Khamis, 21 September 2017

Khamis, 21 September 2017

Tiba-tiba tersedak...

Amboiiiii geng, tak menyempat kita buat entri, awak dah seru kat sana dengan SARAPAN OKSIGEN, nasib baik juga,  jika tak habis bulan ni,  belum tentu ada entri baru.

Inilah rupanya karipap oksigen,  sarapan kami 2 beranak pagi ni,  korang pernah makan tak?

Sebenarnya sudah lama saya minta suami belikan jika terjumpa dengan karipap oksigen,  maklumlah sebagai blogger suam2 kuku, adalah ideanya,  lagipun sebulan sekali baru ada entri baru,  ok apa? 😄😄😄

Alang2 dah up status,  saya nak ucapkan terima kasih atas doa kalian,  alhamdulillah dah pulih sepenuhnya dari demam,  ginilah gayanya bila umur makin meningkat, sistem pertahanan badan semakin rendah, kembali berjinak2 dengan multivitamin, ingat nak ambil EPO,  ok tak? Gayanya kena dapatkan khidmat nasihat Dr. Ain.

Nantilah jika ada masa,  saya melawat kalian pula, sekarang ini kesibukan melanda, waktu berlalu begitu cepat.

2 minggu lepas berkursus ke Genting Highlands, petangnya sempatlah meronda2 di sana,  jemu weyhhhhh,  bukan jiwa "orang tua" dengan suasana hiruk piruk, banyak tempat ditutup sebab di dalam pengubahsuaian, nak ambil angin luar, hujan pula waktu tu.  outdoorpun tak pasti bila siapnya?

Minggu lepas pula kami join Program JKM, lama tak kerja luar sejak dua menjak ni, sesekali seronok juga.  ðŸ¤”🤔🤔

Nasib baik minggu ni nama digugurkan dari menyelaras program kat Pekan, maklumlah cuti panjang,  anak2 ada kat rumah. 

10 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Sampai tersedak yea,hihi..
Gitulah gayanya dah kalo buat inti penuh Mana nak pulang modal, kalo buat kecik tapi inti penuh Kang org kata awat kecik naw keripapnya, nak untung cepatlah la tuh.

Etuza berkata...

Karipap oksigen..pertama kali tahu ..sedap tu Umi

OKje berkata...

Hihi.... tu taktik nak menyeru tu geng namanya....
Kita suka sangat karipap tapi malas nak buat sendiri. Pernah buat sendiri tp mcm tak sedap pulak haha.... Nak kena yg beli jugak baru sedap agaknya...

Ha a...pergi GH sekarang ni tak syok sebab belum siap penuh. Nak rasa sejuk sejuk bolehlah kot

Mummydearie berkata...

Tak menyempatkan UA. Belum sempat buka blog dia dah siap-siap buat entri. Saya pun hari tu nak buat entri tentang menu lauk daging korban. Baru terlintas di fikiran, jiran sebelah rumah dah siap buat entri! Rileks betul surirumahtangga sebelah rumah ni tau ^_^

Bunda_nora berkata...

Setakat ni tak jumpa lagi karipap oksigen macam ni. Tapi yang cinonet kecil beso ibu jari adalah.. beli delivery, saja nak try, tengok dalam gambo macam beso, 4 biji singgit...fikir2 kira okay lah 4 singgit.

Tetiba datang tengok cinonet sangat, isi kentangnya pun rasa hambar jer. Nasiblah lontong dia sedap,3 hingget sebungkus. kira bolehlah...

I am LZ berkata...

Salam perkenalan Umi Alya..

Saya bukan penggemar karipap tapi biasa dengar cerita tentang karipap oxygen di zaman kos sara hidup tinggi..

insan marhaen berkata...

karipap adalah kegemaran saya terutama karipap pusing.

Madam N berkata...

Kenapa ya namanya karipap oksigen. Hmm

Umialya berkata...

Nabila..

Sbb byk oksigen kt dalam tu, intinya seciput cuma, cukup2 bagi rasa.. 😀

Nora Karim berkata...

Karipap oksigen ni memang dah banyak gerai yang jual... kesian pembeli... makan kulit karipap je gamaknya. Intinya calit-calit buat rasa je... sedih...

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang