Rabu, 26 Mei 2021

Rabu, 26 Mei 2021

Bunga telang


Bunga telang dah ada

Sudah lama teringin nak buat nasi kerabu, xmo guna pewarna, ermmm ulam pula tak ada, nak keluar susah sebab kami di sini hari pertama PKPD..

Nanti fikir2lah nak buat apa dengan bunga ni..

Ada idea?

-------------


Akhirnya..



Sabtu, 22 Mei 2021

Sabtu, 22 Mei 2021

Laksa viral

Tak perlu gaduh2 bab laksa, kita masak ikut selera masing2 dan menggunakan bahan yang ada kat dapur, nak2 dimusim PKP, perlu pandai mainkan peranan.


Nota kaki: Saya penggemar laksa, tak kiralah laksa apapun, semua boleh, jika tak pandai, boleh je belajar memasak dari pakcik google, sekarang ini semua dihujung jari.. 🧐


Isnin, 15 Februari 2021

Isnin, 15 Februari 2021

Risiko ada di mana-mana

 

"Ya Allah, jagalah dia untukku, aamiin"

Hubungan rapat dengan rakan.


Moga keputusan ujian covid 19 anak bujang nanti adalah negatif,  aamiin..  

.............

Kemaskini: Alhamdulillah  keputusan negatif,  hanya perlu jalani kuarantin selama beberapa hari, tugasan harian sebagai frontliner 'memanggil2' 😊😊😊

Isnin, 8 Februari 2021

Isnin, 8 Februari 2021

Perintah Kawalan Pergerakan - BDR

Bekerja Dari Rumah (BDR) 

Ginilah gayanya apabila bersama kesayangan, redha...  😂😂😂


 

 


Rabu, 30 Disember 2020

Rabu, 30 Disember 2020

Tugasan Fail Log Pandu Puteri

Ketika rakan2 berehat sempena cuti sekolah,  Alya dan beberapa orang rakannya tetap ke sekolah siapkan tugasan Pandu Puteri untuk dapatkan Sijil Peringkat Kebangsaan. 

Seawal pagi, dia siapkan bahan2 mentah untuk aktiviti memasak di sekolah.

Persediaan untuk memasak

Menu 1 - Memasak nasi

Bukan kaleng2 orang sekarang ini menggunakan dapur gas. 😁


Menu 2 - Sayur Kangkung Goreng

Menu 3 - Sambal telur 

Tahniah sayang umi,  si bongsu tetapi boleh berdikari,  hari ni kami tiada tapi dia boleh handle kesemua ini tanpa bantuan kami.

Nama : Nur Alya Afiqah
Tarikh dilantik: 3 April 2019
Hobi :  Memasak
Cita² :  Doktor Haiwan
Sebab menjadi ahli Pandu Puteri : dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan lebih berdisiplin
Jawatan yang dipegang :
2019 - Penolong Ketua Kumpulan
2020 - Penolong Ketua Kumpulan

Apa2pun kami sebagai ibu bapa pasti menyokong dibelakang kamu.. 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang