Selasa, 4 November 2014

Selasa, 4 November 2014

Hadiah - Anugerah Pengomen Segar Mesra Laman Pesona dan Mustika

 
dilekatkan bersama FM pemberian Blogger Sekadar Coretan Eita tempohari.

  
Bukan sejenis tapi 5 jenis barang yang diterima antaranya Bear Purple khas buat Alya, Jam Loceng Doraemon, White Coffee (dah bancuh sepeket - lazat..), Spirulina Cereal (anak bujang dah bancuh, katanya sedap) & 5 in 1 Premix Instant Coffee with Ginseng and Ginkgo Biloba Extract, kesemuanya produk keluaran Elken.

Semasa menerima kiriman tersebut, mata terus tertumpu pada bil 'Kiriman Pos Laju', mahal betul kosnya, maklumlah jauh di seberang lautan, hati terus terasa hiba, itu baru kos luaran belum termasuk isi kandungannya.
Buat Cikgu Etuza dan Isteri, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih, moga persahabatan kita di alamaya terus berkekalan, aamiin..

 
Jam Loceng disemadikan bersama Mug Anugerah Pekerja Contoh 2013 / Mug kiriman Pusat Kanser WCDBC Kuala Lumpur siang tadi (bersama bear coklat ) dan ia diletakkan diatas kabinet bilik pejabat.

Bukan xmo bawa balik ke rumah tapi kurang berkeyakinan dengan Dak Tecik Alya, tak pasal hayatnya sekejap cuma.

 
Tentunya Bear Purple adalah milik Alya, hari ini dia dapat 2 bear serentak, pasti kegembiraannya berganda,  "Terima Kasih daun keladi dari Alya dan gambar ini diabadikan khas buat Uncle Etuza.."

13 ulasan:

Unknown berkata...

Wahh... macam2 hadiah dapat... untung larr... hehe... idah doakan semoga dimurahkan rezeki lagi kay...

Etuza berkata...

Asalam..lega rasanya dapat sda kan hadiah ikhlas dari PM. nampak cantik blog UMI malam ini, boleh lah hidangkan nestum oyes spirulina untuk alya tu..

Nanti jika nak minum usah letak gula langsung terus segelas ya.minuman ini sejak 2006 kami minum..serasi dah..

Etuza berkata...

Syukran..alya suka tak bear purple tu, kan bground umi alya tu purple..so sepasang ..tahnia ya aliya...

Etuza berkata...

ok jam tu untuk seisi kelurga amat cantik jika di dalam almari kaca..hehehe lupa pula beli betri..nanti pasang ya Umi gerak gerak tu..hati2 nanti patah doremon ..alya suka juga tu kan...

Etuza berkata...

tak puas baca datang lagi ke dua klik baca dengn happy ..tak apa UMI kan namanya ikhlas, jika tak ikhlas tak ada hadiah tu..UMI mewarnai blog PM ..ingat tak bagaiman UMI berusaha nak bantu ETUZA pulihkan semangat berblog. Bukan kita nak beri bala membalas tak bukan macam tu..semuanya nak kata kerana ada NILAI IKHLAS. Alhamdulillah ya..lega rasa selamat semua dah di ruma UMI..nak tengok alya lagi bermain bear dah sepasang..cuba lagi ada sekali lagi untuk tahun 2014 PM buat anugerah ..pasti gempak

Jari Manis berkata...

Tahniah kak Umi dapat hadiah yg byk, pemurah betul cikgu etuza kan

Smlm dtg blog nye lain hari dh berubah wajah lebih cantik dan ceria

Ena berkata...

banyaknya hadiah..
Tahniah!
Rezeki.. Alhamdulillah
Mcm sesuai je dengan alya bera purple tu.. :D

Nor Azimah Ali berkata...

Alhamdulillah, rezeki dari alamaya yea, seronok Alya kan dapat teddy tu

AMIIZAA@Mieja berkata...

tahniah:)
cute alya..:)

OKje berkata...

Amboi geng.....dapat hadiah nampak hihi....Produk kesihatan lagi....Tahniah !!

Bukan mak aje dapat kegembiraan berganda dak Alya pun sekali dapat tempiasnya....

Tentunya kepuasan teramat sangat bagi orang yg memberi..Tahniah buat cikgu Etuza jugak

Etuza berkata...

asalam mohon maaf ..lupa klik kod ke 2 tu. Apa cara tu ya, copy dalam ruang JavaSkrif HTML yang sama ke atau klik klik add laayout baru

Umialya berkata...

Cikgu tambah layout baru, guna cara yang sama.. copy n paste, kemudian save..

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah
rezeki berblog

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang