Sedar tak sedar, usia Alya dah mencecah 7bulan 3 minggu. Dia pandai apa ye sekarang ni?? Bangganya ummi melihat Alya boleh bangun dan berdiri. tak lama lg, anak ummi boleh jalan . Caya ke tak?? aku pernah le tengok dia berdiri 2 minggu lepas dengan berpaut pada pintu kabinet, mulanya aku tak yakin ia dilakukan oleh Alya sendiri.. mungkin kakaknya punye kerje, angkat adik pastu ditinggalkan sendirian. Itulah andaian aku, maklum le usia Alya baru mencecah 7 bulan..
Perkembangan terbaru Alya, percaya atau tidak percaya malam tadi, laju je dia merangkak menuju ke arah meja komputer dan dengan kudrat yang ada, Alya berpaut pada bucu meja kemudian berdiri perlahan-lahan, terkejut besar aku.. lantas pergi dekat dengannya dan buat benteng, bimbang jika dia terjatuh @ tersungkur lalu terkena bucu meja.. tak sempat aku nak rakam detik2 menarik ini.. Keselamatan anakku yang paling utama.
Boleh tahan gak lamanya dia beraksi sambil gelak2 tengok umminya. Mungkin ingin berkata, 'Alya dah besar daaa ummi!'. Seronok tengok perkembangan anak dari masa ke semasa. tak sabar menanti hari esok, apa pulak yang dia boleh buat. Aku ni dah punya anak ramai, tak sanggup berpisah ngan anak, Camner ye bagi ibu-ibu muda, tak tau le gayanya lagu mana? mungkin tak mahu langsung berpisah ngan anak..winduuuu..










6 ulasan:
Cepatnya Alya boleh berdiri. Iman awal juga berdiri lupa pula berapa bulan hehe. Mmg susah nk berenggang dgn anak. Risau nak bg org jaga :)
Memang seronok melihat perkembangan anak, membesar di depan mata.... Sedar tak sedar anak2 dan semakin berganjak remaja ,dewasa.... Masa tu diri rasa veteran sesangat..hehe..
comelnya alya...jom g jejalan kat taman..heheh
seronok melihat perkembangan anak kan??
Bila dah ada ank... Perkara utama mestilh, menili perkmbgn ank2 syok..
ni yg tak sabar nak dapt bb cepat2 ni :)
masa jaga bb dulu pon hari2 dok main dengn dia..
rasa rugi je kalau tak ngadap bb tu
Catat Ulasan