Khamis, 13 September 2012

Khamis, 13 September 2012

misi malam ini..

Esok ada jamuan raya di sekolah anak, justeru itu saya kukuskan 'apam polkadot' sebagai bekalan, setiap kali kuih ini masak sekejap jer habis dipunggah dek hero & heroin, mereka makan bersama anak jiran.

Akhirnya tinggal beberapa ketul, itupun sebab saya cepat2 ambil dan masukkan ke dalam bekas untuk di simpan. Kang melopong anak manja ummi pagi esok apabila tak kesampaian nak bawa kuih ke sekolah.

Anak jiran siap berbisik ke telinga anak: "minta le ummi buat lagi, jualpun xper, saya nak beli, sedap.. tak sama ngan kuih lain.."

Setelah beberapa kali mencuba, saya ubahsuai resepi yang asal, jika sebelum ini, apabila sejuk jer, kuih ini agak keras dan setelah diubah suai sukatannya, ia memang lembut & sedap walaupun sudah semalaman.

Apam Polkadot

Sukatan terkini yang saya gunakan ialah:
4 biji telur (gred B) - simpan dalam peti sejuk
1 cawan susu segar / cair
200 gm gula caster
1 cam. kecil ovallete
260 gm tepung
3 cam. kecil baking powder
sedikit esen vanila
(Pewarna-ikut suka nak berapa jenis) 

Filing secukupnya.. (Terpulanglah nak letak inti apapun)

1) Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga adunan naik sekali ganda

2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titis pewarna ikut kesukaan. Masukkan ke dalam piping bag @ beg plastik yang bersih (buat lubang kecil di hujungnya)

3) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas yang diletak ke dalam acuan lompang (isi separuh dulu), masukkan filing dan picit adunan berlainan warna hingga 3/4 acuan.

4) Titis (dot. dot) ikut warna kesukaan, kukus guna api sederhana sehingga masak.

10 ulasan:

nurbijen berkata...

Dah lama teringin nak buat apam ni.. tp mcm rasa cerewet pulak nak buat. kalau bakar, rasa dia sama tak kak tini?

Umialya berkata...

Nur..
jika bakar, rasanya cam kuih bahulu

::NureeN:: berkata...

dlu pernah try buat tp x jd la polkaditnya hehehe, nk try lagi pas ni :)

::NureeN:: berkata...

nureen tgk n3 yg lepas2.... bestnya g CH, eh, kat tanah rata tue dh lain la, dlu masa pegi bln 1 lepas yg kat tulisan tue still tanah lagi, tp skrg dh simen yerr

Umialya berkata...

Nureen
baik cuba sekali lagi..

Ha'aa betul le, akak baru sedar sblm ni latar belakangnya tanah jer..

lia berkata...

Tgk jer pon da buat sy terliur...

IntaNBerliaN berkata...

apam polkadot ni warna dia menarikkan... ank2 mmg berkenanlah kan.. :-)

Madam iEeDaZ berkata...

Akak posla kt sini sket :-)

Umialya berkata...

Lia..
mmg sedap, caya le

IB
rasa & warna mmg memikat hati anak2

ieedaz..
insya allah

fieda berkata...

amboi warnanya memikat hati kanak2 ni..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang