Kiri: Nur Shuzilawati, Nadiah Hanim dan Muhd Hazwan Hakim
Sebagaimana janjiku pada 2 beradik ini iaitu Muhd Hazwan Hakim dan Nadiah Hanim , maka hari ni tertempeklah juga gambar korang berdua sempena di hari ibu, hari2 diaorang dok tanya naper tak letakkan gambar mereka kat sini, asyik gambar Adik Alya aje!!
Hari ni saya perkenalkan satu persatu gambar di atas, Suzilawati merupakan anak angkat tak bertauliah yang kami jaga dan bantu persekolahannya sejak Januari 2010 (sudahpun diambil kembali oleh keluarganya penghujung April 2012 - sekarang ini tinggal kenangan cuma)
Muhd Hazwan Hakim dan Nadiah Hanim pula merupakan anak kepada rakan kami (peguam), mereka berdua ditumpangkan sementara bersama kami sejak awal tahun ini bagi menguruskan makan minum sekembalinya mereka dari sessi persekolahan dan ke kelas fardu ain @ tuisyen pada sebelah petang.
Memandangkan ibu mereka sentiasa sibuk dan sering kali keluar daerah atas urusan rasmi pada bila2 masa, maka kami dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan anak2 ini sepanjang ketiadaannya.
Tambahan pula jadual kerjaku bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja, rasanya tiada masalah untuk menjaga mereka berdua, lagipun mereka sudah besar dan pandai mengurus diri sendiri.
Adatlah apabila anak2 ini berkumpberamai2, ada yang bergaduh sesama mereka dan tak kurang juga asyik merajuk aje terutamanya si Hazwan, kadang2 tension juga dibuatnya tapi seringkali 'wat derk' aje, dah peel anak2 semua tu tak boleh dielakkan.
Jom layan aje gambar mereka, harap Muhd Hazwan Hakim dan Nadiah Hanim berpuas hati lihat wajah2 mereka tertempek kat laman peribadi kami, sekurang2nya ia boleh dijadikan sebagai kenangan disepanjang kalian berada disini:-
Alya, Nadiah Hanim dan Nur Shuzilawati
Alya, Nur Shuzilawati dan Nadiah Hanim
Alya dan Muhd Hazwan Hakim
Nadiah Hanim dan Muhd Hazwan Hakim
Rasanya tak lengkap jika saya tak letak gambar anak dara sunti kami "Nur (Kakak)" yang sedang meningkat ke alam remaja, dia ni pemalu sikit, maklumlah anak ummi.. hehehehe
Nadiah Hanim dan Nur Syamimi
Selepas dikira, dicongak, ditambah, didarab dan ditolak, 2 pasang anak kandung ditambah lagi 3, jumlah keseluruhannya ialah 7 orang, wowwww.. ramainya anak2 ummi!!!!
Psssttt: agak2nya selepas ni ader lagi pertambahan anak kami?















15 ulasan:
alala sbr jelah.
kak,selamat hari ibu!
Jat..
tk
Selamat hari ibu...
Mesti kat umah sentiasa meriah dan ceria ngan gelagat anak2
Eida
Selamat hari ibu
Cam2 gelagat mereka
besarnya pengorbanan umi...bagusnyalah
ajumohit
ermmm, tak besar manerpun, sikit aje tu.. huhuhu
gitu citenya.
tahniah, semoga dilimpahi rahmat dariNya.
ingatkan suma2 anak akak
*avatar saya tak muncul2, mmm..
jemarioren..
Waduhhh2.. kalau kesemuanya anak kandung akak,rasanya "jem daa kilang ni".. huhuhu
sELAMAT hARI iBU kAKAK.
wahhhhh..ramainya anak2 akak..mesti seronok kan..riuh rendah je....
selamat hari ibu utk akak juga..
KasehKu aka Lynd
Selamat Hari Ibu
Ayu..
bak le kesini Danial n Hariz.. pasti bertambah lg ahli kuarga kami. huhuhu
Selamat hari ibu buat ayu jugak
Untungnya keluarga anak2 tu dpt keluarga angkat mcm akak. Semoga mereka sentiasa kenang jasa yg akak sekeluarga berikan.
ramainya sampai 7 org..kalau sy pun letih tu..:)
apapun pasti indah kalau satu hari nnti mereka mengiati kita..
eh masa ni Alya kecik lagi yeh UA....Lama dah mereka transit kat rumah awak ye geng...
Comel memasing...
Mungkinkah Kak Nur ni seiras muka macam mama agaknya??
Catat Ulasan