Berpandukan entri ini, esok pagi merupakan kali pertama menghantar klien dalam jumlah yang ramai untuk menjalani Ujian Mamogram menggunakan perkhidmatan bas (40 orang), tahun2 sebelum ini cuma menggunakan perkhidmatan teksi 4 orang untuk sekali perjalanan.
Perasaan bercampur baur, berdebar2 dan risau jika hasilnya tidak seperti yang dirancang, setakat ini jadual perjalanan (bas dan teksi) sudahpun penuh hingga Mac 2012, Alhamdulillah, sambutan menggalakkan dan ramai yang mulai sedar mengenai kepentingan pengesanan awal lebih baik dari mengubatinya.
Walaupun hari ini sedang bercuti rehat kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan tetapi tugasan pejabat tetap tidak dilupakan, dari pagi lagi telah menghubungi mereka2 yang berkaitan dengan perjalanan esok agar semua yang dirancang berjalan lancar dan klien berpuashati.
Paling membanggakan, hari ini dapat lagi 44 kes untuk 'program gerak gempur mamogram', justeru itu, walaupun cuti tetap membuat kerja2 rasmi di rumah, telefon peribadi bertukar telefon rasmi (rasa2nya nak tambah aje no. telefon len ntuk personal) sekurang2nya ia dapat membantu mengurangkan beban tugasan harian untuk hari2 mendatang.









11 ulasan:
alhamdulillah, kesedaran ttg kesihatan makin meningkat!
bagusnya kak!!
gerak gempur ekk.. bagusnya..
Ramai jugak ya...buat mmgram kat mana tu????
Belum buat mmgram lagi....Nampak gaya kena buat jugak ni...
seharusnya kan
alhamdulillah
ayu pun..
tk atas kiriman td, suker sgt2, Insya Allah sentiasa di bawa bersama walau dimanapun
ha'aaa gerak gempur
NoEn
rugi jika kita tak guna peruntukan ini
MP
byk pusat2 mamo yg berdaftar, boleh je kt mana2
cam akak, hantar kes ke "women cancer's detection & breast clinic, KL n Hosp. Tung Shin, KL", kalu pergi sendiri biasanya ke IIUM, Kuantan @ Kuantan Medical Center
rebut le peluang ini, kalu layak, baik daftar ngan LPPKN, ader subsidi lagi.
Mungkin boleh pm akak untuk maklumat lanjut
azhariah
betoi3
Catat Ulasan