Apabila punyai anak2 yang sedang membesar, macam2 kerenah, setiap daripada mereka punyai kelebihan dan kelemahan masing2.
Si abang sulung jenis yang cool jer, marah le sebanyak mana sekalipun, diam membisu tetapi ligat semacam, pantang kunci motor ader depan mata, kejap je menghilangkan diri, beberapa kali daa motor tu bertukar cover dek penangan dia, hari2 dia berada di asrama, rasa tenang jer hati ummi dan abah tapi balik di hujung minggu terus gundah gulana, memang tak tenang..
Anak kedua lak, pantang tinggikan suara @ membantah kata2nya, air muka terus berubah dan mulutnya tak henti2 membebel ntah aper2 seakan orang lama2, kiranya melawan le tu sambil air mata mengalir laju. Sensitif sangat..
Anak dara yang ketiga lak, sangat2 'pemalas', kertas berterabur depan matapun boleh wat derk ajer, bila disuruhnya, antara dengar tak dengar, maner le kami tak bising hari2. Ingatkan dapat anak dara leh di bawa menolong ke dapur tapi....
Si Alya pulak, masih belum boleh dijangka, kecil lagi, setakat ni sudah tunjuk minat memasak, pantang buat kuih, sibuk le dia ke dapur membantu apa yang patut - pukul adunan kek dsb...
Gitu jugak mengenai makanan dan minuman, setiap mereka punyai selera yang berlainan KECUALI ayam masak tempoyak aka gulai masam dan bihun sup / soto / yang sewaktu dengannya, rasa2nya semasa mereka kecil2 dulu, kami suapkan makanan yang sama jer setiap daripada mereka. hurmmmmmm..









5 ulasan:
anak2... mcm2 peel kan kak.. sy ni anak kecik lg... baru sorg... nanti dah besar pun xtau lg camne...
ekekke gitulah kak
tapi yg saya perasan anak kedua nie memang perangai macam tuu
saya anak kedua .. memang lebih kurang jee ngan perangai anak akk .. same juga ngan anak kedua saya .. ekekke
insyaallahh kita boleh mengengkangnyee dari jadi berlebih2 kan akk ;)
Eh, anak kedua mmg perangai mcm tu ek? Langsung tak boleh marah sikit, dia pulak yg nangis lebih2... padahal tak de la tinggikan suara pun, sensitip yg amat
IB
rasanya semua ibubapa inginkan yang terbaik buat anak2, kdg2 pergaulan mereka dengan rakan2 boleh merubah segalanya.
ieda
mungkin kot!!!
NoEn..
sbb sorang, itu le si Alya manja terlebih2..
Nur
sama jugak ye, naper eh?
Anis yg baru sorang anak ni pun dah bermcm perangainye kak. Harap jadi anak soleh la hendaknya
Catat Ulasan