Isnin, 26 Disember 2011

Isnin, 26 Disember 2011

Senarai semak persiapan sekolah

Persiapan persekolahan anak2 baru siap 50% je, uniform sekolah dan fardu ain 3 pasang sorang untuk Nur dan Suzila sudahpun ditempah dan belum siap lagi manakala baju uniform untuk anak2 lelaki  sek. men masih belum dibeli begitu juga dengan Baju Melayu putih/ kain samping / pakaian sukan anak2.

Insya Allah semasa kuar daerah hari ini, peluang yang ada akan digunakan untuk melengkapkan persiapan persekolahan  anak2. Nampaknya kami kena pergi awal sehari dan bermalam di sana

"anak2.. xmo ngelat ye, semua kena ikut!!!!"

Beg sekolah untuk 3 anak sudahpun beli, cuma Syafiq je belum sebab semasa kami ke Sogo tempohari dia tak ikut sama, MAKAnya kami kurang yakin nak beli, nanti bukan mengikut citarasa dia, maklum le anak2 makin dewasa, taste mereka tak sama dengan kita.

Pendaftaran sekolah n fardu ain dan buku2 dibuka pada hari selasa (esok)  tetapi pada waktu ini diriku berada di luar daerah sekali lagi bagi menghadiri meeting (nampaknya hampir 2 minggu tinggalkan pejabat).

Sepatutnya esok diri ini mengambil cuti gantian untuk siapkan kelengkapan persekolahan anak2 tapi nampaknya  terpaksa 'burn' menjadikan jumlah keseluruhannya 2 hari.

Kasut sekolah untuk 2 orang anak gadis kami dah selesai, cuma tinggal untuk anak2 lelaki, Adik Mi berjaya masuk ke sekolah khas, justeru itu dia kena pakai kasut hitam kulit bertali, nasib baik belum beli lagi.. (ingatkan nak masukkan dia ke asrama tapi menurut surat tawaran semasa semakan di dalam laman web 'moe', tawaran ini tanpa asrama.. mungkin rumah dekat kot!!!).

Alat2 tulis untuk anak2 sekolah rendah dah siap cuma untuk anak2 sekolah menengah aje belum.

Setakat ini hampir 1k dibelanjakan untuk keperluan sekolah, duit bonus yang agak lumayan daapun habis dikerjakan semasa berbelanja sakan kat Sogo/ tesco tempohari huhuhu

Diketika ini mulalah terfikir, bagaimana dengan persiapan mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan punyai tanggungan ramai?, yalah semua harga barang2 makin naik dari masa kesemasa

25 ulasan:

ajumohit berkata...

Byk belanjanya ye kak, mcm tulah gayanya anak2 bsekolah kan, bila dh lengkap lega rasanya

Cik CT berkata...

based on cikct experience (looking on my students yg sekolh kategori luar bandar), yg mana mmg family susah akn pakai baju last year yg dh singkat,n kasut juga jrg brtukar..tp parents mereka msti jgk brusaha sediakn yg trbaik utk ank2.

Cik Nor berkata...

kena nak yang berjenama je, fuhh. cam canggih rega pon canggih

Umialya berkata...

aju
baru 4 org anak sekolah, belum kira si Alya lagi, huhuhu

Umialya berkata...

Cik CT
teringat zaman2 sekolah dulu, pakai kasut sampai nampak ibu jari kaki..

itulah sebabnya cuba sediakan yang terbaik buat anak2

Umialya berkata...

NoEn
Alhamdulillah

Umialya berkata...

JO
Bukan kira berjenama, kalu boleh biarlah berbaloi dan tahan sampai hujung tahun, hihihi

Nota: maklum le kami ni bukannya berduit asyik nak beli je ganti beg rosak, baju koyak le..

zati embong berkata...

bnyak belanja kan kak? adik beradik jat da lepas da sek. adik yg bgsu baru lepas spm. hihi

Umialya berkata...

Jat
ermmm nampaknya g2 le

fieda berkata...

tu la brg2 makin mahal betul skrg ni...tp rasanya biar la kalah membeli menang memakai..ye dopp...

Umialya berkata...

fieda
betui(3x)

Ena berkata...

gitu la kan kak.. seme ibu bapa nak bg yg terbaik utk anak2 selagi boleh.. :)

Umialya berkata...

Ena
akak setuju 100%

azhariahzuber berkata...

sy masih x byr habis yuran anak. hihi

Umialya berkata...

yap... yuran sekolah je belum

MulutPayau berkata...

saya pun baru jer selesai beli brng sekolah anak2....memang mahal btul brang2 skrang ni....

Aimmie Qistina berkata...

hi kak..banyaknye shopping li brg nak sekolah..mesti bonus pun byk ye

emarieys berkata...

hampir 1K...memang banyak tu...ema anak sorang baru nak sekolah..itupun baru 6 tahun..

Umialya berkata...

MP
mahalkan!!!

Umialya berkata...

Mie
tak le byk sgt dpt bonus, 1/2 bulan gaji je..

sblm ni berangan mat jenin nak laptop baru guna duit bonus tp apakan daya, keperluan anak2 lagi penting

Umialya berkata...

MamaEma
boleh le tahan, hihihi

sal ya berkata...

utk alya pn dh siap. cm bj dpt ms pendaftaran.

Umialya berkata...

anisalya
tingal lagi 10% persiapan, pendaftaran n yuran fardu ain (2 org)/asrama(1)/keperluan ting.1 (1) - semuanya pada 03.01.2012)

pastu boleh tarik nafas lega

kurus berkata...

memang banyak ..
aduhhh pening kepala masa nie ;)

Puan Kutu berkata...

tu lah kan belaja sekolah anak2 zaman skang bukannya sikit.sy ni anak baru sorg pun dh pening.mujurlah menabung n dpt bonus hujung taun.hehe

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang