Sabtu, 21 April 2012

Sabtu, 21 April 2012

Tanpa diduga

Kadang2 kita terlupa, kemalangan boleh berlaku dimana2 jua hatta di rumah sekalipun

Rabu, 18 April 2012

Rabu, 18 April 2012

dilema

Hari ini kakak akan turut serta di dalam perkhemahan pasukan beruniform sekolahnya selama 3 hari 2 malam, malangnya malam tadi badannya terasa panas dan agak lemah menandakan dirinya mulai demam.

Risau je hati ini, nak izinkan atau  tidak untuk dia meneruskan aktiviti ini, iyalah setelah saban hari bertungkus lumus menjalani latihan bagi membolehkan dirinya terpilih.

Jauh di sudut hati seorang ibu, terasa tidak sampai hati untuk mengecewakan dirinya, justeru itu, buat sementara waktu cuma mampu bekalkan dia ubat demam sebagai stok, semoga tiada perkara buruk berlaku dan demamnya tidak melarat. Amin

Sabtu, 14 April 2012

Sabtu, 14 April 2012

Celcom Broadband @ TM Streamyx

Saya nak tanya sama rakan2 diluar sana, antara Celcom Broadband @ TM Streamyx, yang mana lebih laju? sebenarnya kami punyai kedua2 Jalur Lebar tersebut.

Pada mulanya gunakan TM Streamyx, ia terlekat je kat pc, tak boleh di bawa ke mana2 kemudian tu apabila beli laptop, ambil pula pakej Celcom Broadband, ia boleh dibawa ke mana2, mula2 laju je tapi bila sudah sampai kepenghujungnya n tarikh luput pada 23 setiap bulan, 'slow' amat bangat, pada mulanya ingatkan masalah bil, justeru itu cepat2 langsai bil Broadband tapi hampas, makin slow..

Adakah ia disebabkan oleh jangkitan virus? rasanya tak kot, kadang2 tu bosan gak sebab nak buat kerja2 pejabat sambil bersantai sama anak terbengkalai bila line cam kura2, 'menciiiiiiknya...

Nak sambungkan lappy ni pada streamyx, sian lak pada anak sbb dia guna lappy g satu lagi, kalian camner ek.. rasa2nya internet mana yang lebih baik n laju? (takkan le daku nak ambik pakej yang mahal2 ntuk kegunaan biasa... huhuhu, maklum le orangnya bukan punyai RM berjuta2 kecuali dlm nilai rupiah...)

Selasa, 3 April 2012

Selasa, 3 April 2012

destinasiku

Nampaknya 3 hari ini akan berkampung di Hotel Dynasty Kuala Lumpur, berkursus lagi, jadualnya padat dari pagi sampai ke malam..

Biliknya ok2 je, cuma bilik air agak kurang selesa w/pun peralatannya agak canggih, mungkin ia dikhaskan untuk pelancong luar negara kot, tanpa paip air, just gunakan 'tisu toilet', call 'house keeping' minta baldi n gayung tapi masih belum sampai lagi, maklumlah makcik asalnya dari kampung..

Isnin, 2 April 2012

Isnin, 2 April 2012

Tahniah..

Alhamdulillah, tepat jam 04.14petang kelmarin (30.03.2012), seorang lagi rakan blogger iaitu KASEHKU HIDUPKU - Lynd selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua seberat 3.89kg (mesti comelkan!!!). Tahniah Lynd...

Nampaknya 'Kaseh Melissa Lyana' sudahpun menjadi kakak , justeru itu Kaseh kena jaga adik elok2 ye sayang!!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang