Rabu, 12 Oktober 2011

Rabu, 12 Oktober 2011

berkira2

Minggu depan kena kuar daerah lagi, kali ini bagi menghadiri kursus selama 4 hari 3 malam, sedang memikirkan akan anak manja intan payungku ni, bolehkah dia tidur malam tanpa 'ummi'?

Sekarangpun tidur malamnya tak gitu nyenyak, pantang diri ini bangun ke dapur @ pergi bilik air, jap tengok dia daa mengekor kat belakang sambil tersenyum dan hulurkan tangan minta di angkat, aduhhhhh anak comelku ini. 

Sudahlah selagi jam belum mencecah ke angka 12 t/malam, jangan dok haraplah dia lelapkan mata, itu agaknya badan si Alya halus manis je, tak mo besar2 tapikan sebelum nak ngata anak, kena tengok gak maknya, sama je xmo gemok2, hu3

Sabtu, 8 Oktober 2011

Sabtu, 8 Oktober 2011

Ngantuknya!!!

Ada sapa2 yang rela jadi sukarelawan ntuk hari ni? acik suka...

Adoiiiii, sekarang ni bahan2 mentah aka ayam 3 ekor ditambah ngan ikan2 yang belum dicuci dok dlm sinki kat dapur sedangkan mata ni terasa amat berat sangat, alahai ngantuknya, naper ni?

Masa kuar membeli tadi tak fikir2 daa, borong barang2 dapur ntuk stok seminggu, ingatkan mampu nak siapkan semua tu t/hari ni, itulah akibatnya bila perut daa kekenyangan, kemalasan mulai menguasai diri...

Rabu, 5 Oktober 2011

Rabu, 5 Oktober 2011

Ulangtahun ke 16

Hari ni genap 16 tahun kami disatukan sebagai suami isteri, Alhamdulillah, kami berjaya atasi pelbagai onak dan duri sepanjang melayari bahtera rumahtangga.

Moga ikatan ini berkekalan hingga keakhirnya, amin

Selasa, 4 Oktober 2011

Selasa, 4 Oktober 2011

Doa kami

Hari ini Syafiq akan menduduki PMR, semalam dia mohon kami 'doakan agar dia berjaya', iyalah, setiap ibubapa tentunya inginkan kejayaan anak2 di dalam kehidupannya.

Kami tahu dia sudah buat yang terbaik buat dirinya, walaubagaimanapun kami tidak meletak harapan mengunung sehingga membuat dirinya tertekan, dia sudah cuba dan berusaha, cukuplah, biarlah ia pada kemampuannya.

Buat 'abang', good luck, moga kejayaan sentiasa bersama kamu, aminnnnnnn

Ahad, 2 Oktober 2011

Ahad, 2 Oktober 2011

tanpa idea

Tempek ajelah gambar lama Alya sebagai penyeri laman ini, maklumlah tuan rumah agak kekeringan idea (ditahap kronik) ditambah lagi dengan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, sekurang2nya ada gak n3 baru, ya tak?

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang