Berposing di ceruk sana
Sila abaikan latar belakang yang menyakitkan mata, maklum le angkut beranika keperluan.



Amboi2 sempat lagi berselfie sakan ditepian pantai tapi xper, janji kalian semua bahgia, lagipun dok kat homestaypun jemu tanpa lakukan aktiviti.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambungan entri kelmarin..
Bersahur malam kedua
Antara menu yang sempat di masak
Udang masak tempoyak, ketam bercili, daging goreng kunyit & telur dadar
Ayam goreng
(Ikut selera anak2)
Telur separuh masak
Permintaan hubby
Oh ya, menu berbukapun dimasak sendiri, beranika jenis menu dimasak berasaskan makanan laut & darat seperti udang, ketam, sotong, lala, kerang, ikan, daging, ayam, sayur & ulam2an seperti petola, petai, jantung pisang dicelur + budu (sambal tiada sebab xder lesung batu), buah rambutan + manggis, beli tart telur kat pasar, ketupat palas, popia gulung, bekal siap dari rumah keropok goreng & kerepek bawang tapi sayangnya tak sempat ambil gambar, ala2 buffet kat hotel pulak, insya allah lain kali kita wat BBQ di halaman homestay, pasti meletop..
Kiranya sepanjang berada di sana, menu bebas dari 'Pasar Ramadhan' demi memenuhi permintaaan anak teruna hari2 - 'teringin nak makan ummi masak...', kiranya lepas ni tidak le kempunan walaupun terpaksa berpuasa diperantauan - "kami rela buat apa sahaja untuk mengembirakan hati anak2 janji kalian rajin belajar demi masa depan"
Rambang mata memilih bahan2 mentah di pasar besar, semuanya segar & murah, jauh beza di daerah kecil ini, apa lagi borong jer apa yang berkenan di hati, gayanya 'MEMBELI MENGIKUT NAFSU, BUKANNYA KEPERLUAN', untung rakan2 blogger yang tinggal di Pinggir Pantai Terengganu seperti Eita.
Sesudah menghantar si teruna hadiri kuliah, kami bertolak balik sambil menikmati keindahan alam semulajadi tapi sebelum itu, ada pesanan penaja:-

(Berposing dengan baju tidur)
"Ibu2, mama2 & ummi.... Sila pastikan rumah kemas & bersih sebelum melangkah keluar walaupun sewa cuma..."
Berposing tanpa model cilik
maklum le ketiduran dek kepenatan.


Singgah di Kemaman

Sebelum itu harus tempek gambar tuan tanah (sekali dalam setahun, kecik2 udah le geng..)
Akhirnya singgah di sini


3 dara pingitan
anak bujang no 2 pemalu sikit, jadi tak der dalam gambar

Penyu
Anak2 penyu
Nota: Adoiiiiiiiii letihnya, sib baik bercuti, dapat le rehat2kan badan
Kemaskini 14/07/2014
Terima wasap dari anak buah beserta gambar:-
"Daripada banyak lauk semalam, hari ini bertukar menjadi satu lauk daa..."
Kih3..




















12 ulasan:
rajinnya memasak walau semasa musafir (^_^) mmg terbaik!
Ikut hati membeli lagi senang tapi dek kerana abg dah rindu airtangan mak mestilah tunaikan...
masak sendiri lg puas hati kn..xde lh masalah ceri beri..
laaaa..bkpe x kbor singgah kemasik..leh ita gi jp..dekt doh tu..
Kak zakie
Kalu ikut mmg senang membeli tapi anak2 lebih berselera makan makanan yang dimasak sendiri w/pun simple..
Eita..
Singgah kejap jer di Temasik, ambik gambo..
Antara yang sempat dimasak...tapi banyak juga lauk tu sebenarnya... Rindu airtangan ibu jugaaaa...
Teacher..
Demi famili..
Khairun Nisa..
x lama daa raya tu, nnt boleh makan masakan ibu sepuasnya..
Geng....kita terharu baca entri awak ni....betapa kesungguhan seorang ibu nak memasak untuk anak anak dan suami meski pun tak cukup kelengkapan. Sure mereka berbangga punya ibu mcm awak geng! Kita pun bangga ada sahabat mcm awak yg rajin dan perihatin ni....
Bagus cik Abe yek tak kisah bawak mcm mcm kat belakang tu....kalau cik abe yg kat sini sure dah pot pet pot pet tu...penuh keta katnya.... Kita apa lagi! 2 kalilah suka tak yah masak hehe....
Cakap org rajin masak....dia tu lagi berdouble double rajinnya hehe...mcm mcm lauk bukan main....Geng len kali buh le gambo besau sikit....tak nampaklah batang hidung....teringin nak kenal tau...Dahlah mata kilauan hehe...faham ajelah mat kilauan haha
Kagum lah!
masak sendirik!
kalo zura mesti semua beli.. hehehe
Kagum dengan akak. Dapat ank bujang merasa air tangan uminya kan? Mesti seronok semuanya.. dpat jumpa adik beradik pada masa sama dapat makan makanan kegemaran diorang.. betul ni, homestay oun kena jaga kebersihan kan? Barulah sesuai
Haha....tak pe lah semalamnya dah makan lauk penuh meja. Kadang kadang kita kena berdikit pulak hehe
Catat Ulasan