Selasa, 11 September 2012

Selasa, 11 September 2012

Percutian Tanpa Dirancang part 3

Entri terakhir mengenai percutian kami, nanti teman2 jemu pulak tengok gambar2 di lokasi sama jer, bukannya apa, ia sekadar kenangan untuk tatapan anak2 apabila mereka dewasa nanti..

Masih lagi kisah mengenai percutian kami di Cameron Highlands..


gaya xleh blah.. hihihi



 tak tau le, bila gamaknya Alya nak ubah stail berposing.. asik lentok kepala jer..
 

gaya 1 Malaysia x pnah 'miss'..

bergambar di kedai jualan bunga2an - cactus..

 Berehat seketika di Tanah Rata, makan2 tapi tak ambil gambarpun..



 
Beralih ke Ladang Teh pula..





  Tempat wajib untuk bergambar..

Isnin, 10 September 2012

Isnin, 10 September 2012

Percutian Tanpa Dirancang part 2

Seharian hujan turun renyai2 dan kami menggigil kesejukan tapi ia bukan halangan untuk terus menikmati keindahan alam di Cameron Highlands.


 
stail Alya dari dulu hingga kini

si kakak

Alya

 cucu sedara -Faiz


Alya & Faiz


Anak saudara sulung (hampir sama usia kami) & kakak

 sessi alas perut, semua makanan dihiasi strawberi & krim

Faris & Alya


Alya pinjam bunga jap ntuk bergambar..

 tertarik ngan buah anggur ni, ia betul2 buat kami tergoda, sedapnya.....

bersambung lagi...

Ahad, 9 September 2012

Ahad, 9 September 2012

Percutian Tanpa Dirancang part 1..

Jumaat lepas kami ke Cameron Highlands dan bermalam di sana, ianya tanpa dirancang, semua gara2 anak buah kami suami isteri, mereka baru je tiba lewat petang ke rumah dan terus mengajak untuk ke sana.

Kelam kabut gak jadinya, nasib baik sessi memasak cuma  tinggal sikit jer lagi,  cuma perlu masak nasi dan buat sambal hitam (belimbing buluh) kegemaran mereka, terus diangkutnya dengan periuk belanga untuk ke sana. Sebelum pergi tempah tempat penginapan, nasib baik ada tempat kosong lagi.

Kami bertolak dari sini hampir jam 9 malam dan sampai sana lebih kurang jam 11 malam, tidur malam kami di Neeza  Chalet (0122677287), KgTaman Sedia, Cameron Highlands. Klu: antara Tanah Rata ke Brincang, masuk Lorong Kanan selepas Century Pines Resort Hotel, Tanah Rata. (dapat jus strawberi percuma sebotol, cuma bancuh air shj..)

 lepak2 seketika sementara menunggu kami bersiap

selepas mandi pagi, sejuknya..

set BBQ disediakan (bayaran tambahan RM30 sahaja..)

ruang dapur, teh dan gula disediakan, milo & nescafe  idok le..


Bilik biasa (1 katil besar) RM120, kami ambil chalet yang ader 2 bilik RM250 (mungkin kadarnya berubah mengikut keadaan semasa) - 2 bilik air + meja makan + kerusi set, bilik solat berasingan.


 Berhadapan Dewan Balora, Taman Sedia.

Menariknya disini, ia cuma menyediakan sewaan bilik untuk muslim sahaja, non-muslim tidak dibenarkan.

Bersambung daa...

Jumaat, 7 September 2012

Jumaat, 7 September 2012

Kenangan di Pagi Syawal..

 
Kenangan di pagi raya di rumah pusaka arwah fil & mil, bersama family di sebelah hubby - 2 org adik ipar, biras, emak sedara, sepupu bersama keluarga masing2.

gambar ihsan: sepupu hubby..

Rabu, 5 September 2012

Rabu, 5 September 2012

misi menyiapkan tempahan

Buat teman2 - mohon maaf sebab buat masa ini jarang2 berkesempatan untuk melawat kalian, agak sibuk, semuanya gara2 menyiapkan tempahan Tart Nenas Gulung daripada anak buah untuk di bawa balik ke Arab Saudi - diagihkan kepada teman2 sejawat. (orang lain sibuk sebelum raya, kita lak selepas raya..)

Mulanya ingatkan cuma nak sebalang dua jer, tanpa berfikir panjang setuju, udah anak buah minta takkan nak menolak pulakkan, sebelum balik ke sini tempohari terus dihulurnya RM 200 untuk membeli bahan2 mentah, ambik engkau, bukan sikit tu, berbalang juga kena siapkan. 

Sebenarnya saya tak taupun harga pasaran, maklum le tak pernah membeli, ader sapa2 leh tolong.. bukan aper, sekurang2nya boleh agak2 nak buat banyak maner, nanti tak berbaloi lak dengan nilai yang diberikan itu, xmo le sebab RM banyak tu, anak buah kita termakan hati lak, jika terlebih xper, huhuhu..

Minggu depan dah nak bertolak, maka minggu ini kena siapkan juga tempahan itu, terfikir gak beli jer yang udah siap tapi fikir punya fikir, kalu beli yang udah siap, diapun boleh beli kat KL, berlambak terjual kat sana tapi rasanya entah aper2.

Jika buat sendiri ni, tentunya kita pilih bahan2 mentah yang terbaik punya, barulah rasanya menepati "citarasa yang agak2 cerewet ini".

Sehubungan dengan itu (cewahhhhhhhh..), setiap kali balik kerja, misi meyiapkan kuih ini bermula, setiap hari cuma mampu buat satu adunan jer, tak mampu le 'makcik' nak berjaga lewat malam, esok nak kerja pulak..

Akibat masa yang agak terhad, maka jarang2 nak jenguk kalian  di luar sana, jika adapun cuma baca entri sepintas lalu, kadang2 tak sempat nak tinggalkan jejak, maaf ya.. 

Insya Allah.. apabila semuanya agak reda, ia kembali seperti biasa.

psstttt: teringin nak beli oven yg besar, nanti le dulu...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang