Isnin, 12 November 2012

Isnin, 12 November 2012

GA: Khas buat Peminat "Fridge Magnet"


Khas buat pengumpul tegar 'Fridge Magnet' (FM), saya ada 4 keping FM Cameron Highlands untuk diagihkan. Setiap seorang dapat sekeping.

Syaratnya mudah sahaja:-
  • Cuma perlu komen di entri ini.
  • Tak kisahlah samada kalian merupakan 'Follower @ tidak'.
  • Mempunyai alamat di Malaysia sahaja.
  • Tarikh tutup: 18/11/2012 @  jam 11.59 malam.
  • Keputusan akan diumumkan pada bila2 masa ikut mood tuan tanah.
Jika terdapat lebih daripada 4 orang yang berminat untuk mendapatkan FM ini, maka undian menggunakan RANDOM.ORG akan dijalankan, keputusan adalah muktamad.

Setiap pemenang perlu memberi maklumat lengkap dalam tempoh yang ditetapkan setelah keputusan diumumkan, jika tidak undian akan dijalankan semula.

FM Cameron Highlands 

Nota: Untuk senarai peserta, sila semak "list" sebelah kiri, contoh:-

Oh ya.. terima kasih kepada IntaNBerlian di atas kiriman hadiah 'Brooch", ia sudahpun dipakai dek anak dara kami..
Brooch Kanan..

GA DITUTUP

Sepintas lalu

Bersiaran di pejabat, saya pasti ramai teman2 yang sedang bercuti panjang, buat kalian selamat bercuti dan bagi mereka yang mengambil kesempatan bawa famili 'Makan Angin', kongsi2kan cerita gembira itu.

Semalam kami sekeluarga ke Cameran Highlands lagi, agak mengecewakan sebab hujan sepanjang hari, banyak tempat menarik yang tercicir, ladang tehpun becak, kurang sesuai untuk bawa anak kecil turun ke bawah sana tapi apakan daya, demi kenangan buat mereka, terpaksaku redah jua.

Sekeping foto je dulu, banyak kerja perlu diselesaikan, lagipun tarikh tutup SKT cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi, sistem HRMIS pula bergerak perlahan ibarat 'kura-kura', sabar ajelah..

Ahad, 11 November 2012

Ahad, 11 November 2012

cari idea..

Cuti sekolah sudahpun bermula, ada juga terfikir untuk bawa anak JJCM, namun saya tidak dapat bercuti panjang dek tugasan yang sentiasa menanti.

Jika nak ikut, cuti tahunan belum berusik & cuti tahun lepaspun masih berbaki lagi, tak cukup 3 tahun, kiranya masih belum luput, cuti gantian masih ada 2 hari, standby untuk hujung tahun, itupun jika tiada sebarang masalah, kalau tidak terpaksa luput sebab ia tidak boleh di bawa ke tahun hadapan. (banyaknya BELUM..)

Mungkin boleh ambil sedikit ruang sempena cuti di hari minggu / Deepavali / Awal Muharam untuk bawa mereka bercuti.

Lagipun sekarang ini, seorang anak buah bercuti di rumah, kesian pulak dia terperuk jer di rumah  24 jam. Agak2nya kat mana ya? Cameron Highlands lagi kot!!!, untuk ke Water Park rasanya kurang sesuai sebab musim hujan begitu juga Genting Highlands. Dorang tak buka 'Taman Teman kat Luar' tu, hurmmm..

Agak2nya bagaimana pula idea kalian?

Sabtu, 10 November 2012

Sabtu, 10 November 2012

Lesen Memandu

Hari ini anak sulung kami - Syafiq menghadiri Kursus Undang2 selama 8 jam untuk mengambil Lesen Motor di usia 16 tahun, pakej yang dikenakan RM450 meliputi:-
  • Kursus Undang2 (KPP) selama 8 jam-done 10/11/2012
  • Ujian Komputer (jika tak lulus, kena tambah RM50)-done 14/11/12 LULUS 48/50
  • Bengkel Motor selama 4 jam - done 23/11/2012
  • Lesen L
  •  Proses Belajar Memandu
  • Test JPJ
  • Lesen P
Yalah.. setelah difikir2kan, biarlah dia mempunyai Lesen Motor yang sah, sekurang2nya boleh digunakan semasa kecemasan. Lagipun sebarang kemungkinan ada sedikit jaminannya, orang kata 'idok le mati katak'.

Akan tetapi ini bukan bermakna dia mendapat kunci kebebasan, tetap perlukan pengawasan daripada kami sebagai ibubapanya, maklumlah anak remaja.

Jumaat, 9 November 2012

Jumaat, 9 November 2012

Status Terkini

Status terkini RM 0.00, pagi ni tiba2 tergatal tangan nak cash out hasil pemberian En. 'Nuffnang', kena tunggu sebulan lagi baru dapat 'cek', sabar Tini oiiii....

Walaupun bakinya RM 0.00 tapi daku masih miliki:-
 
5BE yang sedang berlegar2 dilaman kecilku
 Alhamdulillah, rezeki ada kat mana2kan...Terima kasih En. Nuffnang & teman2 semua.

 Kemaskini 20 Nov 2012, terdapat penambahan RM & BE menjadikan jumlah keseluruhannya 6 BE.

 
28 Nov 2012, alhamdulillah...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang