Khamis, 7 Jun 2012

Khamis, 7 Jun 2012

Sepetang di Teluk Cempedak

Sebaik melangkah kaki ke pejabat jumaat lalu setelah menghabiskan cuti gantian selama 2 hari, terdapat sekeping memo untuk keluar daerah petang nanti bagi bertugas pada keesokkan harinya, apatah lagi kami mengambil kesempatan membawa anak2 bersama dan bermalam di sana.

Perancangan awal, jika tugasan tersebut siap awal, bolehlah bawa mereka ke Bukit Gambang Water Park, sebagaimana dijanjikan keesokkan harinya, selesai tugasan luar, terus bawa mereka ke sana, akan tetapi sayang seribu kali sayang, parking penuh dan difahamkan orang terlampau ramai daripada kebiasaannya.

Kami singgah juga untuk bergambar dan memang tak sanggup beratur panjang membeli tiket, itu baru kat kaunter, pastinya di bahagian dalamnya tiada langsung ruang untuk bermain.

paling kesian pada anak buah kami, niat asalnya untuk bawa  dia ke sini tapi tak kesampaian untuk masuk ke sana, bergambarpun jadilah..

Setelah ditimbang2 antara Melaka @ berpatah balik ke Kuantan (TC), akhirnya kami ambil keputusan untuk ke Teluk Cempedak, ok le, dapat jugak hiburkan hati mereka yang dah kecewa.








Teluk Cempedak pun Teluk Cempedaklah, janji anak gembira.

Memandangkan  masa bersama mereka amat terhad, semalam dan kelmarin balik hampir jam 10 malam sebab siapkan kerja2 rasmi sebelum bercuti gantian hari ini dan esok. Sampai je ke rumah, Alya merengek2:  "Ummi, jangan tingalkan adik...", siankan!!

Insya Allah sekejap lagi kami akan bertolak balik kampung untuk menghantar anak buah. Moga tiada kesesakan lalulintas sepanjang perjalanan pergi dan balik kami, amin.. DIBATALKAN.

ubah plan, hari ini pergi berkelah dulu, hihihi

20 ulasan:

fieda berkata...

oooo..akak dtg sini awal sari dari saya ye..hihi...kalau ari yg sama entah2 kita duk sebelah menyebelah jer kot...

Umialya berkata...

fieda
ha'aaa mungkin gamaknya, hihihi

Ruse Sulaiman berkata...

Kesian takde rezeki. Masa cuti sek mmg mana2 pun ramai kan?

Umialya berkata...

Ummi Iman
itu le, tgk luar bah. dlm tu, nmpk kepala je, sah2 nak mndipun tak selesa

kasihibu berkata...

seronoknya anak anak bermain air....

kurus berkata...

seronok ..
akk kalau lepak2 disini , tak pernah layie bagi anak2 main air .. entahlahh selalu kami makan mcD disini ;)

lia berkata...

xdpt main air kolam buatan, main air pantai pon ok gak ;)

Umialya berkata...

kasihibu
anak2 mmg seronok..

Umialya berkata...

ieda
mulanya takut gak nak bg anak2 main air, lagi2 ada 'bendera merah' sbg tnda amaran tp bila lihat ramai yg mandi & cuaca ok, bg dorg mndi di pinggir pantai cuma, tetap dibwh pgwasan

Umialya berkata...

lia
itulah pasal..

MulutPayau berkata...

amboiii kak, jalan sakan ya...waaaaa jelesnya!!!!

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Kami tak pernah masuk lagi BGWP tu.. tp mmg mana2 water park akan penuh setiap kali cuti sekolah

nurbijen berkata...

anak2 mandi pantai pun enjoy... BGWP memang ramai kalau time cuti sekolah... my cousin kata, nak masuk air dalam kolam pun tak dapat sebab orang penuh dalam pool :)

Umialya berkata...

MP
yg ni 2 dlm 1, kebetulan ader urusan rasmi, ON jelah

Umialya berkata...

ZNO
ylh.. masing2 ambil kesempatan bawa famili bercuti

Umialya berkata...

nur
kami intai2 bahagian dlm, mmg tak nampak game, cuma nampak kepala org je, cam ader majlis kenduri besar pulak kt situ, hihihi

IntaNBerliaN berkata...

tc... rindunya.. dh lm x g... ms blajo kt kuamtan dulu, pnh gak g :-)

Umialya berkata...

IB
apa salahnya pgi lg,, imbau kenangan silam

Kasih Salina berkata...

gambang waterpark tu pernah dgr namanya tp belum sampai lagi ke sana..

Umialya berkata...

KS
bek g, maner tau sesuai ntuk famili

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang