 sepeket, keledek bakar RM4/100gm dsb.
aiskrim perisa pisang RM3/ bukan sekali dua je Alya makan, 5 kali beli cuma untuk dia sahaja (ini belum di kira untuk kakak & abang2nya)
tugas ummi cuma mengiringi si kecil ini tambahan pulak si Alya kemain lagi mengada2, xmo langsung dipisahkan dari si ibu, maka yang lain hilangkan diri entah ke mana, tak kesampaian kami nak ikut dorang.
sambung part 3..









