Hari ini misi membuat biskut raya tercapai, baru siap 2 adunan iaitu tart nenas gulung dan biskut dahlia, rehat dulu, tak apa.. perlahan2..ingat nak masukkan gambar dalam entri ini tapi mood kelaut pulak, biar ajelah.
Nampaknya kerajinanku belum sampai tahap optimum lagi, esokkan masih ada, huhuhu
Ambil cuti 2 hari untuk membuat persiapan ala kadar, isnin nanti kembali kerja, pada hari itu kebanyakan daripada mereka sudahpun berada di kampung dan membuat persiapan akhir sebelum raya.
Kemungkinan besar kami bertolak balik kampung selepas solat sunat raya, ( ziarah pusara 'anakanda' terlebih dahulu serta singgah rumah keluarga 'Suzila', masuk tahun ke 2 dia beraya bersama kami), sekarang ini sedang berkira2 nak masak apa untuk menu di pagi raya?
Aku percaya ramai rakan2 diluar sana akan bertolak petang ini ataupun sehabis kerja esok, buat kalian Selamat Hari Raya, hati2 diperjalanan, moga selamat pergi dan balik.









6 ulasan:
isnin keje lagi kak, takpela dh tuntutan tugas kan, selamat hari raya kak dan keluarga...semoga selamat tiba ke destinasi dituju
selamat hari raya kak..
selamat hari raya kak.mohon maaf kira ada salah silap.jat balik insyaAllah ptg esok.
sama2 kita semua. moga selamat juga. saya balik kampung isnin, insyaAllah
nak sikit tart
selamat hari raya....ceria2 selalu...
Catat Ulasan