Sabtu, 31 Disember 2011

Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Sekejapnya masa berlalu, sebentar lagi kita bakal menyambut tahun baru 2012, rasa2nya azam tahun ini tercapai ke belum? ermmm 

Buat teman2 di alam maya, kesempatan yang ada ini, diucapkan Selamat Tahun  Baru 2012, moga hari2 mendatang memberi kebahagiaan dan kegembiraan berpanjangan bersama keluarga tersayang.

Nota kaki: Tak mo daa berangan2, azam tahun nipun masih belum tercapai sepenuhnya, maklum le makcik ni hangat2 tahi ayam.

Isnin, 26 Disember 2011

Isnin, 26 Disember 2011

Senarai semak persiapan sekolah

Persiapan persekolahan anak2 baru siap 50% je, uniform sekolah dan fardu ain 3 pasang sorang untuk Nur dan Suzila sudahpun ditempah dan belum siap lagi manakala baju uniform untuk anak2 lelaki  sek. men masih belum dibeli begitu juga dengan Baju Melayu putih/ kain samping / pakaian sukan anak2.

Insya Allah semasa kuar daerah hari ini, peluang yang ada akan digunakan untuk melengkapkan persiapan persekolahan  anak2. Nampaknya kami kena pergi awal sehari dan bermalam di sana

"anak2.. xmo ngelat ye, semua kena ikut!!!!"

Beg sekolah untuk 3 anak sudahpun beli, cuma Syafiq je belum sebab semasa kami ke Sogo tempohari dia tak ikut sama, MAKAnya kami kurang yakin nak beli, nanti bukan mengikut citarasa dia, maklum le anak2 makin dewasa, taste mereka tak sama dengan kita.

Pendaftaran sekolah n fardu ain dan buku2 dibuka pada hari selasa (esok)  tetapi pada waktu ini diriku berada di luar daerah sekali lagi bagi menghadiri meeting (nampaknya hampir 2 minggu tinggalkan pejabat).

Sepatutnya esok diri ini mengambil cuti gantian untuk siapkan kelengkapan persekolahan anak2 tapi nampaknya  terpaksa 'burn' menjadikan jumlah keseluruhannya 2 hari.

Kasut sekolah untuk 2 orang anak gadis kami dah selesai, cuma tinggal untuk anak2 lelaki, Adik Mi berjaya masuk ke sekolah khas, justeru itu dia kena pakai kasut hitam kulit bertali, nasib baik belum beli lagi.. (ingatkan nak masukkan dia ke asrama tapi menurut surat tawaran semasa semakan di dalam laman web 'moe', tawaran ini tanpa asrama.. mungkin rumah dekat kot!!!).

Alat2 tulis untuk anak2 sekolah rendah dah siap cuma untuk anak2 sekolah menengah aje belum.

Setakat ini hampir 1k dibelanjakan untuk keperluan sekolah, duit bonus yang agak lumayan daapun habis dikerjakan semasa berbelanja sakan kat Sogo/ tesco tempohari huhuhu

Diketika ini mulalah terfikir, bagaimana dengan persiapan mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan punyai tanggungan ramai?, yalah semua harga barang2 makin naik dari masa kesemasa

11 tahun pemergianmu

Hari ini genap 11 tahun pemergian bonda tersayang Hjh Hawa binti Hussian, serasa baru semalam dia pergi meninggalkan kami buat selama2nya. (26.12.2000 aka 1 Syawal dalam kenangan.)

Banyak kenangan ketika bersama arwah, maklumlah sebagai anak bongsu, tentunya diberi perhatian lebih, sekadar teguran, marah2 manja demi kebaikan kami jua. 

Kadang2 kerinduan menerjah dilubuk hati ini, rindukan bebelannya, rindukan masakan ibu yang tiada bandingnya, seorang ibu yang sanggup korbankan segalanya demi anak, kini cuma doa yang mampuku hulurkan demi membalas jasa dan pengorbananmu.  Al Fatihah..


Ahad, 25 Disember 2011

Ahad, 25 Disember 2011

DiAmLah!!!

Suasana di dalam rumah amat gamat sekali, tiba2 sahaja si kakak dan abang bergaduh dan terjadinya pertikaman lidah diantara mereka, adoiii sakit anak tekak ini cuba leraikan mereka tapi tak berjaya..

Tiba2: "Diammmlah!!!" pekik si Alya, abang dan kakaknya terus terdiam seketika, terkejut!! tanpa diduga Alya telah mengeluarkan perkataan tersebut bagi meleraikan pergaduhan  lantas masing2 tergelak.

ermmm rupa2nya selama ni dia dok perhatikan cara kakak/abang memarahi sesama sendiri di saat usik mengusik antara mereka.

Sabtu, 24 Disember 2011

Sabtu, 24 Disember 2011

SBPA: serah borang dilanjutkan

Tarikh serah borang SBPA dilanjutkan hingga 15 Januari 2012 tetapi tarikh akhir penyerahan opsyen  bagi melanjutkan umur persaraan dari 58 tahun kepada 60 tahun tetap kekal pada 31 Dis 2011.

Sedang berkira2 samada mahu kekalkan umur persaraanku ketika 58 tahun atau menginjak lagi 2 tahun iaitu ke angka 60 tahun, rasa2nya mahu kekal kepada persaraan asal iaitu 58 tahun, maklum le ketika berada di usia itu, rasa2nya tak mampu daa nak pikul beban yang makin bertambah dari hari ke hari. 

Kalian pula bagaimana, kekal @ 60 tahun?

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang