Pantang terjumpa Iklan Aiskrim BR (Baskin Robbins) di luar sana, terus merengek minta dibeli sedangkan si ibu dulu makan Aiskrim Malaysia berharga 20sen cuma.
Pastinya Donut Big Apple jadi pilihan mereka sedangkan si ibu enak merasai donut biasa yang dijual di pasar2 malam, itupun sesekali jer dapat makan, alhamdulillah..
Itulah sebahagian makanan pilihan anak2 kini..
Adakah kita yang salah kerana mencorakkan makan minum mereka sebegini?. Bak kata pepatah 'Sudah Gaharu Cendana Pula'..
Nota: Tiba2 teringat kisah nan lalu, kiranya pada zaman jenama sebegini belum glemer (ke daku yang tak ikut perkembangan semasa??), apabila saya dihantar berkursus ke HQ (Kuala Lumpur), seorang rakan pejabat minta tolong belikan sesuatu..
Teman : "Tolong belikan akak Big Apple", 'Si Bodoh Sombong' ini cuma menjawab di dalam keadaan mamai: "In shaa allah kak..." sedangkan hakikat sebenarnya 'Si Dia' tak kenalpun apa itu 'BIG APPLE'?, di hati mula tertanya2: 'Mungkinkah ia sebiji epal bersaiz besar??'
Akhirnya jawapan yang pasti sesudah kembali berkursus "Maaf ye kak, saya tak sempat nak beli, len kali erk.." boleh ke cenggitu?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CPUV KE 48/2013
Ford MCA Launch