Sabtu, 29 Jun 2013

Sabtu, 29 Jun 2013

Reda resah di hati

Alhamdulillah selesai sudah urusan untuk membuat tuntutan insuran kemalangan kereta setelah sepetang hari  berada di bengkel, dianggarkan hampir RM10k juga kos yang diperlukan untuk membaiki kerosakan itu.

Mulanya hubby serahkan 100% kepada orang ketiga untuk menguruskan tuntutan insuran, akan tetapi naluri  si pemilik exora tidak begitu yakin untuk membiarkan urusan ini kepada pihak lain sepenuhnya, hendak jugak berurusan sendiri, sekurang2nya ia menjadi sebuah pengalaman yang berharga untuk kegunaan pada masa depan.

Urmm itulah kelemahan hubby, dia kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan khalayak ramai @ sebarang kemungkinan, tahap merendah diri masih menebal pada dirinya, antara kami suami isteri, masing2 punyai kekuatan & kelemahan tersendiri.

Semua salinan dokumen yang diperlukan telah siap diberi kepada ejen bengkel pembaikan kereta yang berdaftar, mohon ditangguhkan buat sementara waktu untuk letakkan exora di bengkel itu kerana khidmatnya amat diperlukan bagi tugasan rasmi sepanjang minggu depan, lagipun enjinnya elok biarpun nampak buruk dek kemek & rebeh sana sini, 

Keputusan terkini, diri ini tetap akan:-
  • bertugas luar memandangkan kekangan staf lagipun ia program di peringkat negeri
  • menghadiri mesyuarat peringkat negeri
  • menghadiri kursus, lagipun cuma saya seorang jer yang terlibat bagi mewakili teman2 di daerah lain, lepas itu kena buat TOT untuk mereka.
Nota: Ramai menasihati supaya minta gantirugi daripada pemilik motosikal (bangsa India) sebab dia yang bersalah, urmm tapi rasanya seperti buang masa jer.. lagipun dia seperti orang kebanyakan & motornya 'punah' teruk.

8 ulasan:

Unknown berkata...

takpe kak. jadi pengajaran ..

nurbijen berkata...

Kalau sampai 10k, banyak juga yg kena repair tu... nasib baik boleh claim insurans...
Kalau saya pun kesian nak minta gantirugi, tapi nak buat macam mana... benda nak jadi.... redha aje la...

Ruse Sulaiman berkata...

Mujur boleh claim insuran. Kalau tak byk juga nk kena keluar duit

Puan Kutu berkata...

10k tu mmg mahal la klu nk keluar duit sendiri..harap semunya dipermudhkan

kurus berkata...

ya allah sib baikk di permudahkan nieee ..

aduhh saya dah ketinggalan banyak nie

sowwi kak , saya banyak buat order lately nie . dah ujung2 banyak soalan dan email nak kena jawab ..
alhamdulillah rezeki dari allah .. ;)

eita berkata...

10k?fuyoo...banyak jugak tu..mau berkelam mata...


pengalaman tu kak..

Aisy Nasiha berkata...

memang banyak tu 10k, kalau saya nak menangis rasanya..mujur insurans cover..

takpe, akak jangan risau lagi k.. pergi selesaikan duku urusan kerja tu, lepas tu selesaikan hal kereta ni.. insha Allah selamat semuanya... banyak dugaan maknanya Allah nak bagi kita ingatan, Allah sayangkan kita...

OKje berkata...

Tak de hujan tak de ribut....tiba tiba kena masuk bengkel apa cer ni UA...
Pas ni nak menggeledah pasal ni huhu...

Hai...gayanya NCD next dah jadi zero le...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang