Baru je balik daripada menghantar anak sulungku Syafiq ke asrama, pertama kali lepaskan anak untuk berdikari, kalu nak ikutkan rasa sedih tu, memanglah sedih tapi setelah mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan dan menerima pandangan rakan2 di alam maya serta disekeliling, aku keraskan hati untuk berpisah buat sementara waktu demi masa depannya.
Kalu ada orang bertanya, jauhkah rumah dengan sekolah? jawapannya 'tidak'..dekat je iaitu dalam 3-4 km je, Kenapa ye aku terpaksa membuat keputusan ini?
Jawapanku ialah supaya:-
- dia mempunyai jadual masa yang tetap untuk mengulangkaji pelajaran (apa yang aku perhatikan sejak dua menjak ini, dia punyai banyak masa untuk bermain, bayangkan, seawal pagi sayup2 kedengaran diluar rumah "Syafiq2, berulang kali, entah apa temujanji ngan anak2 jiran di sebelah, banyak sangat perancangan mereka seperti berkhemah di kaw.perumahan, berjoging sesudah subuh, berniaga air di halaman rumah sepanjang cuti sekolah, bersukan, main badminton dsb, itu waktu pagi, gitu jugak di sebelah petangnya, x lekat dok rumah, terlepas pandang, diangkut dek rakan2nya samada dia yang membawa / membonceng motosikal, risau dihati cuma Allah yang tahu, camner jika berlakunya kemalangan? 'terlanggar anak orangkah?, kalau setakat kena saman, kita masih boleh bayar lagi. setelah penat bermain seharian suntuk, justeru itu, apabila tiba masa untuk ulangkaji pelajaran di waktu malam, suaraku yang sering kedengaran memekik minta tolong mereka ulangkaji pelajaran sampai kuar anak tekak (bagitau elok2, wat derk je...hu3), itupun bertahan sekejap je, pastu buku tolong ulangkaji bagi pihak diaorang pulak )
- dia dapat berdikari (maklumlah, selama ini tidak pernah basuh kain baju sendiri @ gosokkan baju uniform, kesemua itu tugasan kami ibubapanya)
- dia mendapat bimbingan 'tuisyen' secukupnya sebelum menjelang PMR, (Akupun sudah mula top-up skor A selama 3 bulan, bermula semalam untuk mereka ulangkaji pelajaran) sebelum ini, aku hampir2 mengalir air mata melihat skor A terbiar sepi tanpa punyai insan yang sudi melawatnya, maklumlah sekali top-up, bukannya murah RM299/3bulan, mahal hooo.., jadi setiap bulan aku kena keluar budget sebanyak RM100. Seandai diaorang belajar, ada kepuasan dihati walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak. Cuba bayangkan, aku masukkan line intenet, belikan Skor A dan lain2 yang sewaktu dengannya supaya diaorang dapat belajar, malangnya internet disalahgunakan untuk ber fb, memanjang (ummi berblogpun ada masa dan ketika juga, bukannya sepanjang masa mengadap benda ini.)
- dia dapat merasai keenakkan dan kelazatan masakan kampung yang berasaskan ikan dan sayur2an, maklumlah, sepanjang duduk dengan kami, dia amat memilih makanan, jangan sesekali masakan menu ikan, dia rela berlapar sepanjang hari, jika masak sayur pula, cuma kami bertiga yang makan (kami laki bini dan adik lelakinya seorang).
- aktiviti ber sms dan ngadap astro berkurangan ( langsung tiada..), kdg2 terfikir nak potong je Astro tapi dok kat sini, line susah nak dapat, maklumlah, kaw. berbukit bukau
Adakah pilihan kami ini tepat atau mungkin juga salah perhitungan???









7 ulasan:
kak tini, syafiq baru tingkatan 1 kan?? tak pe kak, bagi dia belajar berdikari..akak boleh monitor dulu setiap kali peperiksaan semester...all the best kak... betul tu kak, mmg duduk asrama betuk2 dapat berdikari..rindu saat2duduk asrama dulu..
ayu
form 3, tu yg akak risau sgt tu
insyaAllah tepat..kena monitor slalu la..jgn risau kak..
mie..
tk, Insya Allah, kami akan sentiasa membuat pemantauan
oh...form 3...mmm, lagi la akak kena sentiasa pantau...atau maybe akak boleh dtg jenguk time cuti hujung minggu ke atau ajak dia balik hujung minggu..
takpe...banyak kebaikannya ~
daisy
tk atas sokongan
Catat Ulasan