Sabtu, 4 Ogos 2012

Sabtu, 4 Ogos 2012

mood cuti

Penat gamaknya, sepanjang pagi membuta je sehinggalah anak manja kami - Alya masuk ke bilik sambil usap perutnya, "perut adik sakit...", tiba2 teringat dia belum makan lagi, " adik lapar ye?".."Ha'aaaa adik lapar..", "Nanti ummi masak sup ayam ye.." (Ambik engkau, ketiduran tanpa ingat apa2, sian dak Alya sampai kelaparan, kes dera ek...)

Kemudian cepat2 ke dapur menyediakan sup ayam buat Alya (sementara itu  berikan buah durian padanya..), biar ajelah jiran tetangga nak kata apapun, tengah2 hari ader bau2an yang harum semerbak hasil tumisan rempah ratus dari dapur rumahku, janji perut si kecil berisi.. "maafkan ummi ye sayang..." (jap lagi nak rebus nasi impit & rendam bihun, boleh dijadikan soto ayam sebagai salah satu hidangan berbuka petang nanti, hihihi...)

Nota: Mungkin di dalam sehari dua ini kepenatan yang melampau & tidak mempunyai rehat yang cukup, sehabis kerja petang semalam berkejar ke rumah abang no 3 untuk berbuka puasa bersama2.

Azan berkumandang sebelum kami sampai ke destinasi, justeru itu cuma minum air & makan kuih buat sementara waktu.

Sampai aje ke sana, mereka sekeluarga hampir siap berbuka dan kami membuka bekalan yang telah siap di bawa dari rumah, kembali semula ke sini hampir jam 2 pagi & jam 4 pagi bangun memasak untuk bersahur.

Sesudahnya seawal jam 7 pagi tadi terus tidur sama Alya akan tetapi dia bangun lebih awal.

sempat berposing sebelum kami tidur tadi..

11 ulasan:

~ana~ berkata...

salam singgah..

sorry yea, seluar tu dah sold out..

Cik Nor berkata...

sian alya..lapar..
biasa aa tu, cuti nak relek sikit :)

Ruse Sulaiman berkata...

Bila dah penat mmg tak sedar ;)

izz iizza berkata...

ala sian alya..sampai sakit perut dia..mujur sy anak semua puasa kalau x gini juga la agaknya..hihi..sy dah tido lepas sahur dekat tengahhari baru bangun..:)

lia berkata...

umah ni, Amsyar pon x puasa... celik mata nak nasi hu3 so kena gak kuatkan diri masak nasi masa sahur, bkn nk mkn tp utk dia makan siang he3

kurus berkata...

uishhh akk cewrita nie saya dah rasa letih nyeee .. ;)

ciannn alya ..

IntaNBerliaN berkata...

umah saya ni pun sama gak.. tengahari kdg2 duk msk kat alisha...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Ummi alya...biasa la ada anak kecik,kena la msk tuk tghari.

Cutenya alyaaaa...:)

Unknown berkata...

hehehhe..cian alya yer...
salam kenal,..folo cni juga....
selamat berpuasa..

IntaNBerliaN berkata...

singgah :-)

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Biasa je situasi dapur berasap di bulan puasa bila ada anak kecik. Tak ada anak kecik pun sama juga, sy kalau hari cuti suka msk awal.. Ptg boleh rehat atau jln2.. :-)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang