Penghargaan sebagai pemangkin semangat untuk Alya terus maju ke depan.
Jika ikut lebih 2 minggu tempah tapi asyik ada halangan, perancangan awal surprise semasa balik dari sekolah tapi tak berjaya, lagipun bukan urgentpun, ia sekadar kejutan buat Alya 😁
Alhamdulillah, tahniah sayang..
Nota: Pesanan buat rakan2 diluar sana, seandainya anak seusia 6 tahun masih belum lancar membaca, jangan stress dan beri tekanan kepada mereka, bagilah anak2 seusia itu masa untuk "enjoy" dengan kehidupannya sebagai "kanak2 ribena".
Alya adalah salah seorang dari itu, seawal usia 7 tahun baru lancar membaca dan mula menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa, dia sentiasa punyai target untuk maju ke depan dan sukakan persaingan secara sihat.
Perkembangan anak2 memang tidak sama, jangan sesekali kita bandingkan sesama mereka.