Buat teman2 - mohon maaf sebab buat masa ini jarang2 berkesempatan untuk melawat kalian, agak sibuk, semuanya gara2 menyiapkan tempahan Tart Nenas Gulung daripada anak buah untuk di bawa balik ke Arab Saudi - diagihkan kepada teman2 sejawat. (orang lain sibuk sebelum raya, kita lak selepas raya..)
Mulanya ingatkan cuma nak sebalang dua jer, tanpa berfikir panjang setuju, udah anak buah minta takkan nak menolak pulakkan, sebelum balik ke sini tempohari terus dihulurnya RM 200 untuk membeli bahan2 mentah, ambik engkau, bukan sikit tu, berbalang juga kena siapkan.
Sebenarnya saya tak taupun harga pasaran, maklum le tak pernah membeli, ader sapa2 leh tolong.. bukan aper, sekurang2nya boleh agak2 nak buat banyak maner, nanti tak berbaloi lak dengan nilai yang diberikan itu, xmo le sebab RM banyak tu, anak buah kita termakan hati lak, jika terlebih xper, huhuhu..
Minggu depan dah nak bertolak, maka minggu ini kena siapkan juga tempahan itu, terfikir gak beli jer yang udah siap tapi fikir punya fikir, kalu beli yang udah siap, diapun boleh beli kat KL, berlambak terjual kat sana tapi rasanya entah aper2.
Jika buat sendiri ni, tentunya kita pilih bahan2 mentah yang terbaik punya, barulah rasanya menepati "citarasa yang agak2 cerewet ini".
Sehubungan dengan itu (cewahhhhhhhh..), setiap kali balik kerja, misi meyiapkan kuih ini bermula, setiap hari cuma mampu buat satu adunan jer, tak mampu le 'makcik' nak berjaga lewat malam, esok nak kerja pulak..
Akibat masa yang agak terhad, maka jarang2 nak jenguk kalian di luar sana, jika adapun cuma baca entri sepintas lalu, kadang2 tak sempat nak tinggalkan jejak, maaf ya..
Insya Allah.. apabila semuanya agak reda, ia kembali seperti biasa.
psstttt: teringin nak beli oven yg besar, nanti le dulu...









8 ulasan:
anak buah nak merasa air tangan akak la tu.
sebekas ada 50 biji saya beli RM22 kak..
owhhhhhhhhhhh sebuk ngan tart nenasss yeee .. patutlah x der entry baru akk .. puas saya terjah ngeh2 ..
apa2 pun thanx akk x jemu2 terjah entry saya .. memang saya terharu ;)
caiyok caiyok!
wah.. tart nenas akak sampai kat arab saudi lah yer pasni :-) sy pun xpasti harga brp...
*kak, tulisan ni buat sy susah nak baca... terpaksa dekatkan muka dkt skrin komputer baru leh baca.. :-)
slmt hari raya kak! trima kasih bg sy kad raye.. :)
jauh betul nak pos...
rasa dlm 25kot..tahun ni sy x beli pun tart nenas..beli biskut biasa dalam 23 jer sebalang..:)
Catat Ulasan