Baru semalam aku dapat panggilan daripada tuan punya kedai tempat kami hantar kamera untuk dibaiki beberapa bulan lepas. ( sebelum ini berulangkali aku hubunginya tapi hampa, jawapan yangku terima ialah belum ditentukan statusnya!!)
Alkisahnya, kamera digital kepunyaanku mungkin terjatuh kot (sedar2 ader kesan retak) iaitu setelah aku tinggalkan kamera itu di dalam bilik hotel semasa jalani kerja2 luar dalam bulan 10 gitu (manalah tau, kot dorang nak ambil gambar semasa keluar jalan2). Agaknya anak2 yang buat main kot tapi bila ditanya, memasing xmo mengaku salah.
Kalu nak ikut, kamera ini masih lagi dalam tempoh 'gerenti' tapi aku difahamkan, memandangkan ia adalah kecuaian pengguna, maka tidak termasuk didalam senarai gerenti.
Hampir 3 bulan dok kat kedai, baru je semalam dorang wat panggilan dan memberitahu kos membaikinya mencecah sehingga RM300. Laju je aku katakan, x perlulah baiki, beli lain lagi elok, justeru itu, aku nak ambil semula kamera itu, biarlah wat koleksi daripada dok kat kedai itu.
Nota: sebelum hantar ke kedai tersebut, pernah call talian bebas tol syarikat pengeluar kamera ini dan dia memberitahu kosnya cuma dalam RM100 dan minta hubungi agen di kawasan berdekatan dan sudahpun berikan no. telefon untuk dihubungi, aku pula lurus bendul, tuan punya kedai tu suh antar je ke kedainya, maner le tau kot2 ader gerenti!! akhirnya, melepas!!!
Lepas ni xmo lagi berurusan di kedai ini lagi, kecewa!!!!









2 ulasan:
boleh kerugian rm 200...
pergg..belanja mkn mekdi kenyang 2 minggu
misSbLurRy
yap.. btul tu.. mencekik darah btul!!
bw anak mkn mcdi kan knyg anak branak. hu3
lg 1, beli yg baru pn dlm RM400 - RM500, tu pun sgt2 ok
Catat Ulasan