Rabu, 14 Disember 2011

Rabu, 14 Disember 2011

gara2 stress

Lewat jam 4petang semalam, diriku menerima tugasan urgent yang perlu disiapkan sebelum Jam 5, O'oooooooooh terkejar carikan idea maklumkan ia melibatkan ke semua daerah. 

Memandangkan masa yang diterima amat2 singkat (sebenarnya ia salahku jua sebab memandang ringan terhadap e-mel rasmi, len kali baca elok2, jangan sepintas lalu makcik oiiiiiiiii), kualitinya amat rendah , idea merundum secara tiba2, alhamdulillah boss bagi masa hari ini untuk siapkan dan perlu di emel segera ke peringkat negeri, syukur..ermmm boleh le dapatkan pandangan teman2 di daerah lain sebelum ia dimajukan kepada boss untuk dibawa ke mesyuarat di peringkat HQ.

Mungkinkah akibat stress, balik keja diriku singgah ke kedai yang menjual secara borong, terus minta daging burger Ramli 2 kotak tanpa mengetahui jumlah kandungan di dalam kotak tersebut, masa nak bayar tauke tu kira2 RM248, terpaku seketika sambil berfikir, naper mahal sangat tapi memandangkan pekerjanya sudah bawa kuar, acik bayar ajelah n bawa balik.

Sampai je ke rumah baru le kira bilangan daging burger tersebut, ia  berjumlah 36 bungkus x 2 = 72, (ingatkan sekotak cuma ader 12 bungkus saja) nahhh ambik engko!!!! 

Siap tinggal pesanan bertalu2 buat anak2 kat rumah, sesiapa yang nak makan burger, tak kiralah sebanyak manapun makanlah!!!!! bagi enjoy di cuti2 sekolah ini (padahalnya nak habiskan stok yang menimbun di dalam frezeer tu..dan sib baik EBM Alya tinggal x banyak daa, terpaksa pindahkannya pada bahagian pintu) huhuhu.
mentang2lah bonus nak dapat minggu depan, kemain lagi perabihkan duit

Selasa, 13 Disember 2011

Selasa, 13 Disember 2011

hrmis ohhhhh hrmis

Mungkin ader diantara teman2 di luar sana yang boleh bantu menyelesaikan kebuntuanku ini?  masalahnya ringan je bagi orang len tapi tidak bagiku.

Anak buahku masih mempunyai status cuti  'BARU' sedangkan dia sudahpun bercuti rehat selama beberapa hari pada bulan lepas,  rasa2nya diriku dahpun sokong cuti tersebut tapi jika dah disokong,  naper ia masih berstatus baru ?

Kalau le ia masih belum disokong, naper permohonan cutinya xder dalam inboxku? kami cuba batalkan cuti tersebut (dan dihantar semula) tapi gagal, jika kalian yang punyai pengalaman @ pengetahuan dalam bidang ini,  mohon bantuan ye...

Nota kaki: ni baru bab cuti, blum kira lg ngan SKT sebagai PYD, PPP dan PPK. minggu depan nak berkursus pulak dan terpaksa tinggalkan anak ummi hampir semiggu, buntu2....

Ahad, 11 Disember 2011

Ahad, 11 Disember 2011

Bicara 2 beranak

 Situasi 1
Ibu: Sayanggggg.. jom kita tido..
Anak: Jap jap!!!!
Ibu: Adikkkkk... jom le kita tidoooooo
Anak: Jap jap jap.. mama jap!! (suker ati je dia nak panggil apa)
Ibu: Sayangggg.. jom le, ummi ngantuk ni, mai le kita tido...(makin diusiknya si kecil ini)
Anak: "senyap je tanpa bersuara..."
Ibu: Adik sayanggggg... jom le kita tido (asik ulang ayat yang sama je..)
Anak: Jap jap...
Ibu: Adikkkkkkkkk, jom minum susu ummi!!!

beberapa saat kemudian, kelihatan si kecil berlari2 anak sambil tersenyum manja, si ibu cuma tersenyum kelat sambil berfikir.."camner le aku nak hentikan penyusuan ini buat si manja?"

Situasi 2
Anak: Nak chuchuuuu (susu)..
Ibu: tak boleh dik, susu dah abissssss
Anak: Jangan, jangannnnnnnnn!!!!! (terus mengangkat kedua2 belah tangan ke atas seperti menghalang sambil jatuhkan badannya ke lantai seakan2 rajuk)
Ibu: hmmmmm

Isnin, 5 Disember 2011

Isnin, 5 Disember 2011

Kembara Junior ke Gunung Senyum


Minggu lepas anak2 mengikuti Program Kembara Junior anjuran Masjid Sultan Mahmud ke Gunung Senyum, kemain lagi seronoknya mereka. 


Bacaan doa sebelum bertolak




  






 setiap peserta perlu melaungkan azan sebelah melangkah pulang ke destinasi

 (gambar ihsan fb Masjid Sultan Mahmud)

Bagi memberi sokongan padu dan memikul tanggungjawab yang diberi, seawal jam 3 pagi diri ini bangun menyiapkan bekalan bagi makan pagi dan tengahari untuk team ini yang dijangka bertolak ke destinasi selepas waktu subuh.

Memandangkan sudah lama tidak masak dalam jumlah yang agak banyak (17 paket x 2 = 34 paket), terdapat le kelemahan di dalam penyediaan menu tersebut, pastinya nasi lemak kukus (menu pagi tapi ditukar sewenang2nya ntuk makan t/hari, macam2!!!.) agak kering dan kurang berlemak.

ermmmm, kecewa, kecewa dan kecewa jugak le tapi yalah anak2, dorang makan je tanpa banyak komen, huhuhu...

Khamis, 1 Disember 2011

Khamis, 1 Disember 2011

Pemenang 'cer teka'

Terima kasih buat teman2 kerana sudi luangkan masa seketika meneka tempat percutian kami pada 12.11.2011 yang lalu biarpun hadiah yang ditawarkan kecil dan murah cuma.

Sebelum itu kita tengok dulu hadiahnya iaitu berupa keychain yang telah dibeli disana.

Berdasarkan keychain tersebut, rasa2nya kalian sudah dapat klu yang lebih tepat mengenai tempat percutian kami itu.

Jawapannya ialah: "Bukit Gambang Water Park"

Nak tau siapakah 'Peneka yang telah meneka dengan tepat', jom kita lihat satu persatu




Memandangkan tiada siapa yang dapat meneka dengan tepat, saya ambil jawapan yang terhampir iaitu 
'Bukit Gambang Resort'  

Maka Pemenang utama yang akan memenangi FM (saya difahamkan ieda amat meminati FM berbanding keychain, justeru itu saya tukarkan hadiahnya) ialah:
ieda 

ermmmmm ada 2 lagi keychain untuk diagihkan, maka undian menggunakan en. random dijalankan keatas semua mereka yang telah memberi komen pada entri 'Cer Teka' (kecuali ieda) untuk memilih 2 pengkomen bertuah.
  1. ajumohit
  2. ayu
  3. Aimmie Qistina
  4. lia
  5. Mummy Airis Arrisa
  6. Jemarioren
  7. Nurulhuda
  8. fieda
  9. syamila







    Pemenang saguhati ialah:-













    ~




















    ~















    ~














    surprise.....



















    Syamila

    Jemarioren

    dan rasa2nya nak tambah sorang lagi pemenang saguhati (keychain yang len dari gambar di atas, hu3)
    mummy Airis-Arrisa

    Buat kalian yang terpilih, sila emailkan nama, alamat dan no. tel ke umialeeya@gmail.com untuk penghantaran 'keychain' nanti.

       

      Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
      Design by Cik Kumbang