Sabtu, 5 Februari 2011

Sabtu, 5 Februari 2011

Sekadar coretan

Seawal pagi tadi kami 3 beranak sudah bertolak ke rumah kawan bagi menghadiri kenduri menyambut menantu, jauhnya tapi demi teman baik, jauh dekat tolak tepi, janji jemputan wajar dikotakan.

Kalau nak diikutkan, anak2 masih belum baik sepenuhnya, mengikut perancangan awal, sepatutnya kami bermalam di sana sekurang2nya sehari sebelum majlis berlangsung tapi kesian kat dorang nak berjalan jauh2.. rehat aje di rumah, tunggu kami bawa balik buah tangan buat setiap sorang daripada mereka.

Selesai menghadiri kenduri, kami meronda2 ke supermarket, ermmmm, 2,3 market jugak hala tujuan kami, yalah perabihkan maner yang ader dalam poket. Berbelanja tak berhemah mengalahkan tauke besar. Pastu bagitau hubby, lepas ni memasing dok diam2 ye,  hu3

Dalam perjalanan balik, kami singgah di hentian rehat Gambang, ramainya orang.. yalah, mungkin mereka semua dalam perjalanan pulang ke destinasi memasing setelah bercuti panjang sempena CNY. Lusakan hari kerja.

Jumaat, 4 Februari 2011

Jumaat, 4 Februari 2011

Aktiviti petang ini

Selepas solat jumaat tadi, kami keluar rumah untuk mencari set baju uniform ko-kurikulum sekolah anak2 untuk dipakai hari rabu nanti, malangnya cuma baju Tunas Puteri aje ader, okaylah untuk Nur.

Mati kutu seketika memandangkan baju seragam Kadet untuk Mie dan Suzila kehabisan stok. Camner ni? tambahan pula sekarang ni CNY, banyak kedai ditutup.Tanpa sebarang perancangan, kami menghala ke Kuala Lumpur, manalah tau ader rezeki buat dorang, kesian aku tengok wajah2 kekecewaan mereka berdua.

Dalam perjalanan kami terjumpa sebuah kedai yang menjual pakaian seragam dibuka, Alhamdulillah, terlepas beban di bahu ini apabila dapat menyediakan keperluan buat mereka, rupa2nya pakaian seragam ini lebih mahal daripada pakaian sekolah mereka, 3 orang anak di peringkat sekolah rendah, aku perabihkan budget hampir RM400 petang ini (yang ni belum dicampur dengan kain tudung hitam yang sedang ditempah). Camner le dengan mereka yang punyai anak ramai dan mempunyai pendapatan yang tidak menentu?, kesiankan!!

Kadang2 tension gak ngan anak2, semuanya nak' urgent', sudahlah tinggal di daerah kecil dan tiada punyai banyak pilihan, harga barang2pun agak mahal. Sib baik dapat bercuti panjang sempena CNY.

Khamis, 3 Februari 2011

Khamis, 3 Februari 2011

Demam part 2

Semalam semasa tidur, Syafiq meracau2 hingga kuar bilik tidur dan dia berjalan tanpa hala tujuan sambil mengadu kepalanya amat berat sekali umpama dihempap benda yang berat. Apa yg aku perhatikan sebelum ini, gitulah keadaan dia apabila mengalami demam yang agak kuat. Anak2 yg lain mulalah seram sejuk dek telatahnya.

Minta tolong abahnya tenangkan dia memandangkan aku sedang bf Alya & bila keadaan kembali tenang,  suh dia mandi bagi menurunkan suhu badan, nasib baik dia sedang bercuti & dok kat umah, risau jugak jika dok kat asrama bila tengok keadaan dia, nampaknya semalam kesemua anak2 tido di ruang tamu ramai2.

Pagi ni kesihatan anak2 makin baik cuma Syafiq sorang je yang masih lemah. Alya pula walaupun suhu badannya masih panas tapi tetap aktif, kesian aku tengok matanya yang tak bercahaya, suara serak2 basah & jalanpun x gitu stabil. Alhamdulillah, hari ini bercuti.

Rabu, 2 Februari 2011

Rabu, 2 Februari 2011

sekeluarga demam

Sejak balik malam kelmarin, hampir kesemua daripada kami demam, mungkin agaknya dek kepenatan di dalam perjalanan yang agak jauh dan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.

Alhamdulillah, walaupun bekerja di dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu stabil tetapi aku dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan sebaiknya. Syukurku padaNya kerana diberikan kekuatan.

Insya Allah, sehari dua nanti keadaan kembali seperti biasa

errmmm, hari sabtu nanti kami nak keluar daerah lagi bagi penuhi undangan kenduri rakan sekerja,  mungkin terpaksa tinggalkan anak2 seketika jika keadaan tidak begitu mengizinkan. Walaupun perancangan awal untuk bawa mereka bersama seawal hari Jumaat  dan bermalam di sana sambil bercuti.

Selasa, 1 Februari 2011

Selasa, 1 Februari 2011

penaaattttnya

Semalam habis meeting lewat petang, boss bagi stay semalam lagi kat sana tapi apabila bagitau hubby, dia nak balik juga memandangkan stok pakaian kami sudah kehabisan.

Walaupun awalnya bagi cadangan, beli aje baju sepasang sorang tapi sudahnya dia berkata kita balik aje le, dia masih larat pandu kereta,  nasib baik hujan sudah reda. errmmm,  kami sampai rumahpun sudah lewat malam.

Pagi ini masuk kerja, moga semangat dan kekuatanku masih ada, jangan dok letih lesu sudahlah. Banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan kat pejabat

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang