Bluberry Cheese Tart

Panas dari Oven...
Cantik tak corak di atas tu? ia hasil kerja seni Alya, si manja kami, gayanya dah semakin mahir.
Dek penangan biskut raya Deepavali yang Auntie depan rumah hulur petang semalam, Alya teringin sangat nak merasa, jadi si ibu kena rajinkan diri 'berbaking', lagipun nak kembalikan pinggan itu, bak kata pepatah "orang berbudi, kita berbahasa", kalau tak,"idok hingin' nak uli adunan biskut bagai.
Gambar hiasan semata2
("Majlis menyambut menantu" hampir 2 bulan lepas, dah basipun... )









7 ulasan:
Wah cantik2 hasil tgn alya tu, ada bakat anak dara tuh, nak cop buat menantulah, hehheh..
NA..
Alhamdulillah bab masak ni, Alya mmg minat, setakatnya kalau nasi habis, dia tolong masakkan, kiranya dah boleh agak paras air yang sesuai, berbeza dengan si kakak, langsung tak minat nak k dapur KECUALI dalam keadaan terdesak, hi3
Wei....kalau kita yg buat pun belum tentu cantik mcm tu coraknya hihi....Pandai sangat dah Alya buat tu.
Betul tu geng....sampai kadang tu naik bingunglah nak masak apa nak pulakkan pinggan. Kalau kita buat yg senang senang jer geng hihi...dasar pemalas!
Kakak pun ambik SPM jugak ke?
Kakak belum lagi..
Dah boleh diharap anak dara ni ye
Cantik lorekkan dibuat.
Wah, betul ke corak tu Alya yang buat? Naik malu pulak aunty kat Alya. Kalau Aunty yang mencorakkannya, belum tentu macam nih tau!
Ish, nak masuk kelas baking ler!
Catat Ulasan