2 hari menyepikan diri tanpa sebarang entri baru, bukan bawa diri dan bukan juga merajuk tapi dek masa amat mencemburui, sikit sebanyak ia membataskan diri ini untuk coretkan sesuatu sebagai kenangan.
Di dalam tempoh itu, ada kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan, pertemuan dengan rakan blogger, jika selama ini kami bersembang dan berborak di alam maya cuma iaitu melalui blog, email & sms tapi akhirnya ia telah membawa ke alam nyata.
Nota: Seronok sangat, jika kita lihat gambar2 beliau di dalam blog, dia memang seorang yang ceria dan cantik tapi bila bertemu secara realiti, Ieda lagi menawan, comel & awet muda, jika akak tak tau usia anak, pasti akak akan katakan Ieda baru jer berusia dalam lingkungan awal 20an, nampak gayanya kena minta petua ni..
Terima kasih Ieda sebab rela redah kesesakan lalulintas untuk ketemu akak walaupun penat dan mengejar masa untuk pulang ke destinasi. Lain kali jika kemari, boleh kita bercuti ke CH sama2, mungkin bermalam & berBBQ kat sana (sebab jarak yang agak dekat..) tapi kena rancang betul2 ok...
Psstt: Sebenarnya akak ada kamera di dalam kereta tapi disebabkan agak fobia dengan kamera, maka akak buat2 lupa, aci tak?? hihihihi