Salah satu Misi Kemanusiaan yang dibuat oleh suami & para jemaah masjid diketuai Imam Besar.
Bantuan meliputi bahan makanan, keperluan asas, sedikit wang perbelanjaan dan..

Operasi pembersihan rumah2 yang dilanda banjir.
Salah satunya adalah rumah yang didiami oleh sepasang warga emas.

Keadaan agak berselerak dan kelihatan daif kerana mereka tidak mampu untuk membersihkan kesan2 yang disebabkan banjir dek kudrat yang terhad.


Sukarelawan tekun menjalankan tugas masing2 bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.










16 ulasan:
Mohon Cikgu Etuza beri teguran jika ada di antara gambar2 di atas yang tidak sesuai untuk dipaparkan & menyentuh sensitiviti individu, sebaik mungkin saya cuba elak..
As'salam UMI..lama Etuza renung gambar ni..begini keadaannya selepas air mengering..alangkah kasihan amat simpati...terasa hiba melihatnya..
bangga dengan Umi mampu ikut team kemanusiaan ini..
Tak ada benda yang mengaibkan..melainkan gambar itu menujukkan keadaan selepas dilanda banjir. Sekalipun mungkin Umi ambil gambar individu pun rasanya Umi akan ambil yang bersesuaian.
Cuma rasa kasihan mendalam pada masyarakat yang ada perasaan belas kasihan..
Tahnia umi..
Etuza tunggu detik 12 tengah malam..kan dah kata Selawat vedio tu berlangsung hingga ke jam 12 malam ni. alhamdulillah sms derma banjir dah Etuza lakukan juga..
Di sabah juga banjir masa ini. Jauh sangat tu di Kota Belud dan Tawau..di kota kinabalu juga 130 KM dari Keningau
macamana meraka dapat kan air bersih nak mandi dan sebagainya..air paip ..ada ke tu UMI..nak juga tahu
rumah rapat2 kat sana ke UMI..Ya Allah ..hanya padaMu kami mengharap yang terbaik..kasihanilah hamba2Mu yang mengharap kasihMu..semoga ada ganti yang lebih baik. Amin
Di kaca TV 1..menyatakan adanya pembalakan haram..struktur tanah lemah.
Lepas tu ada pakcik tu kata..dua hari masih kemarau air sungai naik dan naik, lepas tu baru hujan turun hari ketiga..menambahkan lagi limpahan air. Katanya pelik air naik ketika musim tak hujan..apa sebab, katanya kemungkinan struktur tanah dan kesan pembukaan tanah secara haram..memang ada kat Pahang katanya lah ..
Betul tu Cikgu, semasa hujan lebat paras air sederhana tapi sebaik berhenti, paras air mula mrndadak.
Hampir 19 tahun saya menetap di sini, baru pertama kali ia berlaku dengan begitu teruk.
Ujian dariNya kita harus terima dengan redha.
Tidak juga, ada sesetengah kawasan yang punyai rumah yang rapat.
Kawasan bandar, alhamdulillah kami tidak punyai masalah bekalan elektrik & air, ia mencukupi.
Cuma banjir di Temerloh dan Mentakab minggu lepas, elektrik terputus shingga kini, kesiankan..
Assalam UA, Alhamdulillah dapat laksanakan misi kemanusiaan, banyak sgt lagi yg perlu dibantu, kurangnya ambil masa utk pulih semuanya, moga mereka tabah.
oye, lupa nak wish..salam tahun baru, salam maulidur rasul juga, banjir ni ada hikmah yg tersembunyi..kalau tak banjir org akan sibuk sambut tahun baru dgn acara lagha dan maksiat hingga lahir byk anak zina.
Milks tea 2 kotak dan hadiah white coffie ..akan di kirim dengan segera. Dua kotak milk tea UMI pay RM 30 jalha ya...kira ada diskaunt tu.Nanti Etuza gmailkan ya..maksud Etuza nak fikir kan cara agar ada bonus tiap bulan UMI..anak Etuza di kelantan pun kebetulan ada kawan dia nak oder kolegen Elmarino
barang2 ni semua mesti dah takleh nak guna...tak tahu nak cakap apa...
Memang kesian sangat tengok keadaan rumah tu geng.... Yelah dah katanya warga tua manalah cukup kudrat nak bersihkan kawasan rumah mereka. Dapat bayangkan macamana peritnya hidup mereka sekarang ni.....kesian....
lihat je pic ni itulah misi bantuan banjir dari ops JM..membersihkan rumah dan mencuci pinggan mangkuk yg penuh lumpur...hantar barang2 mkn keperluan harian..rasa puas hati dapat membantu mangsa banjir dan mereka sgt bersyukur dgn kehadiran kami. Ada satu family tu husband cedera, jatuh ketika bersihkan rumah..rumah penuh lumpur dan jatuh mengakibatkan bahu terseliuh dan keluar dari 'tempurung' nya..sedih kami mendengar nya..dugaan bertimpa2
saya tak mampu kata apa-apa...
hebat bagi mereka yang sabar.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Catat Ulasan