Siang tadi, dapat panggilan dari HQ, perlu hadiri kursus di sebelah utara tanahair pada masa yang terdekat ni (siap berikan ejaan nama yang betul & no ic untuk booking flight,) mula2nya hepi jer tapi bila di akhir perbualan, terus bertanya 'ada tak teman2 dari negeri ini yang terlibat sama?', apabila diberitahu cuma wakilkan sorang jer di setiap negeri & kemudiannya perlu berikan latihan kepada teman2 sejawat di daerah lain lak, tiba2 migrain tak tentu pasal..
'xmo, xmo gelak k, lagi2 cikgu anis, ahkak kamu ni asalnya dari kampung, dok pulak nun jauh di sana cuma berbangga le sikit2 sbb setaman ngan 'tok ti'' (padahal dia tak kenalpun ahkakmu ini.. hihihihi), usahkan nak nek 'belon', keretapipun tak pernah biarpun stesennya sejengkal cuma, hari2 dok terserempak keretapi lalu.
Mulalah terfikir, dari sini ke KL, rasanya xder masalah, cuma dari Pekeliling ke KLIA tu camner erk? ada teman2 leh bagi klu sikit, jika ambik teksi, gamaknya berapa RM driver tu caj (maklum le pelancong dalam negeri yang tak tau apa2), jaraknya dalam KM & apa2 jelah yang boleh membantu insan yang lomah ini @ jika terus bawa kereta ke sana, perlu ikut laluan mana, bukankah ikut laluan Ampang hala ke Putrajaya @ Nilai @ yang sewaktu ngannya? mungkin ada sesiapa yang sudi menjadi pemandu pelancong seketika? ahakkkkkk...
Klu: Travelling dari Rumah - KLIA (Penerbangan) untuk ke arah Utara (blum pasti samada ke PP, Kedah, Perlis @ Langkawi), sesetengah rakan mungkin dapat membayangkannya.
(saya tak risau berkursus kat mana cuma tak tau lokasi KLIA & cara perjalanan yang perlu saya gunakan dari rumah untuk ke sana, semestinya perlu bermalam, jika ada bas terus ke sana pergi dan balik (perjalanan yang mengambil masa beberapa jam dari daerah ini), semestinya ia tiada masalah tapi malangnya cuma sampai ke Jalan Pekeliling jer.. :)
pssstt: Jika ada flight dr sini ke utara, awal2 lg tersenyum lebar malangnya tiada.. :(
Imaan aka Lea, Insya Allah.. akan hubungi prn jika perlukan bantuan, tk dear..
akak tertarik ngan komen lia, tepat sekali, pi mai2 tetap dlm M'sia jer, huhuhuh..









18 ulasan:
moga ada yg sudi membantu..saya bab jalan xtau..hiihi selamat berkursus
tak dapat nak nolong... saya pun buta jalan
akk nak pergi bila ni? details tak lengkap.. kalau area putrajaya saya mungkin boleh tolong, kalau sesuai masa.. bila, mana ?
Siannya UA...OKje dulu kalau kena gi meeting jauh dari jalan kebiasaan pun kalau boleh tak mo sebab tak tau jalan ... inikan lagi jauh gitu...haruslah risau!
Tempatnya kat ne? Kat Pekeliling ke....susah jugak tu...OKje sendiri pun tak biasa kwsan tu...
kak, kalau sesat, dlm malaysia g he3
kak.. klu nak tanya jalan SMS je.. hari apa tu?
Yalah mana sbnrnya nak pegi. Dr mana nak ke mana? x berapa jelas kat sini.. :)
Selamat berkursus.....
sy org utara mmg tak biasa dengan kawasan sana.selama ni klu kursus pun semua tempat en suami hantar sy.hehe..apa pun selamat berkursus ye..:)
selamat berkursus..
nak tolong pun memang tak tahu langsung...
harap di permudah kan segala urusan
Siapalah nak jaga sicomel seketiadaan uminya yang Mithali ni?
Tahniah, dan selamat berkursus
salam kenal..
selamat berkursus
Apa keputusannya UA?
sy pun xtau camne kak... sy pun xreti bab2 jalan ni.. hihii
tp akak mesti bkn dtg kedah dekat sg petani kan... ntah2 kat pp... hihii.. tp kalau sampai sp, gtau la ek.. kot2 time tu hubby free, leh jumpa.. hihii
ohya, lupa nak tanya.. akak dh dpt ke baucer tu?
semoga ada yg membantu kakak !
saya pun jarang sgt kena pergi jauh nie .. susah hati kan ..
kerja .. anak2 ... suami .. makan minum semua kena fikir ..
insyaallah kakak semoga di permudahkan .. aminnn
Alahai M pun ingat2 lupa ja..risau plak kalau bg salah maklumat nnt.
Alahaiii sian akak, anis baru ada kesempatan nk berblogwalking....ni pun dah jam dua pg. Harap allah pmudahkan urusan akak.
Catat Ulasan