Sabtu, 17 November 2012

Sabtu, 17 November 2012

Demam 'Durian Crepe' part 3

  
Taruk isi durian byk2 berbanding fresh cream
 
 free kaler..
Warna tak menarikkan, ok jer lepas le mengidam, sekurang2nya dah tahu rasa 'Durian Crepe', baunya agak wangi, mungkin akibat penggunaan tepung kastard dan  dibalut dek kulit yang nipis.

Hurmmm memang berbaloi ia dijual dengan harga mahal, harga bahan2 mentahnyapun bolehlah tahan, lagi2 jika guna durian jenis D12, musang king atau sebagainya.

'Makcik' tak sanggup meng'crepe'kan ia setiap hari, remehhhh... (bek bakar muffin @ kek,  sekaligus je masak), jujur saya katakan, saya kurang berminat nak buat kuih muih yang banyak sangat kena ikut langkah demi langkah sebab saya seorang yang simple, kiranya main campak2 jer..

Ohya, sana  sini orang dok bercerita mengenai Durian Crepe, hebat sangatkah kuih ini? hari2 dok ngidam, nak order jauh sangat, nak buat pulak whiping cream tak terjual di daerah kecil ini.

Akhirnya minta tolong auntie kat kedai menjual bahan2 bakeri order, terus rembat 3 kotak sekaligus, isnin nanti baru dapat- hurmmm xder stokpun..

Kelmarin ajak hubby keluar daerah, kononnya bawa anak makan angin, alhamdulillah terjumpa whiping cream kat TF tapi ia terjual di dalam kotak yang besar, ambik seliter jer, kemudian minta tolong hubby beli buah durian pagi tadi.

Resepinya saya ambil di laman web rakan blogger, sebenarnya kecoh mengenai resepi yang betul untuk membuat kulitnya, banyak sangat rahsia yang tersembunyi, ada yang kata ia tidak menggunakan tepung gandum langsung, jika guna tepung gandum ia palsu semata2.

Ada pula pendapat mengatakan ia menggunakan 5-7 jenis tepung yang berlainan tanpa tepung gandum, entahlah.. sayapun tak pasti yang mana satu betul, untuk cubaan pertama kali ini saya menggunakan 6 jenis tepung yang berlainan ikut resepi tersebut, pastinya tepung gandum tetap ada iaitu tepung pau & tepung naik sendiri.

Jika kalian nak berniaga & inginkan resepi yang tepat, baik berguru, bayar sikit, apa salahnya. Rasanya tak rugi sebab 'Durian Crepe' sedang dilanda fenomena.

DURIAN CREPE
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri

1 1/2 sudu besar gula castor

2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon (terlupa nak masukkan)

Bahan Filling:

Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental


Cara-caranya:



  1. Maukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
  2. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam.
  3. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata. (saya tambah sikit lagi air, kiranya adunan ini agak cair untuk menghasilkan kulit yang nipis)
  4. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
  5. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..
  6. Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe.
  7. Sudukan isi durian di atas fresh cream &  paipkan fresh cream di atas isi durian
  8. Lipat crepe ( 4 penjuru - siap...)

Credit: Resepi Cikgu Ani

Nota: Lain kali baik order je jika nak makan, itupun jika teringin sangat. (kami 3 beranak jer makan, rasanya tak berbaloi sepagi dok ngadap kerja ni tapi masuk hari kedua & ketiga, berebut le pulak, hubby kata sedap, nak buat lg agak susah sebab di sini sukar nak dapatkan fresh cream.. ).

***crepe durian lagi

12 ulasan:

kurus berkata...

akhirnyaaaaaaaaaaaaaa
kakak .. leh order lepas nie ..
yummmyyyyyyyyyyyyyyyyy

gadisBunga™ berkata...

salam...

terbongkar jugak resepi rahsia ni...terima kasih! nak try buat lah. kalau tak pakai doyan pun boleh kot kan?

Salina Mat Isa berkata...

Ada jmpe resepi kat blog lain,lain plk resepinya dr yg ni,tk de pun 6 jenis tepung tu..tepung gandum je..

ajumohit berkata...

yeaaa menjadik ye kak, tulah kak tgk cara dah tau rumit, tu pasal saya nk order je sebab sekadar nak rasa nak ilangkan ngidam ;)

IntaNBerliaN berkata...

byk tepungnya yer... sy ada terbaca dkt blog mana ntah, tepungnya xdalah byk jenis camni...

tp pe2 pun, sy nk try jugak.. sbb dah teringin sgt nih.... pantang plak xhbs2 lagi.. adehhhh...

nak beli xtau nak beli mana, tp kalau xbeli, confirm sy buat... dpt rs sikit jadilah.. hihii

Cik Nor berkata...

pas pavlova, hok ni pulak...
saya pun sama, kalau renyah nak membuatnya, tak de ler

mieya berkata...

Perghhh, durian crepe tu... Nak sikit!

Bunda_nora berkata...

nampak sedap tapi bunda tak makan durian..

Si Matatajam berkata...

Remeh gak yek nk buat doyan crepe ni..mcm2 jenis tpg yek kena guna..

QasehnyaRania berkata...

bayk jenis kan tepung..
ada saya jumpa dekat blog semanis gula.satu jenis.simple mcam buat ketayap..

tgh kumpul brg ni..nak kerjakan juga..hihi

saya asai kedah kak:D
bukan mknan jawa.sbb mak sedara yang buat pon anak tok je.tak tau pula kalau dia ada blaja dengan org jawa..nati ciksu tanya TA..

Unknown berkata...

sedap ni..nak cuba ni resipi anda..tapi kena faham ~ saya gunakan cempedak nanti. Tak berapa sangat durian..)sedap sangat nampak cantik sangat tau!

Puan Kutu berkata...

macam leceh je gaya nak membuatnya.pastu ada plak secret receipe..bak kata akk,order jer sng!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang