Isnin, 13 Disember 2010

Isnin, 13 Disember 2010

Sanggupkah???


Sehari dua ini, mood aku pasti dalam keadaan merundum lantaran esok, kami bakal kehilangan rakan seperjuangan merangkap senior, kakak dan ibu.

Pastinya aku akan merindui saat2 ketika kami bersama dikala susah dan senang, kehilangan sebutir permata yang sukar dicari ganti dan tidak mungkin ada penggantinya. Apa yang pasti sukar bagiku untuk menerima hakikat ini dan tidak sanggup untukku berdepan dengannya, moga malam ini, resah dihati reda dan sanggupkah aku ucapkan hari lahir untuknya yang ke 58 esok (14.12.2010) dan sekaligus ucapan perpisahan antara kami. Hepi bday....


sudah kembali

Alhamdulillah, setelah 5 hari kuar daerah bagi menjalani tugasan rasmi di beberapa  daerah, kami selamat sampai ke rumah sekejap tadi setelah mengambil masa sehingga 7 jam perjalanan. (untuk kali ni abis semua anak beranak diangkut bersama sambil CUTI2 MALAYSIA sempena cuti persekolahan - dorang le tapi aku tak sempat ke mana2, kerja, kerja dan kerja!!) 

Semasa dalam perjalanan balik tadi, kami singgah di jeti nelayan (entah, lupa lak nama tempat tu di daerah  Pekan)  sempat le sambar udang segar 3 kg dan ikan untuk di bawa balik ditambah dengan kiriman udang besar dan sotong semalam di Kuala Rompin, geramnya, murah sangat reganya jika nak dibandingkan dengan harga semasa ditempatku dan semalam kami team2 bertugas sempat lagi berbbq di Rompin, oh ya.. sempat lagi belajar masak 'puding diraja' yang sememangnya sinonim dengan 'Bandar Diraja' Pekan.  

Paling istimewanya petang tadi, kami sempat singgah di kedai 'Martabat Mekasar' yang terkenal di daerah Pekan bagi merasai keenakan martabat ini. Bagiku rasanya biasa2 je, mungkin dek kerana dah terbiasa dengan martabat yang enak dikampungku nun jauh disana, apa lagi jika bukan 'Martabat Diraja' (sapa tau, kat maner femes?) justeru itu, selera ini tetap pada yang satu

Semasa mula2 sampai ke rumah tadi, mata terasa amat mengantuk  tapi setelah siap kerja2 menyiang, membersih dan menyimpan bahan2 mentah ke dalam frezeer, mata ini kembali segar. Hilang sudah rasa mengantuk maka sempatlah berfb dan berblog biarpun seketika cuma bagi mengurangkan kerinduanku terhadap laman ini, maka sempat le melawat 2-3 rumah rakan2. (memang dasar blogger tegar, pasti mencuri masa biarpun seketika untuk diluangkan demi laman kesayanganku ini .. hu3)

Rasa2nya cukuplah setakat ini dulu coretan diawal pagi ni.. nak rehatkan badan. Buat teman2 yang tidak jemu2 menziarahi rumah yang terbiar selama beberapa hari ini diucapkan terima kasih banyak2, tanpa anda, maka sepilah rumah kecilku ini.. sayang semua, muaaahhhh!!

Ahad, 5 Disember 2010

Ahad, 5 Disember 2010

Alya makin bijak berposing

Agak lama juga tiada cerita mengenai anak gadisku yang makin hari makin pandai bergaya,  siapa lagi jika bukan si Alya. Diusia 1 tahun 3 bulan dan 1 minggu, pelbagai ragamnya yang sering mencuit hati kami.

Jom kita layan je beberapa pic yang sempat diambil oleh kakaknya semasa berada di Pekan tempohari iaitu sebelum kameraku dikesan mengalami kerosakan. Entah le, memasing xmo mengaku siapa yang telah menjatuhkannya. Sayang seribu kali sayang, ia tiada di dalam 'gerenti' kerana disebabkan oleh kecuaian pengguna.





Sabtu, 4 Disember 2010

Sabtu, 4 Disember 2010

demam lagi

Sekembali dari daerah Pekan dan Rompin tempohari, badan terasa amat lemah sekali, mungkin kepenatan berjalan jauh dan tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi dan apabila kembali ke pejabat, kerja2 rasmi banyak menimbun dan aku tidak berpeluang untuk bercuti.

Pernah suatu ketika, tekak terasa amat kering dan perit hinggakan pernah suaraku langsung tidak boleh keluar. Aku terpaksa berhubung menggunakan mesej je dengan rakan blogger ezurin.blogspot.com aka ayu yang kebetulan call pada hari tu, maaf ye Ayu sebab akak tak boleh bercakap melalui phone, Tambah malangnya, pada hari tersebut kesemua stafku tiada, separuh berkursus dan separuh lagi menjalankan kerja2 rasmi keluar daerah. 

Maner nak terdaya, dengan kepala yang sudah mula berpusing2, badan panas sejuk x menentu, perut kosongnya (tak sempat nak rehat), kena melayan klien yang kebetulan pulak ramai, layan panggilan telefon tapi awal2 lagi mohon maaf terhadap mereka sebab suara sudah ke arah 'lelaki',  buat dan semak claim mereka (ada yg buta IT,  terpaksa juga bantu) sblm di hantar ke peringkat negeri, nak siap dan compile itu ini (inipun masih menunggu dimana sesetengah daerah belum antar laporan untuk compile, mungkin mereka belum sempat menyiapkan laporan tersebut sedangkan masaku cuma ada 1 hari lagi iaitu pada hari isnin sahaja) sebelum ia di hantar ke hq.

Hari rabu pula kena keluar daerah lagi hingga ke hari Ahad (mungkin sampai isnin). Kalu nak ikut penat, letih,  memang penat, penat segala2nya, badan, wang ringgit (duit minyak -naik lg, sewa hotel, makan minum kami anak beranak selama berada di sana). 

Hubby dan anak2 seronok le sebab dorang boleh jalan2 selama aku bertugas, aku jugak le seperti  katak di bawah tempurung, x sempat kemana2.. tapi sekurang2nya aku gembira sebab mereka ambil peluang ini bagi mengisi masa cuti persekolahan, melawat tempat yang kami tidak pernah sampai. tapi sayang seribu kali sayang sebab kamera kesayanganku pecah, mungkin terjatuh dikerjakan dek anak tersayang, maka terpaksa dihantar kekedai untuk dibaiki.. oleh kerana itu, tiadalah gambar2 kenangan selama mereka berada di sana.

Kembali kepada tajuk asal, apabila sudah tidak tahan lagi, aku terpaksa mengambil beberapa jenis ubat walaupun aku tau penghasilan susu ibu boleh  terjejas jika mengambil ubat batuk dan selsema, bertambah malangnya, aku memang tidak tahan terhadap kedua2 jenis ubat tersebut, kepala bisa berpusing2, letih lesu dan mengantuk yang amat sangat. Itulah sebabnya aku cuma mengambil pada waktu malam sahaja dan mengurangkan dosenya.

Moga cuti mingguan ini bisa mengembalikan kesihatanku ke asal, aku kena kuatkan semangat memandangkan aku perlu menjalankan tugasan yang diamanahkan sebaik mungkin dan memberi tumpuan buat insan2 sekelilingku yang memerlukan kasih sayang.

Jumaat, 3 Disember 2010

Jumaat, 3 Disember 2010

rinduku terubat jua

Naper ye tajuk entriku kali ini berkisarkan perkataan di atas? nak rindu kat sapa? en. hubby ader depan mata, apatah lagi anak2ku, kesemua mereka ader sini. Nak ke mana2 WAJIB bawa bersama apatah lagi pada cuti persekolahan, pokok pangkalnya kami tetap bersama buat selamanya.

Sebenarnya aku amat merindui dunia blogging yang sudah sebati dengan diri ini, rindukan rakan2 di alam maya yang sentiasa berkongsi suka dan duka. Mungkin kekangan masa yang begitu mencemburui diri ini, sepanjang hari sentiasa dipenuhi dengan pelbagai tugasan, hatta apabila sampai ke rumah, badanpun sudah terlalu penat, letih yang amat2 sangat, awal2 lagi sudah pengsan dan yang menjaga ummi tentunya si Alya yang kehausan belaian ummi, jika dahaga dan ingin 'nyusu', pandai2 le dia mencari bekalannya.. kesian anakku!!.  maafkan ummi ye sayang!!

Alhamdulillah, boleh dikatakan kebanyakan kerja rumah dibantu dek suami tersayang,  jika tidak, entah le.. agak2nya rumah kami boleh menjadi sebuah bukit dek kain baju yang menimbun, dan dihiasi ngan sampah sarap dan sawang.. Inipun aku mencuri masa menulis n3 bagi mengurangkan STRESS selain mengubati kerinduan terhadap laman ini. Mungkin penghujung tahun 2010 dan di awal tahun 2011, aku terpaksa mengurangkan masaku terhadap dunia blogging bagi memberikan tumpuan terhadap tugasan hakiki yang entah bila akan selesai. Buat teman2, Insya Allah.. jika punyai masa terluang, aku akan cuba sedayanya ziarahi kalian, terima kasih atas sokongan padu semua. Sayang semua!!!!

(tajuk asal rindu, rindu, rindu terpaksa ditukar kepada rinduku terubat jua memandangkan terdapat persamaan dengan tajuk nukilan DAKAPANRINDU, justeru itu ia terpaksa ditukar bagi mengelak kekeliruan, rupanya kami memiliki citarasa yang sama. he3)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang