Ingatkan salah satu azam di tahun baru ini, nak buatkan entri setiap hari tapi awal2 lagi dah gagal, bwpun kejap je, tak sempat nak singgah banyak tempat (biasanya tengok kat bloglist aje) dan makin jarang2 tinggalkan jejak dek kekangan masa, maaf ye teman!!.
Salah satu perkara yang membuatkan diri ini tak menang tangan ialah mengenai 'Gerak Gempur Mamogram', yalah kena capaikan target sebelum bulan Jun 2012.
Mungkin ramai di antara kita yang terlepas pandang mengenai subsidi mamogram, sayang jika kita biarkan bajet yang disalurkan ini jika tidak digunakan sepenuhnya, nak tau maklumat lanjut, sila ke SINI, saya ada buatkan entri mengenainya di laman utama.
Jujur saya katakan, di daerah kecil ini telah berjaya mengesan beberapa orang wanita yang mengidap kanser payudara saban tahun melalui program ini, ada juga di antara mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita, apa lagi, jom gerak gempur mamogram!!!










12 ulasan:
Mmg penting kaum wanita menjalankan pemeriksaan awal kan kak... Prevention is better than cure
tgk gmbar tu mmng menakutkan....kena buat jugaklah mamogram ni....
adoii..takut saya tgk gambar tu...jom gerak gempur momogram..
takutnye kak..kat ofis sy ade gak baru2ni..sib baik stage 1 so tengah buat kimo
mintak2 jauh la kan kak benda2 camni..takut sy
sokong 100%
MP, kena buat tu
fieda
jom,jom.. kita gerak gempur hg ke akar umbi
rose
kdg2 ia diluar jangkaan kita
Tgk pic tu sgt menakutkan. Jiran sy dikesan ada barah masa mengandung anak bongsu. Dr sarankan suruh gugur dia tak mau.. takdir allah dia pergi jua ketika anak2 masih kecil..
ps; maogram untuk 35++ kan? selain pemeriksaan sendiri, apa wanita bawah 35 boleh buat ya?
zna
bagi wanita dibawah usia 35 tahun, mereka tidak sesuai menjalani ujian mamogram kerana kepadatan tisu kelenjar payudara yang lebih tinggi boleh menghalang paparan ketumbuhan (iaitu tidak boleh dilihat) dan tisu aktif pd payudara berkemungkinan sensitif terhadap sinaran radiasi.
Mereka perlu membuat PSP setiap bulan dan ultrasound jika perlu, ujian darah mungkin perlu (atas nas. doc) iaitu biopsi bagi mengesahkan kanser @ tidak.
Terima kasih umialya..
zfa
sama2..
Catat Ulasan