Sekembali dari daerah Pekan dan Rompin tempohari, badan terasa amat lemah sekali, mungkin kepenatan berjalan jauh dan tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi dan apabila kembali ke pejabat, kerja2 rasmi banyak menimbun dan aku tidak berpeluang untuk bercuti.
Pernah suatu ketika, tekak terasa amat kering dan perit hinggakan pernah suaraku langsung tidak boleh keluar. Aku terpaksa berhubung menggunakan mesej je dengan rakan blogger ezurin.blogspot.com aka ayu yang kebetulan call pada hari tu, maaf ye Ayu sebab akak tak boleh bercakap melalui phone, Tambah malangnya, pada hari tersebut kesemua stafku tiada, separuh berkursus dan separuh lagi menjalankan kerja2 rasmi keluar daerah.
Maner nak terdaya, dengan kepala yang sudah mula berpusing2, badan panas sejuk x menentu, perut kosongnya (tak sempat nak rehat), kena melayan klien yang kebetulan pulak ramai, layan panggilan telefon tapi awal2 lagi mohon maaf terhadap mereka sebab suara sudah ke arah 'lelaki', buat dan semak claim mereka (ada yg buta IT, terpaksa juga bantu) sblm di hantar ke peringkat negeri, nak siap dan compile itu ini (inipun masih menunggu dimana sesetengah daerah belum antar laporan untuk compile, mungkin mereka belum sempat menyiapkan laporan tersebut sedangkan masaku cuma ada 1 hari lagi iaitu pada hari isnin sahaja) sebelum ia di hantar ke hq.
Hari rabu pula kena keluar daerah lagi hingga ke hari Ahad (mungkin sampai isnin). Kalu nak ikut penat, letih, memang penat, penat segala2nya, badan, wang ringgit (duit minyak -naik lg, sewa hotel, makan minum kami anak beranak selama berada di sana).
Hubby dan anak2 seronok le sebab dorang boleh jalan2 selama aku bertugas, aku jugak le seperti katak di bawah tempurung, x sempat kemana2.. tapi sekurang2nya aku gembira sebab mereka ambil peluang ini bagi mengisi masa cuti persekolahan, melawat tempat yang kami tidak pernah sampai. tapi sayang seribu kali sayang sebab kamera kesayanganku pecah, mungkin terjatuh dikerjakan dek anak tersayang, maka terpaksa dihantar kekedai untuk dibaiki.. oleh kerana itu, tiadalah gambar2 kenangan selama mereka berada di sana.
Kembali kepada tajuk asal, apabila sudah tidak tahan lagi, aku terpaksa mengambil beberapa jenis ubat walaupun aku tau penghasilan susu ibu boleh terjejas jika mengambil ubat batuk dan selsema, bertambah malangnya, aku memang tidak tahan terhadap kedua2 jenis ubat tersebut, kepala bisa berpusing2, letih lesu dan mengantuk yang amat sangat. Itulah sebabnya aku cuma mengambil pada waktu malam sahaja dan mengurangkan dosenya.
Moga cuti mingguan ini bisa mengembalikan kesihatanku ke asal, aku kena kuatkan semangat memandangkan aku perlu menjalankan tugasan yang diamanahkan sebaik mungkin dan memberi tumpuan buat insan2 sekelilingku yang memerlukan kasih sayang.









6 ulasan:
kesian umi .. jaga diri baik2 yer.. dan byk berehat.. juger jgn lupa mkn ubat.. semoga cepat sembuh..
kdg2 kita pun boleh tumbang kalau penat sangat. saya pun bercuti gak tapi jaga anak2 kat spital...
kak tini, ayu faham kak tini..
moga cepat sembuh ye..
jaga kesihatan diri ...
Elly&Emmy
tk
Mummy'sLuv&Life~Airis-Arissa
Akakpn doakan moga anak cepat2 sembuh n dpt kuar ward secepatnya, kesian kt bb terpaksa ditinggalkan lama2.
Ayu
tk sbb sntiasa memahami, Insya Allah
salam kak...
fuh..mmg penat...sya baca entry ni pun blh bygkan camne situasi akak...
kesihatan akak dh ok ke?
Alhamdulillah.. sib baik dah ok..
mula2 tu risau gak bila dpt memo bertugas cam arus je smpai.. sudah le last minit.. tp sbb akak dah stand by awal2, x le kalut wat prsiapan
Catat Ulasan