Sabtu, 8 Jun 2013

Sabtu, 8 Jun 2013

Dilema Penjamin

Semalam terima panggilan AmBank sebagai penjamin kepada anak buah di kampung mengesahkan sudah 4 bulan dia punyai akaun tertunggak pinjaman kenderaan, banyak woo..

Itulah yang sering dilema bagi kami yang punyai kerja tetap, xmo menjadi penjamin, awal2 lagi dicop sebagai seorang yang sombong

"Mentang2lah punyai kerja tetap, sedara mara kat kampung dilupakan, bukannya susahpun, minta slip gaji & perlu sign jer, bukan minta duit cashpun".

Urmm..Pastu terlanggar bahupun buat2 kenal tak kenal.

Malangnya apabila kita sudi menjamin, boleh lak wat lengah2 nak bayar hutang, sapa yang susah, 'Makcik kamu jugak yang susah', sikit2 orang bank tepon, kamu xperlah.. no. tepon silih berganti, pokok pangkalnya  sukar dihubungi, "alahaiiiiiiiiiiii anak bertuah, telefonpun tak berangkat, mesej tak berbalas, 'lagu mana ni..'??"

Nota: Sib baik banyak menolak permintaan ntuk jadi penjamin, terpaksa tahan hati, kalu idak, mau botak kepala kena tanggung kesemuanya, urmm...

14 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Betul kak.. Nak menolak permintaan sedara ada masanya rasa tak sampai hati.. Geram bila orang yang buat pinjaman tu tak bertanggungjawab..

Saya tak adalah pengalaman macam ni ,tapi pernah jadi pada kakak saya, pernah sampai bergaduh besar laki bini tu sebab orang tak bayar, nak naik mahkamah, bukan sikit, hampir 250k... Keje gila tul jadi pjamin sampai bayak macam tu. Bagi saya lagi keje gila orang yg tak bayar tu..tak fikir menyusahkan saudara mara kita..

Maria Firdz berkata...

betul kak.. serba slh.. ingt kerja kerajaan kaya gamaknye... takut betul nk jadi pnjamin...

Puan Kutu berkata...

sy awal2 lg FIL dah warning.jgn jadi penjamin kt sapa2.klu org mitak kata dh byk dh jadi pnjamin.hehe

mmg dilema,leih2 lg klu sedara mara sendiri.mentang2 la org kerajaan ni sng nak jadi penjamin n buat hutang..emm

Unknown berkata...

takut jugak nak jadik penjamin~

MulutPayau berkata...

betul tu..mmng serba salah..
Tak terima dikatakan sombong pulak....Saya pun takut nak jadi penjamin..tapi ada kalanya terlepas jugak gara2 nak ambil hati....

Unknown berkata...

betul sis, tulah bile bab duit ni sensitif kan, sy ni bg pnjm duit kt sedara, bile perlukan duit tu dia snyp je, sms pn reply "ok" je...aduhhhhh masa nk pnjm bukan main merayu call byk x~

Bunda_nora berkata...

assalam,

memang biasa sangat dengar kes macam ni...serba salah jadinya...

silap2 kita sipenjamin kene dakwe dakwi..

Mat Som Sadona berkata...

Sebut aje menjamin org
Saya pernah menerima pengalaman hitam
Sampai saya blacklist
dan tak boleh beli kereta sendiri ketika itu.

Hati2 Umi Alya
Ramai org merana kerana hal ni
Dan skrg saya tak kira
Adik ke anak sdra nak suruh jadi penjamin
Saya tunjukkan surat2 peguam dan mahkamaah yg saya dah dapat

OKje berkata...

Itulah masalahnya kalau jadi penjamin.... memanglah tak kena keluar cash pun...tp jadi mangsa bank kalau org yg dijamin tak bayau....pas tu kita punya loan pun boleh direject tau!
OKje pun ada jamin anak sedara kawan masa mula2 kerja...Tak ingat macamana boleh setuju dulu dulu tu! huhu

nurbijen berkata...

sama la saya pun... tak sanggup jadi penjamin....

kurus berkata...

haa nie lah masalahnyee kann
selalu sangat jadi macam nie
4 bulan tertunggak bukan sikit ..
silap hb kita kena bayar kak huhu

Unknown berkata...

salam kenal dari aiza..

bab jd penjamin nih..mmg kalo boleh elakkan lah..lantak ler sedara tuh nak kata sombong mombong ker..sok² kalo x bayar..yang menanggung sapa? kita juga kan..

Si Matatajam berkata...

My hubby pun senasib la akak -.-'

QasehnyaRania berkata...

sy jadi penjamin arwah adik je setakat ni :)

kalau boleh jgn la buat lagu tu kan.
kita dah tolong. susah la nk ckp.pokok pangkal ats diri sendiri. kena la sentiasa beringat


meh tgk ni
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/06/pemilik-halal-cheese-powder-dan-pure.html

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang