Perancangan awal kami nak berBBQ malam esok. Dimana?? RAHSIA beb. Salah satu menu kami tentunya daging kambing ala2 Lambs Chop, jadi semasa keluar daerah siang tadi, kami terus singgah di pasaraya untuk mendapatkan stok daging kambing.
Biasanya kami beli yang sudah siap diperap tapi di atas sokongan suami, dia minta perapkan sendiri dengan alasan lebih murah dan anak2 dapat makan lebih banyak dengan nilai RM yang kita belanjakan.

Daging kambing mentah berharga RM22.90/kg

Setelah berhempas pulas di dapur, maka inilah hasilnya setelah diperap
Kalian nak resepi ke? alahaiiii kita bukannya blogger masakan tapi untuk rujukan, saya tulis resepi seringkasnya, lain2 kalian agak2lah ya mengikut kreativiti & citarasa memasing.
- 2kg Daging Kambing , dibersih & ditos kering.
- 1 labu bawang putih + lada hitam (Digoreng hingga wangi, kemudian ditumbuk lumat)
- Sos Tiram, Sos Cili, Kicap manis secukupnya
(tidak perlu masukkan garam & gula @ lain2 serbuk perasa tiruan aka aji no moto) - Campur kesemuanya + minyak menumis bawang putih tadi, gaul dan perap sekurang2nya semalaman.
- Panggang menggunakan kuali ajaib / kuali leper, oven @ apa2 jerlah mengikut peralatan yang ada di rumah, janji masak sekata.

Taraaaaaaaaaaaa.
Hasilnya setelah dipanggang menggunakan kuali ajaib & dicurah sos lada hitam homemade.
Gayanya sehingga ketika & saat ini, sudah beberapa ketul daging kambing dipanggang sementara anak2 masih belum tidur, maklumlah mereka sedang membesar & punyai selera makan.
"Makan jerlah anak, esok kita beli ayam segar & 'sea food', nanti ummi perapkan"
Nota: Tiba2 kita tertarik dengan entri rakan blogger nun jauh di sana: EDISI MENAYANG aRz.. tersenyum sorang2..
Nota: Tiba2 kita tertarik dengan entri rakan blogger nun jauh di sana: EDISI MENAYANG aRz.. tersenyum sorang2..









19 ulasan:
asalam Umi dan family..semoga sihat ya. Jumaat ni moga juga ceria semuanya.
Memang handal ya Umi memasak ni..pasti gembira menjilat jari adik Alya..hehehe
Ada umi kata masalah jantung..semoga terhindar ya. Dapatkan livextra Elken, ada dapat club elken juga kan...kalau yang kotak kecil RM 100 lebih tetapi amat cepat kesan nya tu umi boleh rasa...lancar darah..lemak menyalut urat darah akan lerai.
ada lelaki berusia 50 an..strok 6 bulan kini berjalan pandu kereta..lancar dah darah dia..
ada salutan krim ke tu daging kambing tu ..macam coklat kelihatannya..
Salam Kak Alya , dap dap ermmmm !kirim ke terengganu please!
ermmm.. dapnyaaaa...
nak datang jugak la gitu..
heheh..
Cikgu Etuza..
Alhamdulillah setakat hari ini, saya dikurniakan kesihatan yang baik, harap2 berkekalan, aamiin.
Saya cuma berisiko tinggi sebab punyai famili yang punyai masalah jantung, itu jer..
Bukan krim tapi sos lada hitam .
Yana,
Jap lg nak g hntar, ganu kt mana??
Ena, betul k nak mai?
Bila dah suka memang berkali-kalilah keluar-masuk oven tak sudah ye:)
Cuti sekolah lagi.
Alya makan berapa banyak sayang? Auntie pun nak buat jugalah.
Tapi auntie buat kat restoran ajelah (order/bayar) haha...
Betullah geng.....kalau perap sendiri mmg dpt lebihlah..... puaslah sikit makan ek. Fahamnya, budak budak lelaki mmg selera dia sedap aje.
Ni mesti nak berpiknik ni kan..... entah kemanalah agaknya tu.....
Geng, bukan anak teruna, anak dara merangkap kakak si Alya, balik dari asrama, cam lepaskan geram, makan, makan & makan.
Risau pula badannya naik..
Pinjam resepi ye.....hubby saya mmg suka buat lamb panggang mcm ni
Mcm bole tiru nih
owh tidakkkkkkkkkkk
lamb chop kegemaran arzzz
edisi menayang yaaaa....tapi idea umi alya juga kan?
sedanya....nak buat? hrrm mkn kedai je lah
Ohh... anak dara.... Alah anak dara awak semuanya slim melim, tak yah nak risau. Biasalah balik asrama mmg selalunya edisi membalas dendam haha
Ohh... anak dara.... Alah anak dara awak semuanya slim melim, tak yah nak risau. Biasalah balik asrama mmg selalunya edisi membalas dendam haha
Catat Ulasan