Rentetan dari perjalanan kami kelmarin & semalam.
Kali ini kami menyewa apartment 'Ria Cameron Hotel & Apartment, Brinchang, Cameron Highlands', kalu tengok dari luar ia memang tak menarik hati tapi sebaik melangkah masuk ke dalam apartment, fuhhhhhh.. mantop - kemas, bersih, punyai 3 bilik tidur & 3 bilik air, bilik utama dan bilik no. 2 punyai 1 katil kelamin & 1 katil bujang manakala bilik 3 punyai 2 katil bujang + 2 tilam (extra bed).
Kiranya boleh muat 10 orang di dalam satu masa tapi jika bilangan keluarga ramai, bawa jer pelapik (toto) & bantal sendiri, boleh baring2 kat ruang tamu, ia luas, selesa & berbaloi, lokasinya pula berdekatan dengan Pasar Malam Brinchang (Itu yang paling seronok, jalan kaki jer untuk ke sana) dan dapur kecil disediakan tanpa gas (cuma perlu bawa gas bersaiz kecil, kiranya dapur ala2 steamboat gitu..) & cerek elektrik.
Peti ais, pisau, papan pemotong & pinggan mangkuk sememangnya disediakan (jika nak memasak, saya galakkan bawa peralatan sendiri seperti periuk nasi elektrik, periuk serbaguna & pinggan mangkuk pakai buang serta pencuci pinggan mangkuk -w/pun ada disediakan) sebab apartment ini adalah kepunyaan non muslim dan ia boleh disewa oleh semua bangsa & agama, pastinya terdetik rasa was2 di hati (gelas lak berlogo carlberg)
Selain itu,terdapat set sofa, 2 set meja makan, tv ber'astro' & wi-fi percuma disediakan.
Ralat: Penandaan arah kiblat berlainan & mengelirukan, bilik 1 & 3 sama tapi bilik 2 jauh sangat beza, sebaiknya bawa kompas untuk menentu arah kiblat yang betul. Lain2 keperluan asas perlu di bawa sendiri iaitu tuala mandi & seterika sebab ia tidak disediakan.
Sewa apartment 3 bilik: RM 350/hari (mingguan & cuti sekolah), hari2 lain cuma RM250/hari, tel.no: 05-4901777
Bersambung..










5 ulasan:
Kalau tido di hotel/apartment macam nie kat cameron mmg kena bawa segala kelengkapan... especially kalau pergi ramai2... lebih baik masak sendiri... sayur fresh... tinggal bawa binatang jer dari rumah... :D
Wah bestkan ke cameron, mesti segar dan nyaman, comel adik posing. Nampak selesa apartment, buat rombongan dengan family syok ni :)
wahhhh nmpk nyer mmg selesa... sy mmg setuju, kena bawak sendiri pencuci pinggan kalau p homestay...
Salam Kak Tini..
x sangka yer.. sama2 pergi merehatkan minda di sana.. tapi x de rezeki nak berjumpa yer kita.. kalo berselisih bahu pon mungkin zura tak cam akak.. sebab zura x pernah nampak wajah akak pon kt blog nih.. hehehe.
Zura menyewa di tanah rata. apartment royal lily. apartment tuh hanya di sewa oleh muslim sahaja.. so, senang hati sketlah nak guna peralatan memasak kt apartment tuh. :)
Seperti yg selalu komen....tak pernah sampai....bagus jugak ada no hp sekali...senang mak zirafah nak pergi kalau teringin. Anak bujang ada gak mengajak gi CH ni hari tu....sebab kawan dia pi....
Bilalah Okje nak sampai sini agaknya...
Catat Ulasan