Ahad, 3 April 2011

Ahad, 3 April 2011

Pelajar koma dibelasah guru meninggal dunia

Al-fatihah buat adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7 tahun, dia telah meninggal dunia jam 8.30 pagi tadi setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Bahiyah selama 3 hari setelah koma akibat dipukul oleh guru merangkap penyelia asrama sekolahnya.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Tok Paduka Kangar petang tadi

Berita mutakhir:  HMetro, 

Pelajar 7 tahun koma dibelasah guru

ARAU: Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu. 


Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang. Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri hingga menimbulkan kemarahan guru berkenaan yang memukul tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, guru dikatakan naik minyak dan menggoncangkan badan mangsa serta menolak dengan kuat ke dinding yang menjadi punca utama perdarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.


Laporan seterusnya di Berita Harian dan HMetro

Sedih sangat apabila membaca kisah ini tambahan pula pelajar ini merupakan anak yatim yang telah kematian ibunya 5 tahun lalu dan dipelihara oleh keluarga angkat.

Sepatutnya guru tersebut berfikir secara rasional dan membuat keputusan yang tepat, bukannya menyiksa pelajar tersebut dengan membelasah hampir 2 jam dengan kedua belah tangannya diikat pada tingkap asrama.

Sama2lah kita berdoa moga pelajar ini sedar dari koma. Amin

Sabtu, 2 April 2011

Sabtu, 2 April 2011

sabtu yang letih dan memenatkan

Sekadar 'update', baru aje sampai ke rumah setelah seharian suntuk bertugas sempena program luar, terima kasih kepada semua yang terlibat.

Ahhhh, ngantuknya ditambah pulak dengan cuaca panas terik sepanjang hari, mungkin nak hujan kot!! mandi dulu dan tidur... petang2 bolehkah zzzzzzzzzzzzzzz? hu3

Apa2pun Alya tetap maintain..

Jumaat, 1 April 2011

Jumaat, 1 April 2011

Genting Highlands Part 2

Sebaik mencecah kaki di Genting Highlands, kami menggigil kesejukkan, nasib baik jugak si Alya dibekalkan dengan baju sejuk manakala selendangku jadi mangsa anak2, dorang berebut2 tak kira jantina daa

Sempat tukar baju daripada gaya ini 

kepada gaya ini
(baju ni bertukar silih berganti, tengok keadaan)

apa2pun anak ummi tetap cun (udah xder org puji, tentulah umminya yg kena  puji lebih2)


sempat berkenalan

kabus menandakan suhu sejuk sangat



tengok aje anak & hubby main, gayatnya!!

sejuk2 makan aiskrim, yg ni tentunya kerja si kakak.

mula2 pakai baju sejuk aje, pastu

terpaksa gak pakai seluar sekali, sejuukkkk!!!

sebelum balik, sempat lagi


main, jangan tak main

jomlah balik, seharian Alya tak tido, penat daaa!!

Pengumuman 'Pemenang Hadiah Misteri'

Sebagaimana yang dijanjikan, sekiranya sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang maklumbalas bagi pengunjung ke '11111' maka pengomen terbanyak pada 23.03.2011 hingga 31.03.2011 akan menerima hadiah misteri itu.

Rujukan pengomen terbanyak boleh berpandukan kepada:-

Dengan rasminya, pemenang kali ini jatuh kepada:
zati embong
(6 kali komen)

Tahniah kepada Jat
Sila emailkan nama, alamat dan no. telefon ke umialeeya@gmail.com bagi penghantaran hadiah.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang