Sabtu, 26 Disember 2015

Sabtu, 26 Disember 2015

Resepi Sos Lada Hitam

 
Menu petang semalam

Korang percaya tak, Alya boleh habiskan 2 hidangan Lamb Chops untuk sekali makan?

Gara2 sering menerima pujian melangit si cilik Alya , maka dengan rela hatinya saya ingin berkongsi resepi sos lada hitam simple tapi sedap & kena dengan selera kami, ia sesuai dihidangkan bersama Lamb Chops, Chicken Chops, BBQ dan sebagainya.

Kalau kalian nak tahu, setiap kali Alya minta siapkan Lamb Chops, pasti dia akan menggunakan kaedah psikologi - "Ummi ni Cheflah,  sedap ummi masak.." , dia akan ulang ayat yang sama sehingga berjaya menghabiskan sisa2 makanan di dalam pinggan, "hahhhhhhhhhh kembang hidung tau asyik kena puji jer, hu3"

Resepi Sos Lada Hitam:

Sedikit buttercup (kalau xder, minyak masakpun jadilah)
1 camca besar tepung (bertujuan untuk memekatkan sos nanti)
1 labu bawang besar (Terpulang, nak kisar kering/cincang halus/tumbuk lumat)
Lada Hitam (Ikut kepada kepedasan yang dikehendaki, saya guna lebih kurang 1 - 2 camca besar - ditumbuk halus)
Sos  tiram, kicap manis secukup rasa
Sedikit sos cili * (pilihan..  tak masukpun tak apa..)
1 kiub pati ayam @ sesudu kecil serbuk pati ayam
Air (lebih kurang secawan +) bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki.

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan tepung, kacau hingga keperangan
  3. Masukkan bawang besar & lada hitam, tumis lagi hingga  bawang hampir garing (guna api kecil, pastikan sentiasa dikacau)
  4. Masukkan air, kiub pati ayam, sos tiram, kicap manis, sos cili secukup rasa, renihkan seketika, siap (tak perlu terlalu pekat sebab apabila sos lada hitam sejuk, ia akan bertambah pekat..)
Resepi ini tidak lagi memerlukan penggunaan garam dan gula, penggunaan sos tiram + kicap manis sudah memadai. 

Resepi:  Lamb Chops

8 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Ni buat cicah ikan bakar pun sodap ni

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN berkata...

salam kak wah wah sedap sedap! :)

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN berkata...

nanti kena tunggu kerajian tahap max baru boleh buat hehe

@LeenShamsh berkata...

My favourite!

Tapi tau makan je kak. Buat tak pandai :P

Etuza berkata...

Asalam hebatnya umi memasak..tahniah sangat sedap lah nampak

OKje berkata...

Tengok lamb chop black paper memalam ni, jadi terliur pulak geng! Nak jadi mcm Alya jugaklah, nak mintak Tuan Anas Lamb chop jugak esok hihi...


arzmoha berkata...

Wow.... Nampak sedap... Edisi Tayang lagi ni :)

arzmoha berkata...

Pandai alya puji secara tak langsung memberikan semangat untuk umi alya masak lamb chop

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang