Ahad, 19 Oktober 2014

Ahad, 19 Oktober 2014

kisah kelmarin


Lamanya tidak tepek gambar  Alya.

Makan tengahari di sini

Mungkin sebahagian daripada rakan2 sudah merasai keenakan Nasi Kukus Ayam Panggang, PD, enak dan hargapun murah.

Lokasi: Port Dickson.

Kereta pula meragam minta ditukarkan bateri baru, "gamaknya dengki dengan tuannya makan besar anak beranak."

Asalnya kami ke Seremban menemani anak bujang hadiri kursus, kebetulan cuti semester bermula, sekurang2nya ia mengisi masa lapang dan membina keyakinan diri di dalam menempuh hari2 mendatang, maklumlah anak sulung, manjanya melebihi yang lain, - "urmmm sikit2 ummi..", sekurang2nya jika ditakdirkanNya, kami 'pergi' lebih awal, dia mampu berdikari dan dapat menjaga kebajikan adik2.

Bermalam di sini

Saya bagi markah 4/10, pertama kali menginap di hotel yang tidak menyediakan KAIN SEJADAH dan tempat mengosok pakaian betul2 di kaunter depan (pintu masuk tingkat bawah), menyenangkan kerja, pakai jerlah baju walau kedut seribu.

Jika ingin air panas (sila bawa sendiri teh @ kopi, ia tidak disediakan hatta sebotol mineral water..) semuanya kena ambil di luar bilik, kebersihan bilik kurang memuaskan, tertolak sikit katil ke tepi, ternampak debu2 yang banyak di sisi & bawah katil. 

Sewaan sederhana (walaupun terasa jauh lebih mahal berbanding hotel bajet di Kuala Lumpur / Kuantan) - masih mampu disewa oleh orang kebanyakan, (bilik famili - hampir RM140/malam tanpa minum pagi - kena bayar lebih sebab 'tergatal' tangan booking online, jika sebelum ni booking online hotel tempat lain ok jer, kadar sewa tetap sama tanpa mengira tempahan melalui telefon @ online, pembatalan adalah PERCUMA).

Agak membahayakan, maklumlah punyai anak2 kecil.

Urmmm xmo komen lebih2, kan kena saman, maklumlah trend terkini "saman menyaman"

2 hari lepas, seawal pagi kami menghala ke Pantai Timur mengambil anak bujang (Oh ya Cikgu Etuza / OKje .. tak sempat nak makan anginpun , maklumlah selepas itu terus berkejar ke UiTM Jengka untuk mengambil barang2 anak buah pula, jika lewat malam tak boleh masuk daa...)

Lagipun waktu itu diri tidak sihat, langsung tiada mood bergambar, cukuplah pic sekeping yang diambil pertengahan jalan sebagai kenang2an.
Petronas Paka, Terengganu

12 ulasan:

Etuza berkata...

Asalamualaikum..semoga ceria. Syukran ada entry baru lah Ikon Gratify ni..alamak sedihnya baca..apapun syukur jg dapat berteduh kat hotel tu.

Tak apa..banyak benda yg the most important selain bahan untuk blog..blog anytime depan rumah dalam rumah wherever dapat bahan gambar untuk blog..alam semulajadi..sekalipun barang mainan anak2 inshaAllah itulah entry yang memberi damai..syukran dah selamat ke rumah ya ...

Etuza berkata...

Alya membesar seiring usia blog Umi..nama lengkap siapa aganya tu. Puteri bungsu Etuza Nuraliya Adibah..nama ni Etuza dapat dari majalah Wanita. Isteri suka majalah wanita..selalunya Etuza lah belikan dia..Masa isteri mengadungkan alya..Etuza kerat nama tu masukkan dalam album, lahir ja baby girl etuza tunjukkan pada mama alya. Hehehehe..imbasan kenangan gitulah alya dapat nama. sama la pula nama diorang ni..hehehehe

nurbijen berkata...

Hilang sikit rindu kat Alya...
Dah makin besar dia....

Unknown berkata...

memang geram kalo dpt hotel mcm nih.
harga lebih kurang jer dgn hotel lain.. malah ade yg lebih murah.. tapi keadaan bilik teruk. memang spoil~

Puan Kutu berkata...

alahai sedihnya baca ada jugak hotel yang tak ok macam tu ye..macam terkena pulak ye macam tu punya teruk servis..

eh alya,lama tak nmpk..makin membesar dengan comel

eika_jps berkata...

salam perkenalan.....memg kebanyakkan hotel tak menyediakan sejadah n arah kiblat....saya pun pernah alami....bila tel kaunter baru dorg datang tunjukkan....

apa pun jemput singgah blog

http://atikarafina.blogspot.com/

Umialya berkata...

Eika..
Mslhnya mereka memang tidak sediakan sejadah, minta dikaunter, staf melayu tersipu2 malu bagitau kat hotel ni memang tidak menyediakan sejadah untuk kegunaan muslim.

Kesemua hotel sebelum ini memang sediakan sejadah walaupun dimiliki oleh non muslim.

Unknown berkata...

As salam.

nasi kukus ayam panggang tu mmg best. Dulu pernah duk p.dickson setahun. Dulu kecik je tau kedainya.. skang makin besar.. airnyer simple jer sirap..heheheh...

Hotel bajet kadang ada yg elok ada yg x elok. Saya kalau ke p.d selalu duduk guest hotel jer.. harga affordable n ada swimming pool..bfast.. pdhal bajet hotel jer... tapi agak jauh la dr town n pantai...

sabar sis.. biasalah kalau bjalan mesti ada kereta meragam la.. tp bila fikir balik itulah krnangan.. walaupun kita hadapi kesukaran waktu tu..rasanya manis kemudian.. kita dah tau apa nak buat kalau jadi lg krjadian camtu kan...hehhehe..

In shaa Allah

www.bidadarigojes.blogspot.com

Mat Som Sadona berkata...

Assalam UA

Memang ada tempat menginap yg begitu, dan paling malang kalau kita tersewa bilik berhantu...seram.

Kedua, bateri ni biasa antara 1-3 tahun je usia dia. Ini pengalaman saya yg dah bwk kereta sejak 24 tahun nilah.

Elok beli bateri yg kering je...tak payah isi-isi air bateri, dan lebih tahan lama, cuma harga ada up sikitlah.

Itu je pendapat saya kali ni.
Selamat bercuti

adianiez AIDA berkata...

OKje berkata...

Geng bila awak ckp pasal saman menyaman ni teringat pulak kita kat entri kita pasal roti canai kawan tu....takut pulak kita kena saman huhu.....

Cantiknya blouse Alya.....pink, mcm baju org besar....
Budak pompuan mmg banyak baju cantik cantikkan UA...geram nengoknya banyak pilihan..
Kat belah mana Cowboy place tu yek.... Semalam baru ternampak ayam golek tu kat PD....rupanya nasi kukus yeh....sedap rupanya....next time nak try...hihi
Hotel apa yeh tu....tak camlah kita...

Umialya berkata...

Adianiez..
Maaf terdelete komen.. (betul2 tak jangka, maaf dik...)

OKje..
Biarlah rahsia, sengaja kita kaburkan, takut weyhh tersilap langkah...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang