Rabu, 22 Oktober 2014

Rabu, 22 Oktober 2014

widget terbaru


Pastinya Alya menjadi mangsa si ibu..

** Clone Camera...

--------------
Klik 'Tidak' pada bahagian di atas.


Masalah lagi

 
Komputer di pejabat buat hal lagi, sudahlah kerja banyak, minggu lepas pun punyai masalah yang sama, masa itu idea tepu, langsung tidak boleh berfikir jalan penyelesaiannya, terus panggil pekerja kedai komputer di sebelah, sudahnya melayang RM10, cuba korek rahsia tapi dia kata cuma scan jer di kedai.. (amboiiiiiiiii Ah Cai, kemain lagi hang berahsia noo, polisi PENIAGA katakan..)

Semalam berlaku masalah yang sama, cuba baca elok2 ayat yang tertera di screen (sebelum ni sepintas lalu tapi tak tahu cara nak setting masa & tarikh), kemudian barulah dapat idea, tekan F10 & kemudian EDIT MASA DAN TARIKH, selesai sudah masalah.. ishhhhhhhhhh Naperlah sebelum ini cepat sangat melatah, bukankah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya? 

Sekurang2nya dapat ilmu baru lagi, alhamdulillah..

Ahad, 19 Oktober 2014

Ahad, 19 Oktober 2014

kisah kelmarin


Lamanya tidak tepek gambar  Alya.

Makan tengahari di sini

Mungkin sebahagian daripada rakan2 sudah merasai keenakan Nasi Kukus Ayam Panggang, PD, enak dan hargapun murah.

Lokasi: Port Dickson.

Kereta pula meragam minta ditukarkan bateri baru, "gamaknya dengki dengan tuannya makan besar anak beranak."

Asalnya kami ke Seremban menemani anak bujang hadiri kursus, kebetulan cuti semester bermula, sekurang2nya ia mengisi masa lapang dan membina keyakinan diri di dalam menempuh hari2 mendatang, maklumlah anak sulung, manjanya melebihi yang lain, - "urmmm sikit2 ummi..", sekurang2nya jika ditakdirkanNya, kami 'pergi' lebih awal, dia mampu berdikari dan dapat menjaga kebajikan adik2.

Bermalam di sini

Saya bagi markah 4/10, pertama kali menginap di hotel yang tidak menyediakan KAIN SEJADAH dan tempat mengosok pakaian betul2 di kaunter depan (pintu masuk tingkat bawah), menyenangkan kerja, pakai jerlah baju walau kedut seribu.

Jika ingin air panas (sila bawa sendiri teh @ kopi, ia tidak disediakan hatta sebotol mineral water..) semuanya kena ambil di luar bilik, kebersihan bilik kurang memuaskan, tertolak sikit katil ke tepi, ternampak debu2 yang banyak di sisi & bawah katil. 

Sewaan sederhana (walaupun terasa jauh lebih mahal berbanding hotel bajet di Kuala Lumpur / Kuantan) - masih mampu disewa oleh orang kebanyakan, (bilik famili - hampir RM140/malam tanpa minum pagi - kena bayar lebih sebab 'tergatal' tangan booking online, jika sebelum ni booking online hotel tempat lain ok jer, kadar sewa tetap sama tanpa mengira tempahan melalui telefon @ online, pembatalan adalah PERCUMA).

Agak membahayakan, maklumlah punyai anak2 kecil.

Urmmm xmo komen lebih2, kan kena saman, maklumlah trend terkini "saman menyaman"

2 hari lepas, seawal pagi kami menghala ke Pantai Timur mengambil anak bujang (Oh ya Cikgu Etuza / OKje .. tak sempat nak makan anginpun , maklumlah selepas itu terus berkejar ke UiTM Jengka untuk mengambil barang2 anak buah pula, jika lewat malam tak boleh masuk daa...)

Lagipun waktu itu diri tidak sihat, langsung tiada mood bergambar, cukuplah pic sekeping yang diambil pertengahan jalan sebagai kenang2an.
Petronas Paka, Terengganu

Khamis, 16 Oktober 2014

Khamis, 16 Oktober 2014

Demam

Asal cuti jer pasti demam, "ambil CUTI SAKIT??, owhhh tidakkk!! cuba pertahankan status Sijil Penghargaan "ZERO MC" setiap tahun biarpun pada sekeping kertas cuma, iyaaaa.. ia sebagai motivasi diri, lagipun cuti tahunan baru berusik sehari untuk 2014, selama ini cuma habiskan sisa2 cuti tahun lepas dan cuti gantian (masih ada lagi, sempatlah ke hujung tahun...).

Suami kata 'AURA KERJA', hi3, Memang tepatpun telahannya, walaupun diri tidak sihat, sampai je ke pejabat, terus lupa akan kesakitan, mungkin diri bahagia dengan kerja2 hakiki walaupun kadang2 ia memberi tekanan, itulah cabaran sebenar demi mencari rezeki untuk keluarga (walaupun ia tanggungjawab suami tapi kami sama2 pikul tanggungjawab tersebut..).

Hari ini ambil Cuti Gantian sebab punyai agenda tersendiri, apa2pun doakan perjalanan kami dirahmatiNya, selamat pergi dan balik.. (Bukannya jauh beribu batupun, hi3..)
Teman setia disaat deman & selsema


Selasa, 14 Oktober 2014

Selasa, 14 Oktober 2014

Tetap dihati

Terima kasih Nuffnang.

Lama betul saya tidak keluarkan entri berkenaan Iklan Nuffnang, Alhamdulillah rupanya ia masih setia bersama, tqsm Nuffnang.

Sabar menanti.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang