Sabtu, 21 September 2013

Sabtu, 21 September 2013

Budak2 kini


Pantang terjumpa Iklan Aiskrim BR (Baskin Robbins) di luar sana, terus merengek minta dibeli sedangkan si ibu dulu makan Aiskrim Malaysia berharga 20sen cuma.

Pastinya Donut Big Apple jadi pilihan mereka sedangkan si ibu enak merasai donut biasa yang dijual di pasar2 malam, itupun sesekali jer dapat makan, alhamdulillah..

Itulah sebahagian makanan pilihan anak2 kini..

Adakah kita yang salah kerana mencorakkan makan minum mereka sebegini?. Bak kata pepatah 'Sudah Gaharu Cendana Pula'..

Nota: Tiba2 teringat kisah nan lalu, kiranya pada zaman jenama sebegini belum glemer (ke daku yang tak ikut perkembangan semasa??), apabila saya dihantar berkursus ke HQ (Kuala Lumpur), seorang rakan pejabat minta tolong belikan sesuatu..

Teman : "Tolong belikan akak Big Apple", 'Si Bodoh Sombong' ini cuma menjawab di dalam keadaan mamai: "In shaa allah kak..." sedangkan hakikat sebenarnya 'Si Dia' tak kenalpun apa itu 'BIG APPLE'?, di hati mula tertanya2: 'Mungkinkah ia sebiji epal bersaiz besar??'

Akhirnya jawapan yang pasti sesudah kembali berkursus "Maaf ye kak, saya tak sempat nak beli, len kali erk.."  boleh ke cenggitu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CPUV KE 48/2013

Ford MCA Launch



11 ulasan:

Unknown berkata...

Ye lah umi alya, budak sekarang belum pandai sebut mama tapi dah sebut kfc.

Ruse Sulaiman berkata...

terpengaruh atau dipengaruhi. Kita pun sama org lain mkn kita pun teringin juga :)

nurbijen berkata...

bertuah alya dapat makan BR... anak2 saya setakat ni belum request eskrim BR tu... hihihi

nasib baik tak belikan si pengirim epal besar.... hihihi

OKje berkata...

Hakikatnya UA... mmg makanan sedap tu muncul masa zaman diaorang, lagi beruntung bila punya mak ayah yang mampu bagi itu semua, sama je ngan budak budak runmah ni....
Ingat tak zaman kita kecik UA...masa tu KFC baru keluar! Itu pun kat KL je yg ada restorennya....dpt tgk iklan kat TV jelah...

Puan Kutu berkata...

jgn kata budak2,mak2 sekarang pun boleh tahan juga..:)

eita berkata...

kalau layan permintaan budak2 sekarang ni..mau pengsan rasa nyer

School Of Tots berkata...

Saya pun suka Big Apple
Dah tak pandang Dunkin Donut

Rubiatul Adawiyah berkata...

haha.. budak2 zaman sekarang kan. macam2 dia nak. pening kepala mak ngan ayah *cakap kat diri sendiri ni. :D

ajumohit berkata...

yelah kan kak dulu makan pun cukup2 adik beradik, skrg semua mewah dgn makan, wahh berderet be, tahniah kak!!!

Unknown berkata...

hehehe, kak umi kena bersabar dngan anak :D diorang kecik lagi. hehe

mieya berkata...

Aiskrim BR tu, setahun sekali pon perit nak dapat merasa. haishhh

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang