Sabtu, 31 Julai 2010

Sabtu, 31 Julai 2010

Malang tak berbau


Dalam perjalanan balik dari Cameron Highlands malam ini, kami telah terlanggar seekor musang yang melintas jalan secara tiba2. Astaghfirullah dan mengucap panjang aku, terkejut dicampur perasaan sedih teramat sangat, kesiankan kat binatang itu tapi apa boleh buat, ditengah2 hutan belantara ditambah jalanraya yang baru siap dibina, pastinya lampu jalan belum sempurna sepenuhnya.

Perjalanan cuma diterangi dek cahaya lampu kenderaan sekali sekala .. kejadian berlaku tanpa diduga dan kami tidak sempat nak mengelakkannya tamb. lak gaung terdapat di kiri kanan jalan.

Setelah memastikan keadaan jalan selamat, hubby hentikan kereta dan lihat 'no. kereta'  dan 'sport light' hilang ntah kemana.. bahagian bawah ada sedikit retak.  mesti berlaku perlanggaran yang agak kuat tadi, syukurlah.. kami anak beranak balik dalam keadaan selamat.


Sepagi di Betau







Gambar seminggu yang lalu iaitu semasa menghadiri Majlis Perasmian 'Program Penghayatan 1 Malaysia Masyarakat Orang Asli di Pos Betau menyaksikan perhimpunan terbesar  Masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri  Pahang - 7000 orang ..  time ni PM belum sampai lagi.. 

Perkara yang paling menarik ialah pertunjukan Tarian Sewang (tapi hubby x  rakam gambar, maklum le  minta tolong 100% kt dia untuk rakam peristiwa di sana tapi.... ini je le yg ade!!!!!, sabooooor je le)

Khamis, 29 Julai 2010

Khamis, 29 Julai 2010

siannya!!

Seawal pagi lagi Alya sudah bangun tido, sama waktu dengan masa aku ke dapur  memasak, erm... ingatkan dapat ke pejabat lebih awal drp biasa..

Lebih kurang jam 6.00 pagi, Alya sudah berendam air suam, seronok sangat dapat bermain air tapi ummi kenalah rajin melayan dia.

Sesudah mandi, aku pakaikan dia baju ini sebab cadangnya kami nak bawa dia naik moto je pagi ni sambil antar ummi keje dan juga elakkan kesesakan lalu lintas... 

Tidak lama selepas itu, aku tengok dia terlena dan dek tak sampai ati nak kejutkan dia, kami terpaksa tinggalkan dia seketika bersama kakak2nya dalam 10 min. gitu sementara bapanya antarkan aku keje.. TERPAKSA....




Selasa, 27 Julai 2010

Selasa, 27 Julai 2010

ok ke ni??

Lamanya aku x der n3 baru, sibuk sikit..catatan hari inipn ringkas seringkasnya, nak up date je, nnt bersawang lak laman ini. ok le, aku xmo buang masa, jom kita layaaaan gmbr terbaru Alya.(pssst, gambar gini boleh ke ni??, ader cdgn @ bantahan??)
alahai, kesiannya anak ummi, dok sorang je??

anak tarzan alaf baru, ada sapa yg  berani main anak rimau gini..hehe 
(teruknya mulut ummi!!)

kalu dpt main air, dok berjam2 dlm bilik airpn xper..
seronok bangat!!

Khamis, 22 Julai 2010

Khamis, 22 Julai 2010

Masa itu emas..

Sejak dua menjak ni, waktu kejeku seharian sentiasa penuh dan padat, seawal jam 8pg - 5ptg.. rasa x cukup je masa, seronok  sbb bila nak g keje je, hati terasa gembira yg teramat sgt, dlm minda sudah merencana kerja yg perlu dibuat

erm... x der langsung ruang nak bersembang2 biarpn seketika cuma kecuali semasa minum pagi.(itulah masaku bersama mereka di pejabat). itupun cuma dibilik ituliti je (maklum le, nak save budget.. memasing2 bawa bekal.  hehe. ) lagi satu,  aktiviti mengepampun makin culas, sebabnya: tentulah terlupaaaaa!!!

Lantaran itulah, bila sampai ke rumah, badan sudah letih dan kepenatan, maka mood untuk berblogpun  merundum seketika. Bangun seawal pagi, sambil2 ke dapur, jengok le seketika laman  teman2  blogger sekadar termampu..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang