Sabtu, 13 Ogos 2011

Sabtu, 13 Ogos 2011

tempekan kenangan je


Berdasarkan entri ini iaitu semasa kami berada di Ringlet, Cameron Highlands minggu lepas, kisahnya ada tertempek di dalam akhbar 'Nan Yan Siang Pau' betul tak eja ni!!! beberapa hari lepas , kali ini sengajaku tempekkan pic kat sini sebagai kenangan biarpun ia cuma kecil je bersemi di sudut itu..

Sebelum ni banyak jugak kisah dan pic2 kami semasa jalani program berada di media massa tapi kala itu, mood berada ditahap kritikal, huhuhu

Sabtu, 6 Ogos 2011

Sabtu, 6 Ogos 2011

penat sgt

Semalam keluar daerah lagi, destinasi kali ini ialah ke Cameron Highlands, walaupun program di dalam bulan Ramadhan tetapi ia tidak mematahkan semangat berkhidmat untuk negara. (kononnyalah.. hehehe)

Alhamdulillah sambutan pagi tadi mencapai sasaran dan kami dapat jayakan dengan sebaiknya, ia adalah hasil daripada kerjasama kami bergabung staf kesemua daerah dan mempunyai 3 orang  petugas berbangsa cina, ia memudahkan komunikasi, maklumlah klien kali ini hampir 99% di kalangan kaum cina.

Semalam kami telah menyewa 3 buah apartment,  menariknya malam tadi kami ada upacara makan kek bagi menyambut kelahiran rakan kami minggu ini, awal pagi pula kami memasak dan sahur bersama2. Gamat suasana apabila dapat berkumpul ramai2, seakan sebuah famili yang besar.

Sebaik sahaja habis program tadi, sempat lagi meronda2 mencari buah strawberi, jagung dan sayur2an untuk dibawa balik dan singgah di ladang teh untuk bergambar.
Sampai rumah agak lewat petang, penat sangat2 tapi dek tuntutan sebagai seorang isteri dan ibu, sempatlah juga memasak untuk juadah berbuka, ingatkan sedikit aje yang dimasak tapi apabila terhidang di atas meja, alamak.. habis ke tak ni?

Rupa2nya banyak juga juadah yang sempat disediakan. Antara menu petang ini ialah Dadih dan Jus Strawberi segar, maklumlah...

Khamis, 4 Ogos 2011

Khamis, 4 Ogos 2011

Alergik ke ni??

Dalam 2, 3 hari ni bibir atas ada pecah dan kering, tak tau le naper, seingat2ku tak pernah lagilah berlaku gini. dok tercari2 penyebabnya, nak kata alergic makanan, rasanya tak kot, mungkin juga pertukaran gincu agaknya, sebelum ini guna jenama avon tapi sebab kemalasan melampau nak pergi beli padahal kedai kat depan tu aje, alih2 dicubanya jenama 'syurah'. Main hentam je apa yang ader depan mata.

Mula2 tu ok je tapi lama kelamaan bibir makin kering, ingatkan kekurangan air atau disebabkan aircond, sedar2 3 hari lepas masa nak masuk waktu berbuka, bibir tu kelihatan lebam dan melecur seakan2 terkena air panas.

Malam tadi terkopak lapisan atas, tawakal ajelah sapu ubat, risau juga kesan sampingan ubat tu maklumlah kat bibir (tersilap2 termakan masa tidur ke..), alhamdulillah pagi ni nampaknya dah kering dan makin baik, moga esok makin baik sebab dah nak kuar daerah dan berjumpa dengan orang ramai, malu wehhhhh!!!!

Selasa, 2 Ogos 2011

Selasa, 2 Ogos 2011

stress

Sedikit stress, hari sabtu dan rabu nnt kena kerja luar aka bermalam, dalam fikiran ini dok terbayangkan anak2 waktu berbuka dan bersahur, untuk menu berbuka ok lagi (paling tidak minta tolong anak buah kat pejabat belikan kat bazar ramadhan tapi camner pulak untuk makan minum mereka waktu bersahur?)

Jika bawa dorang bersama bermakna mereka terpaksa ponteng sekolah tapi sebolehnya kami cuba elakkan benda2 cegitu, kalu nak harapkan jiran tetangga, masing2 punyai tanggungjawab besar.

Seorang jiran berbangsa india yang dok kat depan tu sering ulang alik ke rumah semasa ketiadaan kami, dia tengokkan anak2 (tk x trhg wat 'untie'...)  tapi nak minta tolong dia masak? ho'ooooo...

Isnin, 1 Ogos 2011

Isnin, 1 Ogos 2011

sahur pertama

Alhamdulillah selesai sudah bersahur untuk kali ini, semua anak2 beri kerjasama yang baik termasuk si kecil kami iaitu Alya.

Seawal jam 4 pagi sudah berada didapur sediakan makanan untuk bersahur, tiba2 terdengar suara Alya kejutkan kakak dan abangnya, nasib baik dia tak meragam, itulah anak yang masih menyusu susu ibu, pantang ummi tiada disisi, cepat aje dia terjaga.

Anak2 sudah dibiasakan untuk mandi sebelum menjamah makanan, maklumlah diawal pagi selera makan agak berbeza berbanding waktu lain, sekurang2nya mereka dapat habiskan sepinggan nasi sebagai alas perut sepanjang hari berpuasa.

Punyai isi rumah yang ramai merupakan satu bonus buat kami, apabila makan dalam keadaan berebut2 menimbulkan suasana yang ceria (walaupun kadang2 memeningkan kepala melayan kerenah mereka yang pelbagai).

Hari ini anak2 bercuti sempena menyambut bulan ramadhan, seronoknya!!! 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang